Friday, May 18, 2007

Antara kebiasaan dan perubahan

Antara kebiasaan dan perubahan, teorinya membongkar segenap rahsia perlakuan manusia.Dari perlakuan harian kepada hal sokongan politik dan seluruh tindakan membuat keputusan.Disini saya tidak berniat mengaitkan kesemuanya itu dengan kebiasaan dan perubahan, tetapi marilah sama-sama kita berfikir, apakah yang telah berlaku kepada bangsa melayu sehingga mereka buta didalam memilih kerajaan yang baik,dan mengaitkannya dengan kebiasaan dan perubahan.

Sejak merdeka hinggalah sekarang, PERIKATAN atau sekarang Barisan Nasional terus menerus mendapat mandat daripada rakyat.Dalam mentaliti rakyat kebanyakkan telah tertanam sejak itu, kerajaan yang biasa ialah Barisan Nasional,manakala kerajaan yang tidak biasa ialah Barisan Altenatif.Manakala bagi orang melayu,parti yang biasa ialah UMNO dan parti yang tidak biasa ialah PAS.

Marilah kita renungkan secara bersama, apakah biasanya yang menyebabkan manusia bertindak diluar kebiasaan?Sudah tentu tampa sebab yang luar biasa, manusia akan terus dengan kebiasaan.Kebiasaan bagi orang melayu di kampung-kampung yang terus menerus menyokong umno dan BN ialah sogokan politik wang, kempem pro-parti mereka oleh media-media arus perdana, kesenangan mendapat habuan projek, tender dan seumpama dengannya.Kebiasaan berterusan dan diterima sebagai adat resam setiap kali menjelang pilihanraya.

Namun, sejak 20 tahun kebelakangan ini, kalimah "kebiasaan" semakin melonggar dalam mengikat orang melayu dari membuat keputusan yang seperti kebiasaan mereka dan terbukti dalam pilihanraya umum 1990 dan berikutnya 1999.Jika ditanya mengapa bagi persoalan ini, sudah tentu kita dapat mengagak jawapannya.Pergolakkan yang berlaku dalam UMNO diantara dua pemimpin tertinggi telah secara tidak lansung menyumbang kepada keretakkan "mentaliti biasa" di minda orang melayu khasnya dan rakyat malaysia amnya.

Kita mungkin bertanya, sampai bilakah pembangkang perlu mengharapkan pergolakkan seperti ini untuk mendapat sokongan rakyat?Kerana itu, pembangkang sewajibnya memikirkan sesuatu untuk memecahkan monopoli mentaliti kebiasaan dan melontar satu sebab diluar kebiasaan supaya rakyat dapat membuat perubahan dengan sebab yang luar biasa itu tadi.

Assignment pertama bagi pembangkang ialah memecahkan monopoli "mentaliti kebiasaan" itu tadi.Ini kerana tampa sebab yang luar biasa, manusia tidak akan bertindak diluar kebiasaan.Supaya orang melayu dan rakyat malaysia yang hanya melihat BN dan umno sahaja satu-satunya parti yang mampu memerintah negara berpaling dari kebiasaan itu dengan memilih parti yang benar-benar layak dan berkaliber untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara, pembangkang perlu menyediakan sebab yang luar biasa.

Bercakap dan berteori terlalu mudah.Praktikalnya bagaimana?Bagaimana untuk mengubah mentaliti rakyat berkenaan rasuah pilihanraya, penyalahgunaan jentera kerajaan, manipulasi media dan sebagainya itu?Rakyat sudah menganggap perkara sebegitu biasa dan tiada ada yang menjelikkan sedikitpun.

Cuba kita "relate"kan situasi ini dengan kehidupan ummat islam.Orang islam terperangkap dalam banyak situasi yang "biasa" dan mempersetankan persoalan hukum halal dan haram."Mengumpat" misalnya, sudah menjadi kebiasaan dan ia tidak lagi dipandang sebagai antara dosa-dosa besar. Sebagaimana para ulama' silam mempertaruhkan segalanya untuk mengubah minda ummat supaya tidak melihat perkara dosa itu sebagai kebiasaan, begitulah juga PAS harus memilih jalanan dakwah sebagai jalan utama kearah perubahan.Ya!Ia jalanan yang tidak futuristic, ianya jalanan lama, kelihatan agak tradisional jika tidak kena dengan gayanya.

Tetapi tidakkah islam itu fleksibel diatas paksinya yang fleksibel?Akhir-akhir ini terlalu banyak suara-suara yang mendesak supaya PAS merintis cara baru untuk memecut kearah kemenangan.Perjuangan ini bukan untuk kemenangan dunia semata-mata.Jangan tergesa-gesa kearah kemenangan, kelak kemenangan itu terisi dengan kekosongan.

PAS harus merintis jalan yang universal didalam bidang dakwah.Apabila kerajaan kelantan menubuhkan tempat latihan animasi kepada pemuda islam,bibitnya telah bermula.Apabila PAS bercakap soal dakwah,PAS harus berada dibarisan paling hadapan dalam dakwah.Apabila PAS bercakap soal sukan,PAS harus berada di barisan paling hadapan dalam aspek kesukanan islam.Apabila PAS bercakap soal hiburan, PAS harus terkedepan dalam soal hiburan islam.Apabila PAS bercakap soal bisnes,PAS harus terkedepan dalam bisnes.PAS harus memecut dalam aspek-aspek ini.Bibitnya sedang berputik dan mekar.Kerana itulah PAS memerlukan gandingan mantap ulama' dan professional dalam dakwah yang terkedepan dan futuristic.

Mengapa kita perlu terkedepan dalam aspek-aspek tadi?Adakah untuk populariti?Tidak!Ia untuk dakwah.Supaya rakyat malaysia faham apa itu islam.Apabila mereka faham islam,secara tidak lansung mentaliti kebiasaan akan musnah.

Ahli politik didalam PAS tidak harus menumpukan kepada pendedahan isu-isu tertentu semata-mata.Mereka perlu menyediakan altenatif kepada perubahan.PAS dan parti pembangkang sudah banyak kali terlepas peluang dari sebab yang luar biasa mungkin juga kerana gagal menyediakan altenatif itu tadi.Atau juga mungkin sebab yang luar biasa itu tadi tidak cukup luar biasa untuk membangkitkan perubahan bagi semua rakyat.Antara kebiasaan dan perubahan, islam dan ajarannya akan menjelaskan.

Saturday, May 12, 2007

Buku terbaru Presiden PAS : Islam & Demokrasi dilancar


MARANG, 11 Mei (Hrkh) – Buku terbaru karya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berjudul `Islam & Demokrasi’ dilancarkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong di Masjid Rusila, pagi tadi.

Pelancaran buku yang berharga RM18 senaskah itu dilakukan sebaik sahaja Tuan Guru Abdul Hadi selesai menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat.

Buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd yang mengandungi 23 bab itu adalah untuk mengisi Tabung Dana Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila.

Sehubungan itu, MDQ mempelawa sesiapa yang ingin menjadi pengedar buku setebal 181 halaman itu boleh menghubungi Wan Sukairi di talian 019-9894125, Haji Rozman (019-9851629) atau Ahmad Syukri (013-6414691).

p/s:antara buku yang saya idam-idamkan.

Video majlis pelancaran...

Thursday, May 10, 2007

Love this song!

Wednesday, May 9, 2007

Mengapa memilih menjadi lalat?


Terlalu banyak pro dan kontra dengan kempen boikot tv3.Masing-masing ada hujjah dan alasan tersendiri.Umumnya,saya tidak melihat fenomena pro dan kontra ini sebagai bibit kegagalan kepada kempen ini.Malah ianya satu kejayaan langkah pertama.

Mengapa pula demikian?Langkah pertama ialah, menarik perhatian orang terhadap kempen ini.Pernahkah kita bertanya, mengapa seseorang itu respon kepada sesuatu perkara?Jawapannya ialah, kerana dia concern kepada sesuatu perkara itu.Samada respon seseorang itu pro atau kontra,tidak menjadi masalah.Manusia saling berbeza diantara satu sama lain.Harus di ingat,sekiranya kita menumpukan kepada titik perbezaan ini,kempen ini akan gagal sama sekali.

Kemudian marilah kita mengkaji sedikit berkenaan beberapa tindakan boikot yang pernah mengemparkan dunia.Kempen boikot barangan denmark misalnya,menjadi mimpi yang paling tragis dalam sejarah beberapa syarikat denmark yang memasarkan barangan mereka ke negara-negara ummat islam khususnya di timur tengah.Antaranya ialah Arla Foodsamba yang mengalami kerugian sebanyak U$ 450 juta di timur tengah.

Malaysia?Rakyat malaysia setakat ini belum lagi membuktikan kekuatan mereka.Masih tiada apa-apa rekod yang boleh dijadikan bukti bahawa "jangan bermain api dengan rakyat malaysia". TV3 sedang bermain api dengan pembangkang dan ummat islam.Kerja mereka menaburkan fitnah, tidak professional dalam menyampaikan berita, mempersetankan nasihat mufti dengan penerusan program "jom heboh", dan berbagai lagi.

Namun disana masih terdapat mereka-mereka yang apabila ditindas sebegini rupa, mereka pasrah, berserah dan tidak mahu berjuang.Namun kita mengharap kepada mereka-mereka yang spesis sebegini, janganlah menghalang orang lain yang bercita-cita bangkit melawan apabila ditindas.Kata para bijaksana,
sekiranya kamu tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, usahlah menjadi lalat yang membusukkan ikan!


Kita mengharapkan juga agar ada perwakilan yang membangkitkan isu "kempen boikot tv3" ini di muktamar PAS nanti...

Thursday, May 3, 2007

Mengapa TV3?



Jika kita boikot rtm, akankah ada perubahan?Kalaupun tidak ada manusia lagi yang menonton rtm,rtm akan terus hidup kerana ia media milik kerajaan.Pastinya duit rakyat akan digunakan untuk menghidupkan rtm.Tetapi tv3 berbeza.Tv3 bergantung kepada syarikat media prima sebagai sumber modal untuk beroperasi.Syarikat seperti tv3 memerlukan sokongan terus daripada penonton, dengan itu banyaklah syarikat lain yang menggunakan khidmat tv3 sebagai tapak iklan.

Kita mungkin tidak menggunakan tv3 untuk mempromosikan sesuatu.Tetapi dengan menonton tv3, secara tidak langsung ia akan menggalakkan syarikat lain untuk mengiklankan syarikat atau produk mereka di tv3.Dengannya pendapatan tv3 akan bertambah dan mulalah tv3 naik tocang!

Pada permulaan, kita memerlukan fokus untuk kempen ini.Fokus kita ialah tv3.Bukan tv7, tv8 atau tv9 walaupun dibawah syarikat induk yang sama.Fokus inilah yang akan menentukan kejayaan kita.Niat kita bukan untuk meranapkan bisnes mereka.Niat kita ialah supaya mereka sedar, tampa penonton siapalah tv3.Bukannya tampa tv3 siapalah penonton!

Kita mengharapkan perubahan.Kita mengharapkan kebebasan dan kualiti media itu dikembalikan.Kita mengharapkan mereka professional dalam kerjaya mereka dan tidak hanya mengikut telunjuk orang yang menunjuk!

Sebarkan logo diatas ke setiap blog, web portal, dan dimana sahaja anda berada...

Wednesday, May 2, 2007

Jom Boikot TV3

Sebagai menyambut seruan dan idea dari Reformis Muda untuk memboikot TV3 , maka disini ingin saya memberi sepenuh-penuh sokongan kepada apa yang boleh kita namakan sebagai "kempen boikot tv3".Untuk itu, diperingkat permulaan ini, bolehlah kita gunakan blog masing-masing untuk menghebahkan dan melebarluaskan kempen kita ini melalui logo dibawah;



Seperti yang saya katakan, ini adalah diperingkat permulaan.Selepas ini kemungkinan besar berbagai lagi logo, poster, artikel dan sebagai akan menyusul.Untuk itu,kita menyeru kepada semua pendokong perubahan, reformis, para blogger, untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

wassalam