Friday, February 2, 2007

Selepas demokrasi,tumpukan pula kepada kebebasan media !

Parti pembangkang yang menyertai tindakan pemboikotan batu talam terutamanya PAS seharusnya sedar, "sudah tiada jalan untuk memandang ke belakang".Jika sekiranya sistem demokrasi tidak dipulihkan, tindakan memboikot pilihanraya umum adalah satu-satu jalan yang kita ada.Kita tidak mempunyai banyak alasan untuk diberikan kepada rakyat jika kita masih mengi'tiraf sistem pilihanraya yang kotor.

Jika parti pembangkang tetap menyertai pilihanraya umum nanti walaupun sistem demokrasi tidak dipulihkan,bermakna pemboikotan batu talam hanyalah tindakan sia-sia dan dilihat sebagai tindakan "cuba jaya".Apa jua alasan yang mampu difikirkan bernas untuk mengiakan tindakan mengi'tiraf demokrasi yang kotor pasti dianggap sebagai tindakan yang tidak matang, tiada pendirian , dan seumpamanya.

Kerana itulah,perlu benar-benar kita sedari bahawa,sudah tiada masa untuk memandang ke belakang.Jika SPR masih berdegil untuk tidak memperbaiki sistem demokrasi di negara ini,pastikan jalan raya itu menjadi medan kita.Sememangnya ia bukan suatu cara yang mudah.Lihatlah di mana-mana negara sekalipun.Perjuangan menuntut demokrasi telus tidak pernah mudah!

Namun harus juga kita sedari bahawa,BN terlalu sukar untuk ditumbangkan biarpun kita berlawan di padang yang sama rata.Mereka memiliki dana yang besar, jentera yang lengkap, ahli yang ramai dan sebagainya.Bagi pihak pembankang,biarpun hujjah-hujjah kita adalah hujjah kebenaran,namun terlalu ramai rakyat yang tidak mengetahui.Berita yang keluar di dalam harakah dengan berita yang keluar di dalam utusan contohnya,mempunyai tafsiran yang berbeza dikalangan rakyat.

Harakah dilihat sebagai akhbar kepartian yang hanya menyiarkan berita kepartian atau dakyah kepartian.Manakala utusan pula mempunyai imej yang lebih mesra untuk diterima beritanya(walaupun menipu).Inilah mind set rakyat yang masih menebal hingga ke hari ini.Apa tindakan kita?Mengharapkan utusan dan berita harian yang di kuasai UMNO itu melaporkan dengan telus setiap berita?Jangan harap!

Inisiatif yang perlu difikirkan mulai sekarang ialah,menerbitkan akhbar yang benar-benar "independent" dari pengaruh kepartian,bersikap mesra rakyat,melaporkan berita yang telus dan adil untuk semua.Namun untuk mencapainya,ada terlalu banyak "assignment" yang perlu dilakukan.Kebebasan media!

Dalam suasana kebebasan media yang ditekan sekarang,mendapatkan permit untuk akhbar adalah terlalu sukar.Lihatlah bagaimana suara Keadilan masih tidak diberikan permit oleh kerajaan.Tiada apa yang perlu dipelikkan kerana tiada satu usaha yang bersungguh kearah kebebasan media.Kerana itulah ia perlu diperjuangkan.Jika tiada usaha kearah itu,kita bakal berada ditakuk lama buat beberapa ketika.Kemudian menunggu beberapa keajaiban datang membantu untuk memenangkan perjuangan kita.

Jika selama ini,apabila di perkatakan tentang kebebasan media,maka kita pasti berfikir,media yang sedia ada sekarang perlu dibebaskan.Itulah yang selalu kita fikir.Namun ianya terlalu mustahil ! Apakata kalau kita yang mewujudkan satu media yang bebas?Wujudkan satu altenatif kepada utusan atau berita harian atau tv3,yang tidak hanya tertumpu kepada berita kepartian tetapi lebih terbuka,mempunyai skop berita yang lebih luas dan telus dalam melaporkan setiap berita.

Ya!Ianya tidak semudah kata-kata dan tidak semudah hanya menulis.Tapi kita tiada banyak pilihan!Zaman untuk berstrategi telah tiba.Perjuangan tidak mungkin mudah.Jika kemenangan itu terlalu mudah untuk dicapai,kita akan melahirkan insan-insan yang tidak matang dalam mengisi kemenangan!

0 Comments:

Post a Comment