Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Thursday, May 3, 2007

Mengapa TV3?



Jika kita boikot rtm, akankah ada perubahan?Kalaupun tidak ada manusia lagi yang menonton rtm,rtm akan terus hidup kerana ia media milik kerajaan.Pastinya duit rakyat akan digunakan untuk menghidupkan rtm.Tetapi tv3 berbeza.Tv3 bergantung kepada syarikat media prima sebagai sumber modal untuk beroperasi.Syarikat seperti tv3 memerlukan sokongan terus daripada penonton, dengan itu banyaklah syarikat lain yang menggunakan khidmat tv3 sebagai tapak iklan.

Kita mungkin tidak menggunakan tv3 untuk mempromosikan sesuatu.Tetapi dengan menonton tv3, secara tidak langsung ia akan menggalakkan syarikat lain untuk mengiklankan syarikat atau produk mereka di tv3.Dengannya pendapatan tv3 akan bertambah dan mulalah tv3 naik tocang!

Pada permulaan, kita memerlukan fokus untuk kempen ini.Fokus kita ialah tv3.Bukan tv7, tv8 atau tv9 walaupun dibawah syarikat induk yang sama.Fokus inilah yang akan menentukan kejayaan kita.Niat kita bukan untuk meranapkan bisnes mereka.Niat kita ialah supaya mereka sedar, tampa penonton siapalah tv3.Bukannya tampa tv3 siapalah penonton!

Kita mengharapkan perubahan.Kita mengharapkan kebebasan dan kualiti media itu dikembalikan.Kita mengharapkan mereka professional dalam kerjaya mereka dan tidak hanya mengikut telunjuk orang yang menunjuk!

Sebarkan logo diatas ke setiap blog, web portal, dan dimana sahaja anda berada...

Monday, April 30, 2007

Muhasab Ijok

Agak lama saya menyepikan diri dalam dunia tulisan politik.Diam bukan bermakna undur.Diam bukan bermakna takut.Diam-diam ubi berisi.


Pilihanraya kecil dun N11 Ijok baru sahaja berlalu.Sepertimana biasa, BN memenanginya.Pada mulanya, saya agak terkejut dengan keputusan itu.Kemudian saya tersenyum, dan teringat kepada pepatah "Selagi lembu makan rumput, kita tak perlu bimbang".

Mungkin senyuman itu cuba mengubat hati yang punah dan kecewa.Mungkin pepatah yang me"lembu"kan bangsa sendiri itu hanyalah ubat pahit untuk mengawal rasa geram kepada secebis harapan yang telah terkubur.Namun itulah hakikatnya.Kita sudah tewas!

Pada setiap ketewasan, wajib untuk pihak yang tewas bertafakur dan bermuhasabah.Dimana silapnya perjuangan ini?Adakah jalanan perjuangan kita masih tersisa dosa^dosa semalam?Adakah kita telah memegang prinsip perjuangan dengan jitu dan yakin?Adakah kita telah bertawakkal kepada Raja kepada segala kerajaan dengan setulus^tulusnya?Adakah masih kurang kerja, tekad, dan iltizam kita untuk kemenangan?

Kepada Sdr Anwar, elok rasanya jika sdr bermuhasabah dalam-dalam.Jika sdr adalah hasil didikan dan tarbiah islam yang tulen, saudara tentunya sedar dimana silap sdr.Kepada sdr Khalid Ibrahim, perjalanan sdr masih panjang walaupun usia semakin senja.Syabas kerana memilih jalan menegakkan kebenaran di akhir usia.Semoga Allah menemukan sdr dengan ketenangan yang sdr cari.

Jika ditanya kepada saya, apakah sebaris ayat yang boleh merumuskan keputusan p/raya kecil Ijok, maka saya akan berkata, "Selagi pemikiran rakyat malaysia tidak berubah, selagi itu tampuk pemerintahan BN takkan bergegar".Kesinambungan dari teori tersebut ialah, pembangkang akan gagal memerintah malaysia selagi mana negara ini tidak mencapai negara maju (maju pembangunan dan pemikiran).

Saturday, January 27, 2007

Betulkan?

Pencacai Umno Batu Talam tipu Najib bulat-bulat

Ahmad Lutfi Othman

Sat | Jan 27, 07 | 10:08:50 AM

SELEPAS berkunjung ke Batu Talam semalam, banyak juga isu-isu berkaitan pilihan raya kecil itu yang perlu disinggung, tetapi saya kira dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa PAS mewajibkan ahli-ahlinya 'menyokong calon Bebas agar dia tidak hilang wang pertaruhan' perlu dijelaskan dahulu.

Surat edaran yang dikatakan ditandatangani Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa itu penuh dengan kejanggalan, sekaligus menunjukkan penipuan itu dilakukan secara amatur dan cukup memalukan, apatah lagi akhbar-akhbar utama dan siaran berita tv, menunjukkan gambar Najib sendiri yang membuat pendedahan eksklusif itu! "Kalau nak tipu pun biarlah orang percaya."

Najib, dan juga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, boleh menuduh PAS apa saja, sama ada "penipu" mahupun "bacul". Tetapi apabila ia disandarkan kepada satu bukti palsu, maka siapa sebenarnya yang menipu, dan siapa pula yang ditipu?

Pencacai Umno-BN boleh mengedarkan apa jua risalah kepada pengundi, termasuk untuk memburuk-burukkan PAS, tapi usahlah menipu. Macam juga media yang dikawal mutlak pemerintah, kritik dan hentamlah PAS, tapi janganlah memutarbelitkan cerita.

Sekilas pandang surat Husam kepada Yang Dipertua PAS Raub, banyak lucunya. Petang semalam saya sempat mengunjungi Ustaz Abdullah Suhaimi Saat di Felda Tersang 3. Beliau membuat laporan polis minta disiasat siapa yang bertanggungjawab menerbitkan dan mengedarkan surat palsu berkenaan.

Pertama, dalam PAS, tiada istilah "bahagian" sepertimana Umno, yang ada "kawasan". Sedangkan "surat Husam" itu ditujukan kepada "Yang Dipertua PAS Bahagian Raub". Kedua, kepala surat selalunya hanya memaparkan bendera parti bukan lambang bulan purnama bersama, dan tiada pula dalam surat itu tertera "Pejabat Agung PAS" di bawah "Parti Islam SeMalaysia (PAS)", manakala No Pendaftaran merujuk Selangor, sedangkan yang sebenarnya "Penang".

Kesalahan membezakan antara "bahagian" dan "kawasan" itu saja sudah cukup untuk memutuskan surat ini dibuat oleh pencacai Umno yang jahil terhadap "seterunya" sendiri. Dan mentang-mentanglah PAS itu parti Islam, maka penerbit surat palsu ini langsung tidak meletakkan tarikh masihi seperti yang lazim diamalkan kerana yang tertera hanya 2 Muharam 1428!

Cuba teliti perenggan pertama: "Sesungguhnya jihad kita untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia kali ini secara tersirat dan halus. Walaupun kita secara terang-terangan berkata boikot, tetapi kita mesti turun menunaikan undi secara senyap. Persepakatan ini telah dicapai pada Pelancaran Suruhanjaya Untuk Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) pada 20 Januari 2007 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak."

Apa yang peliknya? Apakah ia gaya bahasa yang selalu dipakai Husam, atau lebih tepat lagi apakah Husam pernah mengeluarkan surat atas nama Naib Presiden PAS? Dan apa kena-mengena Husam dengan hal-hal berkaitan pilihan raya?

Apakah surat ini mahu ditujukan kepada YDP PAS Raub atau pengundi Batu Talam ataupun ahli-ahli PAS yang menjadi pengundi Batu Talam kerana ia ditujukan kepada YDP PAS Raub tetapi mukadimahnya, "Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT".

Lebih melucukan apabila nombor "Rujukan Kami: PAS/BERSIH.11/3.09(20/7)". Macam mana pula "Bersih" boleh muncul dalam rujukan itu sedangkan ia bukannya badan di bawah PAS? Lagi pun Bersih merupakan singkatan kepada "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" yang dianggotai 25 NGO dan lima parti politik. Bersih bukannya "Suruhanjaya Untuk Pilihanraya Adil dan Bersih" seperti dalam surat itu.

Tunggu, ada lagi penipuan dalam perenggan pertama ini. Yang dilancarkan pada 20 Januari 2007 bukanlah "suruhanjaya" yang tidak wujud itu tetapi program Jelajah Perdana, bermula di Taman Melewar dan diikuti di peringkat negeri.

Untuk perenggan kedua dan ketiga saya tidak mahu mengulas panjang, cukup sekadar respons ringkas dan rasanya pembaca, khususnya ahli-ahli PAS yang biasa dengan budaya dan kebiasaan parti: "Mengundi itu adalah sesuatu yang wajib dalam Islam. Ianya adalah sebahagian daripada ibadah dan rukun kita sebagai seorang yang beriman. Seluruh jentera PAS Raub adalah diwajibkan membantu pakatan Barisan Alternatif di Batu Talam. Pemimpin utama PAS akan turun padang mengadakan ceramah dan program bersama dengan pengundi di Batu Talam.

"Untuk mendirikan sebuah kerajaan yang bersih dan adil, pucuk pimpinan parti menyeru pengundi turun beramai-ramai pada 28hb ini bagi menafikan kemenangan calon BN di Batu Talam. Wajib kita membantu calon Bebas agar dia tidak hilang wang pertaruhan."

Memang amat janggal sekali ayat dan kalimah yang dipilih. Penegasan "mengundi itu wajib" pun mengelirukan apatah lagi "ia sebahagian daripada ... rukun kita sebagai seorang yang beriman", cukup pelik. Dan apa maksud "membantu pakatan BA di Batu Talam", siapa pakatan itu?

Tak pernah pula saya dengar tujuan perjuangan PAS "untuk mendirikan sebuah kerajaan yang bersih dan adil", dan kalaupun ada, apa perlunya hendak ditegaskan semasa pilihan raya kecil ini, kerana ia lebih sesuai semasa berdepan pilihan raya umum, barulah logik untuk "mendirikan kerajaan".

Bukankah "bersih dan adil" itu dirujuk kepada perjalanan sistem pilihan raya yang dituntut parti-parti pembangkang? Apa halnya sampai istilah "wajib" diulang-ulang (mungkin penulis surat ini membayangkan disebabkan PAS parti Islam maka istilah yang dipakai pun mestilah islamik, termasuk hanya tarikh kalender hijrah yang digunakan!), dan atas pertimbangan apa pula Husam begitu prihatin dengan nasib calon Bebas itu?

Mungkin ada yang hairan mengapa saya nampaknya begitu serius dengan surat palsu itu?

Sebenarnya saya pun tidaklah serius sangat dengan surat ini, apatah lagi, pengedarannya pun mencarik adat. Menurut Ustaz Suhaimi, surat untuk ahli-ahli parti tidak akan dibiarkan bertimbun di luar markas PAS dan disebarkan di penjuru-penjuru jalan seperti yang berlaku kepada surat palsu itu. Ia akan dihantar ke rumah ahli-ahli atau semasa program parti.

Saya terdorong untuk mengulas hal ini kerana akhbar dan tv membesar-besarkannya, apa lagi ia "didedahkan" Najib sehingga timbul istilah "PAS penipu" dari mulutnya. Seperti saya kata di awal tulisan, tuduhlah apa saja kepada PAS tapi biarlah berasaskan fakta yang jelas.

Buatlah apa saja rumusan terhadap keputusan PAS boikot pilihan raya kecil itu tapi janganlah mengada-adakan cerita yang tidak ada.

Jentera kempen Umno di Batu Talam memang banyak menabur fitnah termasuk merosakkan (dan mencuri) kain rentang boikot, tetapi apabila mereka rela memperbodohkan Najib (yang semakin kelemasan dengan isu-isu Altantuya), dan TPM pula langsung tidak menyemak surat palsu itu sebelum mengumumkannya kepada media, maka apa sudah jadi?

Najib menuduh PAS menipu, walhal Najib yang ditipu bulat-bulat oleh juak-juaknya sehingga sanggup ke depan mengusung bahan fitnah sedangkan yang ditentang BN bukannya PAS, tapi calon Bebas yang poster kempennya langsung tidak ada di Batu Talam.

Seperti kata seorang teman yang mengiringi saya sepanjang kunjungan sehari itu, "memang gila pilihan raya kali ini dan Umno terpaksa berhabisan bukan saja untuk menang tetapi untuk pastikan orang keluar mengundi." Hal ini akan saya ulas kemudian, mungkin lebih baik selepas keputusan kita perolehi.

Apa pun, lazimnya pemimpin Umno tak ambil peduli soal maruah. Jadi, pastinya Najib langsung tidak tertekan walaupun menyedari beliau diperbodohkan pengikutnya sendiri. Dan jangan harap Najib akan mohon maaf kerana melemparkan tuduhan berasaskan surat palsu itu.

Lagi pun rakyat Malaysia boleh saja menerima peristiwa ini sebagai satu kelaziman. Soal Perdana Menteri atau TPM berbohong menjadi lumrah, 'bagai minum air sejuk', sedangkan soal bohong kepada pemimpin berprinsip khususnya di Barat umpama 'menelan bara api'. Kerap kali pemimpin yang berbohong kepada rakyat terpaksa melepaskan jawatan selepas pembohongan mereka terdedah.

Kalau tidak silap saya, Dato' Seri Rais Yatim semasa memimpin Team B dan seterusnya Semangat 46 dulu pernah mengubah rangkap pantun Melayu, "Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong, lama-lama jadi menteri!"

Friday, January 26, 2007

Yang mana satu kebenaran?

Image Hosted by ImageShack.us
Dua kenyataan berbeza berkenaan surat bercop PAS yang menghasut pengundi supaya memboikot p/raya kecil batu talam(jangan keluar mengundi).Dua url diatas adalah 2 kenyataan yang kontra diantara satu sama lain.Pendedahan oleh Dato' Najib dan Penafian oleh Utz. Nasaruddin Mat Isa.Kepada siapakah perlu kita percaya?Apakah pertimbangan anda dalam menentukan pihak yang benar dalam isu ini?

Jom menganalisis !

Najib membuat pendedahan tersebut semasa majlis mesra bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Cheroh,Raub.Bermakna Najib sedang berkempen bagi memenangkan calon BN di batu talam.Satu tindakan dan kenyataan politik yang nampaknya biasa.

Utz Nasharuddin pula menafikan perkara tersebut selepas menerima kunjungan pimpinan kerajaan Palestin (Hamas) di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.Harakah melaporkan sebagai:

Turut mewakili PAS dalam pertemuan itu ialah, Setiausaha Agungnya, Dato' Kamarudin Jaffar; ahli Majlis Syura Ulama, Ustaz Hassan Shukri; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat; Timbalannya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; AJK DMPP, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Senator Mumtaz Mat Nawi.

Sementara Hamas diwakili, Menteri Kerja Raya Palestin, Ir Abdul Rahman Zaidan; Menteri hal Ehwal Wanita, Dr Maryam Salleh; ahli Parlimen Hamas, Muhammad Tuttah, Muna Mansur, Daud Abu Sair, Abdul Rahman Musleh dan Khalid Zuwaib.

Percayakah kalau saya katakan,hanya orang yang buta dan hanya orang yang membutakan mata sendiri yang tidak nampak mana yang benar dan mana yang batil.

Mengapa Najib harus memfitnah?Umum mengetahui,Najib sedang berada dalam situasi yang menekan.Tuduhan sdr Anwar di diamkan hingga sekarang berkenaan pembelian kapal selam,pembelian kapal terbang,dan kes atantuya.(untuk tengok ceramah anwar disini).Jikapun Anwar fitnah,sekurang-kurang orang yang bermoral dan bermaruah seperti Najib wajar mengambil tindakan undang-undang diatas tuduhan Anwar.Mengapa diam?Takut untuk membawa kes itu ke mahkamah supaya beberapa rahsia besar tak terdedah?

Ini wajah sebenar politik malaysia.Mereka meludah kepada kita dengan fitnah yang mengatakan kitalah yang menggunakan agama demi politik,tampa mereka mengakui,politik di pihak kita telah bersih dari fitnah,rasuah,nepotisme,salah guna kuasa etc.Semua dibersihkan bila islam itu ada bersama dan apabila matlamat agama itu berada dihadapan mengatasi matlamat RM9,2020,hadhari dan bestari dan berbagai lagi ungkapan geli mereka.

Mahukah anda berfikir kebenaran ini?Atau mungkin anda berpaling dari kebenaran dan menafikan?Sekali lagi peluang untuk memilih itu ditangan anda...

Sunday, January 21, 2007

Sesuatu yang menganggu fikiran tentang calon bebas di Batu Talam..

Calon bebas rayu pembangkang

Oleh: ALI MAHMOOD

RAUB 21 Jan. – Calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Ng Chee Pang, 22, merayu parti pembangkang turun padang membantu beliau berkempen dalam pilihan raya kecil itu.

Chee Pang berkata, beliau kini sudah tidak berupaya untuk berdepan dengan kempen agresif parti komponen Barisan Nasional (BN) di Cheroh yang mempunyai ramai pengundi Cina dan India.

Katanya, walaupun belum mengangkat ‘bendera putih’ tetapi melihat kempen yang dijalankan oleh parti komponen BN, beliau merasakan peluangnya terlalu tipis dan berharap pemimpin pembangkang turun padang membantunya menangkis serangan BN.

‘‘Walaupun pembangkang memboikot pilihan raya kecil ini tetapi saya berharap mereka dapat membantu saya berkempen kerana mereka mengetahui banyak isu dan kelemahan BN bagi mempengaruhi pengundi di sini,’’ katanya ketika ditemui di Cheroh, dekat sini hari ini.

Chee Pang mendakwa, BN menggunakan segala kekuatan yang ada termasuk menyalahgunakan harta awam seperti sekolah dan dewan orang ramai untuk berkempen.

Utusan

Ingin saya bertanya,jika anda ditempat Chee Pang,akankah anda buat kenyataan sebegini?Dia tahu bahawa jika pembangkang membantunya bermakna pembangkang menyalahi tindakan boikot.Dia tahu yang pembangkang tak mungkin sekali-kali akan membantunya di Batu Talam.Dan yang paling pelik ialah,dia tahu bahawa dia akan kalah sejak di hari penamaan calon lagi(sama hilang wang pertaruhan atau tidak adalah 2 kemungkinan).Jadi,untuk apa dia beria-ia ingin pembangkang menolongnya?Untuk memenangkan dia?Atau untuk apa?Tidakkah ini pelik?Saya tak mahu buat banyak spekulasi pelik.Tapi,tindakan sebegini menjelaskan agenda sebenar mengapa dia "mencuba nasib" dalam game yang sudah pun ditentukan pemenangnya.


Trick sebegini biasa berlaku dalam komik death note,sebuah komik penyiasatan...Hehe..