Tuesday, December 19, 2006

Cerita tentang Mufti Muda..


Riuh rendah seluruh alam islam tempatan apabila ada seorang mufti muda dari Darul Sunnah state of Perlis mengeluarkan pandangan tentang isu khalwat iaitu melarang jabatan agama islam membuat serbuan keatas maksiat yang disembunyikan.
Pertamanya,bagi seorang insan yang mengikuti perkembangan mufti tersebut iaitu Dr Asri Zainul Abidin melalui ceramah dan tulisan beliau sejak beliau bukan mufti lagi,kenyataan dan pandangan sebegitu tidaklah begitu memeranjatkan saya.Ini kerana,sebelum ini pun,Dr Asri sudah berkali-kali menegaskan dalam ceramahnya bahawa janganlah diserbu sesuka hati ke hotel-hotel bertanyakan soal surat kahwin dan memalukan pasangan yang kadang-kadang sudah kawin tetapi terlupa membawa surat kahwin ketika tidur di hotel.Jika pandangan beliau merupakan pandangan yang sebegitu,dengan rendah hati saya menerimanya.Tetapi dalam ceramahnya,beliau juga menegaskan bahawa,mengapa harus jabatan agama islam mengintip dan memalukan pasangan khalwat yang menyembunyikan maksiat mereka sedangkan insan yang terhinja-hinja di konsert-konsert tidak diapa-apakan?Kerana ini,jika itulah niat Dr Asri dalam cadangannya,saya menganggap cadangan beliau ada asasnya!

Namun saya tetap bersetuju dengan pandangan Ust Taib Azamuddin ketika mengulas pandangan Dr Asri ini.Ust Taib berkata:
"Mufti Perlis harus juga menyatakan altenatif kepada jabatan agama islam untuk bertindak terhadap maksiat yang tersembunyi dan bukan hanya pandai melarangnya"
Apa yang saya nampak dari pandangan Dr Asri ialah,beliau mengotakan janjinya!Jika dalam ceramahnya dahulu dia berkata begitu saya doakan konsep "agama ialah nasihat" yang dipegangnya akan terus diperjuang dan saya menunggu beberapa lagi pendapat menarik harus beliau suarakan ketika mendapat "title" mufti ketika ini.

Tidaklah semua ceramah dan tulisan Dr Asri saya ikuti.Tetapi akan saya kongsikan apa yang pernah saya dengar dari ceramah Dr Asri dan saya mengajak pembaca menunggu dengan kesabaran untuk kita benar-benar pastikan orang muda Asri,"cakap serupa bikin"!Tahukah semua,Dr Asri menentang islam hadhari?Jika ada yang tidak percaya sila dengar kuliah ini. [Asri dan Islam Hadhari].Didalam kuliah tersebut Dr Asri berhujjah terhadap islam hadari:
  • Mengasaskan sesuatu yang baru tidak mungkin lebih baik dari apa yang dibawa oleh Rasulullah.
  • Pada suatu hari,datang seorang hamba allah kepada Imam Malik dan bertanya "dimanakah patut aku memulakan ihram?".Jawab Imam Malik,"Di zul hulaifah"Lalu orang tadi berkata,"Bolehkah aku memulakannya dari masjid nabi atau kubur nabi?".Imam Malik melarangnya dan berkata,"Ia akan menimbulkan FITNAH".Orang tadi membalas,apa salahnya memulakan dari masjid nabi,dia tidak mengurangi malah menambahnya.Lalu Imam Malik menjawab dengan tegas,"Apa lagi Fitnah yang lebih besar apabila engkau memulakan sesuatu benda yang rasulullah sendiri melakukan kurangnya daripada engkau".Hujjahnya ialah,hamba allah tadi ingin membuat sesuatu perkara yang lebih advance dan lebih sempurna dari rasulullah sendiri!
  • Syed Qutb menyatakan:Kita akan merasakan sempit dada jika kita merasakan bahawa kitalah yang memulakan dakwah ini,tetapi kita akan merasakan lapang dada jika kita menyakini bahawa kita adalah orang yang menyambung tugas dakwah dari orang yang sebelumnya dan akan ada orang yang akan menyambungnya selepas dari kita.
Inilah diantara hujjah-hujjah Dr Asri ketika menjawab bidaah terbesar iaitu Islam Hadhari yang diketuai Perdana Menteri,Abdullah Hj Ahmad Badawi.Kerana itu,ingin saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat yang ter"over" semangat dalam membangkang supaya memberi peluang dan masa untuk Mufti Muda ini beraksi.Juga saya berbesar hati untuk menyarankan kepada semua,dengarlah ceramah Dr Asri sebelum ini dan kenal betul-betul siapakah Dr Asri yang sebenarnya.Sama-sama kita menilai siapakah Dr Asri yang dahulu dan siapakah Dr Asri apabila beliau diuji dengan pangkat mufti.Tidak rugi untuk kita mengenal manusia kerana kita bakal mengambil pengajaran yang benar-benar berguna tentang apa yang bernama "pangkat" apabila ia dikalungkan di leher-leher insan mahupun insan agama.

Mungkin kita boleh berhujjah mengatakan,Dr Asri telah tersilap susunan dalam menegur.Beliau sepatutnya menegur berdasarkan susunan keutamaan dan sebagainya.Saya tidak nampak ianya sesuatu yang bermasalah kerana saya diajar berlapang dada terhadap ahli ilmu.Saya berlapang dada dengan berpendapat,Dr Asri ada strateginya yang tersendiri dan kerana itu saya mengambil keputusan untuk menuggu tindakan selanjutnya dari Mufti Muda ini.Tetapi jika sekiranya beliau(Dr Asri) tunduk dengan tekanan politik dan digula-gulakan oleh orang politik untuk kepentingan politik kotor mereka dan kemudiannya membisu terhadap isu yang lebih besar yang sedang melanda negara,saya tidak akan teragak-agak untuk menarik diri dari berlapang dada.

Nasihat saya(yang tidak banyak pengalaman),cubalah untuk beri peluang kepada Mufti Muda ini.Usahlah ditekan dengan kenyataan dan kritikan pra-matang yang boleh merosakkan keadaan.Insyaallah,jika beliau benar-benar Dr Asri yang saya kenal,beliau pasti menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga dalam dakwah dan seterusnya membawa harapan baru kepada malaysia yang saya cintai ini.

p/s:Sebelum membuat apa-apa komen,sila dengar ceramah Dr Asri(dlm file mp3) itu terlebih dahulu.Semuanya pasti akan lebih jelas,Insyaallah...

# Penjelasan Isu Semasa Oleh Mufti Perlis * Mengintip Pasangan Khalwat * Kayu Kokka * Mempertikai Pendapat Golongan Agama * Politik, Pemerintah etc....

Saya tetap berpegang dengan prinsip,lihat apa yang dikatakan dan tidak melihat siapa yang bercakap.

UPDATE!!:MP3 CERAMAH DR ASRI TENTANG ISLAM HADARI:DOWNLOAD!!

5 Comments:

  1. lapakedaghoh said...
    salamun alaik,
    utk isu ini,ana fikir artikel di bwh sudah menerangkn serba sedikit kekeliruan yg ade.iA mmbangun bersama Islam

    http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=158
    Amri Mat Saaid said...
    Salam, adakah SS dah tukar pendirian pasal Islam Hadhari, cuba refer balik artikel beliau dalam Majalah I, mengenai Islam Hadhari
    zul said...
    saya tak dapat retrieve ceramah tu, file dah invalid kot, boleh tolong saya dapatkan ceramah mp3 tu?
    alQasam said...
    Siapa SS?
    syahid_zul said...
    assalamualaikum.
    Maaf pasal file mp3 tu...ada sedikit kesilapan teknikal.Mungkin boleh try download lg slps ni...n kalo xblh gak,inform saya k..
    Saya xtau pasal artikel beliau dlm majalah i sbb saya dh lama xberpeluang menatap majalah tersebut..boleh terangkan sikit?

Post a Comment