Saturday, November 10, 2007
Apabila undang-undang dimiliki oleh pemerintah.. .
Saya sempat merakamkan, ada perjuangan, ada ketidakadilan, ada kesombongan, ada kecekalan, tiada demokrasi, tiada hak berhimpun, ada semangat, ada pengorbanan, ada sedikit belas kasihan, ada reformasi, ada keringat, ada keberanian, dan yang pasti ada undang-undang yang hanya dimiliki oleh pemerintah.
Hentikan berdebat tentang jumlah peserta himpunan hari ini kerana saya terlalu yakin untuk menyatakan, bukan sahaja 100,000 ribu malah mungkin 1000,000 orang bersama-sama mereka di Kuala Lumpur walaupun tidak dapat menghadirkan jasad-jasad mereka.Ya, saya salah seorang dari mereka yang gagal menghadirkan jasad kerana jarak beribu batu yang memisahkan, namun semangat saya tetap bersama mereka di Kuala Lumpur.
Pada hari ini juga bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, deretan artis diguna untuk memesongkan orang ramai dari menyertai himpunan bersejarah anjuran Bersih.Majlis sempena rumah terbuka aidilfitri peringkat wilayah persekutuan itu turut dihadiri oleh PM dan dilaporkan oleh bernama dihadiri oleh seramai 10,000 orang.
Sudah jelas, undang-undang, permit, kebebasan media dan bersuara hanya dimiliki oleh pemerintah.TIDAK ADA KEBEBASAN MEDIA, BERSUARA, TIDAK ADA UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI DAN TIDAK ADA HAK BERHIMPUN BAGI PEMBANGKANG DAN GOLONGAN ANTI KERAJAAN.Bahkan, jika anda menyokong pemerintah, belum tentu undang-undang melindungi anda.Cukuplah peristiwa Rimba Jaya dan Berembang sebagai bukti! Undang-undang hanya melindungi Ketua Polis, Ketua BPR, Menteri,PM, Ahli MT UMNO, B*BI,dan seangkatan dengan mereka.
NOTE:
Sekitar jam 2ptg waktu Malaysia, laman web harakahdaily terlalu sukar untuk di access.Keadaan yang sama turut menimpa Trengganukite dan Laman web rasmi Bersih.Namun alhamdulillah walaupun mengalami kesesakkan traffic yang teruk, harakahdaily masih dapat di access walaupun bukan sebagaimana "biasa".Syabas buat krew TVPas.com yang membuat liputan secara lansung dari Kuala Lumpur.Walaupun tidak begitu "clear" namun ianya cukup memuaskan perasaan dan semangat kami yang berkobar-kobar ingin mengetahui keadaan semasa di Kuala Lumpur.
Posted by syahid_zul at 4:54 AM 0 comments
Category : Aktiviti, Pendapat, Politik Malaysia
Thursday, November 8, 2007
BERSIH! BERSIH! BERSIH!
Berhenti!Maksud saya teruskan membaca dan berhenti dari berfikir apa yang ingin kita fikirkan sebentar tadi.
Ianya terlalu kejam untuk didiamkan, terlalu zalim untuk untuk sekadar melihat sahaja, terlalu berat sebelah, terlalu nyata dan jelas segunung keangkuhan, terlalu sombong untuk diajak berkawan dan terlalu kesuntukan masa untuk diajak berbincang.
Memetik ucapan Tuan Guru Hj Hadi Awang dalam perhimpunan pertama Bersih 10 Julai lalu, "Kita jangan bermimpi perubahan akan berlaku dengan percuma... Tidak akan ada cahaya yang menerangi tampa lilin yang sudi terbakar.." Ya, langkahan kaki kita bakal mencatat sejarah demi masa depan agama dan negara seterusnya langkahan setiap kaki-kaki kita pada 10 November itu nanti adalah derap-derap perjuangan kita yang selama ini tidak kita pedulikan.
Janganlah kita "mimpikan" perhimpunan itu akan mendapat kerjasama polis.Malah jika perhimpunan itu nanti mendapat permit, untuk apa kita susah-susah perjuangkan demokrasi?Bubarkan sahaja Bersih jika perhimunan itu mendapat permit!
Ini perjuangan menuntut hak yang dinafikan, dirampas, dinodai dan diperkosa.Biarpun gunung sebesar manapun dihadapan, usah berhenti dan teruskanlah melangkah.
Utusan melaporkan bahawa Ketua Polis Negara secara terbuka melarang rakyat daripada menyertainya.Ketua Polis sudah secara terbuka berani menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam sebuah negara demokrasi.Apa lagi yang kita tunggu?Apakah lagi "hak" yang masih kita ingin banggakan sebagai satu bangsa yang bertamadun dan merdeka?Adakah kita sanggup seluruh keturunan kita nantinya juga dinafikan hak dan anak cucu kita akan mengenang kita sebagai bacul dan tidak bermaruah?
Lihatlah kepada sejarah, Hj Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan seangkatan dengan mereka.Ya, mungkin perjuangan mereka terlalu susah dan mereka benar-benar berhadapan dengan gunung-gunung keangkuhan british.Tetapi hari ini kita mengenang mereka sebagai pejuang yang tulen dan sehingga kehari ini kita bangga kerana ditanah melayu yang dahulunya tidak ada apa-apa ini lahirnya pejuang yang tidak takut untuk melawan apabila hak mereka dinafikan.
Adakah kita sudah dirasuk oleh zaman yang sudah berubah?Membiarkan sahaja hak dinafikan dan 100 tahun akan datang, generasi pada ketika itu akan mencemuh dan kencing di perkuburan orang-orang yang bacul dan penakut?
Kita akan berjalan, kita akan turun, kita ingin nyatakan, Tanah ini bukan milik sesiapa!Kita ingin nyatakan bahawa, semangat kita tidak akan padam malah terus membara.Kita bukan mencari musuh, tetapi apabila bertemu musuh,kita diajar supaya menghadapnya dengan menandah doa ke langit.Supaya Allahlah yang akan menilai keikhlasan kita dalam perjuangan.
Posted by syahid_zul at 12:44 PM 0 comments
Category : Aktiviti, Politik Malaysia
Saturday, May 12, 2007
Buku terbaru Presiden PAS : Islam & Demokrasi dilancar
MARANG, 11 Mei (Hrkh) – Buku terbaru karya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berjudul `Islam & Demokrasi’ dilancarkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong di Masjid Rusila, pagi tadi.
Pelancaran buku yang berharga RM18 senaskah itu dilakukan sebaik sahaja Tuan Guru Abdul Hadi selesai menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat.
Buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd yang mengandungi 23 bab itu adalah untuk mengisi Tabung Dana Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila.
Sehubungan itu, MDQ mempelawa sesiapa yang ingin menjadi pengedar buku setebal 181 halaman itu boleh menghubungi Wan Sukairi di talian 019-9894125, Haji Rozman (019-9851629) atau Ahmad Syukri (013-6414691).
p/s:antara buku yang saya idam-idamkan.
Video majlis pelancaran...
Posted by syahid_zul at 7:02 PM 0 comments
Category : Aktiviti