Agak lama saya menyepikan diri dalam dunia tulisan politik.Diam bukan bermakna undur.Diam bukan bermakna takut.Diam-diam ubi berisi.
Mungkin senyuman itu cuba mengubat hati yang punah dan kecewa.Mungkin pepatah yang me"lembu"kan bangsa sendiri itu hanyalah ubat pahit untuk mengawal rasa geram kepada secebis harapan yang telah terkubur.Namun itulah hakikatnya.Kita sudah tewas!
Pada setiap ketewasan, wajib untuk pihak yang tewas bertafakur dan bermuhasabah.Dimana silapnya perjuangan ini?Adakah jalanan perjuangan kita masih tersisa dosa^dosa semalam?Adakah kita telah memegang prinsip perjuangan dengan jitu dan yakin?Adakah kita telah bertawakkal kepada Raja kepada segala kerajaan dengan setulus^tulusnya?Adakah masih kurang kerja, tekad, dan iltizam kita untuk kemenangan?
Kepada Sdr Anwar, elok rasanya jika sdr bermuhasabah dalam-dalam.Jika sdr adalah hasil didikan dan tarbiah islam yang tulen, saudara tentunya sedar dimana silap sdr.Kepada sdr Khalid Ibrahim, perjalanan sdr masih panjang walaupun usia semakin senja.Syabas kerana memilih jalan menegakkan kebenaran di akhir usia.Semoga Allah menemukan sdr dengan ketenangan yang sdr cari.
Jika ditanya kepada saya, apakah sebaris ayat yang boleh merumuskan keputusan p/raya kecil Ijok, maka saya akan berkata, "Selagi pemikiran rakyat malaysia tidak berubah, selagi itu tampuk pemerintahan BN takkan bergegar".Kesinambungan dari teori tersebut ialah, pembangkang akan gagal memerintah malaysia selagi mana negara ini tidak mencapai negara maju (maju pembangunan dan pemikiran).