Thursday, November 8, 2007

BERSIH! BERSIH! BERSIH!

Berhenti!Maksud saya teruskan membaca dan berhenti dari berfikir apa yang ingin kita fikirkan sebentar tadi.

Ianya terlalu kejam untuk didiamkan, terlalu zalim untuk untuk sekadar melihat sahaja, terlalu berat sebelah, terlalu nyata dan jelas segunung keangkuhan, terlalu sombong untuk diajak berkawan dan terlalu kesuntukan masa untuk diajak berbincang.

Memetik ucapan Tuan Guru Hj Hadi Awang dalam perhimpunan pertama Bersih 10 Julai lalu, "Kita jangan bermimpi perubahan akan berlaku dengan percuma... Tidak akan ada cahaya yang menerangi tampa lilin yang sudi terbakar.." Ya, langkahan kaki kita bakal mencatat sejarah demi masa depan agama dan negara seterusnya langkahan setiap kaki-kaki kita pada 10 November itu nanti adalah derap-derap perjuangan kita yang selama ini tidak kita pedulikan.

Janganlah kita "mimpikan" perhimpunan itu akan mendapat kerjasama polis.Malah jika perhimpunan itu nanti mendapat permit, untuk apa kita susah-susah perjuangkan demokrasi?Bubarkan sahaja Bersih jika perhimunan itu mendapat permit!

Ini perjuangan menuntut hak yang dinafikan, dirampas, dinodai dan diperkosa.Biarpun gunung sebesar manapun dihadapan, usah berhenti dan teruskanlah melangkah.

Utusan melaporkan bahawa Ketua Polis Negara secara terbuka melarang rakyat daripada menyertainya.Ketua Polis sudah secara terbuka berani menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam sebuah negara demokrasi.Apa lagi yang kita tunggu?Apakah lagi "hak" yang masih kita ingin banggakan sebagai satu bangsa yang bertamadun dan merdeka?Adakah kita sanggup seluruh keturunan kita nantinya juga dinafikan hak dan anak cucu kita akan mengenang kita sebagai bacul dan tidak bermaruah?

Lihatlah kepada sejarah, Hj Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan seangkatan dengan mereka.Ya, mungkin perjuangan mereka terlalu susah dan mereka benar-benar berhadapan dengan gunung-gunung keangkuhan british.Tetapi hari ini kita mengenang mereka sebagai pejuang yang tulen dan sehingga kehari ini kita bangga kerana ditanah melayu yang dahulunya tidak ada apa-apa ini lahirnya pejuang yang tidak takut untuk melawan apabila hak mereka dinafikan.

Adakah kita sudah dirasuk oleh zaman yang sudah berubah?Membiarkan sahaja hak dinafikan dan 100 tahun akan datang, generasi pada ketika itu akan mencemuh dan kencing di perkuburan orang-orang yang bacul dan penakut?

Kita akan berjalan, kita akan turun, kita ingin nyatakan, Tanah ini bukan milik sesiapa!Kita ingin nyatakan bahawa, semangat kita tidak akan padam malah terus membara.Kita bukan mencari musuh, tetapi apabila bertemu musuh,kita diajar supaya menghadapnya dengan menandah doa ke langit.Supaya Allahlah yang akan menilai keikhlasan kita dalam perjuangan.

0 Comments:

Post a Comment