Pelik, kekadang geram!Itulah perasaan yang acap kali menyapa dan bertanya kewarasan saya.
Pemimpin seperti inikah yang ingin bawa islam yang hadhari?Terang, bersuluh, di siang hari, didepan mata yang celik.Apakah perlu menunggu mata terbeliak dahulu barulah mereka mampu percaya dengan kata-kata kami yang "hanya-pandai-bangkang" ini bahawa, pemerintah telah gagal!!Kekadang saya sendiri pelik bercampur kagum,betapa mulianya habit pemaaf yang dipusakai oleh bangsa melayu dan bangsa malaysia ini.Memaafkan segala silap dan kelemahan sebuah kerajaan dan bermentaliti seolah-olah Malaysia ini hanya pandai ditakbir oleh satu parti sahaja,BN..Samada jahil dalam membuat keputusan dalam memilih kerajaan, ataupun selesa dengan apa yang ada, kedua-dua kemungkinan itu bakal meletakkan Malaysia di tepi jurang kemusnahan.Kemusnahan fizikal, moral, maruah dan kehormatan.
Kegagalan pemerintah bukan sahaja dalam bab pengisian agama/moral kepada rakyat,malah gagal mempamerkan aksi memberasangkan dalam pemerintahan.Kenaikan harga minyak,bukti kerajaan gagal menjana pendapatan negara kearah menampung subsidi minyak.Kemudian apabila harga pasaran minyak dunia menurun,harga minyak kekal diparas itu.Ketika ini saya memuji negara jepun.Dikala harga pasaran minyak dunia naik,jepun turut menaikkan harga minyak dinegaranya.Tetapi apabila harga pasaran minyak dunia turun,harga minyak di negara jepun turun mengalami penurunan.Ianya sesuatu yang logik.Sesiapa sahaja boleh berfikir waras.Jika benar kerajaan ikhlas,mengapa tidak diturunkan.Mengapa perlu menanam rasa syak kepada kami rakyat meragui niat sebenar disebalik kenaikan harga minyak?
Kenaikan harga tol juga merupakan kesan daripada kegagalan kerajaan juga.Gagal dan gagal dan gagal dalam usaha membela nasib rakyat.Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh Sdr Ezam,musuh nombor 1 negara bukannya dadah,tetapi rasuah!Kerana rasuah,taukey dadah boleh hidup senang tampa diganggu.Kerana rasuah,jurang pendapatan semakin besar.Kaya semakin kaya dan miskin terus tertindas dan teraniya.Rasuahlah pemula kepada segala kecamukkan yang sedang melanda.Bukti??Tidak cukupkah dengan laporan Transparency International yang dikeluarkan baru-baru ini?Dikala ini saya teringat pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Sdr Anwar Ibrahim membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa manusia-manusia yang sedang dipuncak tahta.Kini senarionya berbeza,bukan sahaja pembangkang yang bersuara, malah bekas PM pun turut bersuara.Perhatikan dialog antara PM dan bekas PM.Mereka saling bongkar membongkar,londeh melondeh sesama mereka.Tidak cukupkah bukti untuk kita percaya bahawa kerajaan yang ada hari sudah lemah dan lost control?Namun seperti biasa,rakyat malaysia PASTI memaafkan kerajaan yang sedia ada.
Namun disebalik keghairahan untuk kita membangkang,saya sempat menoleh beberapa kali ke kiri dan kanan.Kadang-kadang ada juga kebaikan yang kerajaan telah buat.Kita yang menyokong pembangkang bukan kerana sifat semulajadi kita yang suka membangkang,tetapi kerana kebencian kita terhadap kelemahan, salah guna kuasa, zalim, meninggalkan islam dan segala macam kemungkaran yang telah dan sedang kerajaan lakukan.Ditempat yang patut dipuji,kita sokong dan memberi galakan kepada kerajaan.Ditempat yang silap, lemah, dan seumpamanya,kita mengeraskan nada-nada kita dalam bahasa hikmah.Menegur kerajaan dengan mengundi pembangkang,tidakkah itu nada suara yang penuh hikmah?
Saya memuji sikap rakyat yang pemaaf.Saya juga tumpang gembira diatas kebahagian kerajaan yang sedia ada yang memiliki rakyat yang begitu pemaaf.Namun ingatlah,anak yang dimanjakan,pasti akan menjadi dewasa dan naik kepala suatu hari nanti.Kata orang,sayang anak tangan-tangankan,sayang isteri tinggal-tinggalkan.
wassalam..