Monday, August 13, 2007

"Nahas Terburuk Negara"


Pertamanya marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa muslim yang telah pergi meninggalkan kita dalam kemalangan di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan yang telah mengorbankan 20 orang awal pagi semalam(13hb8).Saya turut bersimpati yang teramat sangat dan terkesan dengan nahas sedahsyat itu sehingga memaksa saya menulis entry ini.

Insan yang telah pergi tetap pergi.Itulah ketentutan usiannya.

Apa yang amat mendukacitakan kita ialah, pemandu bas terbabit yang turut meninggal di tempat kejadian mempunyai 15 saman trafik dan 2 warang tangkap.Pemandu terbabit juga dikatakan pernah gagal ujian air kencing yang membuktikan dia telah mengambil dadah.Saya tidak berniat untuk mengaibkan pemandu tersebut tetapi kita mempunyai sebab yang kukuh untuk mengetahui cerita dibelakangnya.

Sesiapa juga tidak boleh menafikan hak saya untuk bertanya, adakah pemandu tersebut terkejar-kejar masa untuk memandu kerana mencari wang lebih kerana kesempitan hidup?Adakah syarikat terbabit terlibat dengan rasuah dengan pihak tertentu sehingga bas dan pemandu dibawahnya tidak diambil tindakan?Atau adakah pemandu itu sendiri yang merasuah?

Sekiranya persoalan-persoalan ini gagal dijawab oleh golongan professional yang melakukan siasatan,saya rasa masalah ini tidak akan selesai.Setahu saya,gaji pemandu bas tidaklah banyak.Sekiranya kesnya sama dengan kes kebakaran dijohor,mempunyai ramai anak yang sedang menuntut di IPT dan ibu bapa terpaksa menanggung perbelanjaan pembelajaran anak-anak mereka, lantas sibapa terpaksa bekerja lebih demi anak-anak dan nahas itu terjadi, siapa tahu?

Permintaan saya ialah supaya siasatan itu nanti mendedahkan latar belakang pemandu dan syarikat berkenaan.Ia bermula dari situ.Saya tidak mahu tahu bas itu dalam keadaan apa atau pemandu terbabit dibawah pengaruh apa.Saya ingin tahu ialah apa yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Jika bas terbabit gagal ujian PUSPAKOM,mengapa ia masih dibenarkan membawa penumpang?Adakah ia melibatkan rasuah?Jika pemandu terbabit dibawah pengaruh dadah,mengapa dia harus mengambil dadah?Adakah untuk memberi tenaga untuk bekerja lebih masa demi masa depan anak-anak?

Persoalan ini wajib dijawab.Saya ingin tegaskan bahawa,dosa rakyat yang mengangkat kerajaan yang salah sedang menghantui rakyat itu sendiri.Kualiti hidup rakyat yang menurun dengan kesempitan hidup yang dialami dengan kenaikan harga minyak dan harga barang dan isu rasuah yang tidak pernah selesai sedang menghukum setiap jiwa yang mendiami bumi malaysia.Ini hanya teori,dan sesiapapun tidak berhak menghalang saya dari berteori.

Friday, August 10, 2007

Imaginary Hadhari

PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI

1. Keimanan dan Ketakwaan kepada ILAHI
2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan


Sekiranya dengan membaris 10 prinsip ini maka UMNO itu "wajib" disokong, izinkan saya membariskan 1000 prinsip yang merangkumi kesemuanya lantas saya juga berhak mendapat sokongan yang serupa.
Diatas teori yang sama,DAP juga mampu membariskan prinsip yang serupa lalu DAP itu wajib disokong.Parti PPP pula membariskan prinsip yang sama lalu meminta untuk disokong.

Lalu kita akan bertanya,mana boleh DAP dan PPP membawa prinsip seperti itu?Dalam masa yang sama keistimewaan diberi kepada UMNO untuk membawa 10 prinsip dan untuk dicanang merata-merata untuk diperlihatkan betapa mereka menginginkan islam.

Alangkah kasihanya orang-orang yang dibutakan mata hati untuk melihat kebenaran.Apabila mereka melihat sebuah kereta terkial-kial di dalam air, lalu mereka menyalahkan orang-orang yang tidak menolong menolak kereta itu supaya bergerak didalam air.Mana mungkin sebuah kereta empat roda meluncur diair?Mana mungkin kapal selam meluncur di daratan?

Begitulah ceritanya dengan islam hadhari bawaan UMNO.UMNO tidak memiliki medium yang sesuai untuk islam di laksanakan didalamnya.Saya begitu kesal apabila ada mufti yang meminta supaya ummat islam menyokong paklah dan islam hadharinya.Permintaan itu umpama meminta orang ramai menolak sebuah kereta di air,sampai bilapun kereta itu tidak akan meluncur dengan lancar.Akhirnya kereta itu akan tengelam dan orang ramai hanya kebasahan.

Adakah UMNO hero islam?

Dengan membariskan 10 prinsip,UMNO dianggap hero dalam memperjuangkan islam.Tidak sedikit cyber troopers samada pro dan amatur yang menggunakan istilah dan prinsip islam hadhari untuk membuktikan betapa UMNO itu rindukan islam.Sudah lebih kurang 1400 tahun berlalu semenjak islam dilengkapkan,UMNO hanya menemui 10 prinsip "atas angin" sebagai enzim untuk mendapatkan kembali keyakinan politik ummat islam.Mufti beria-ia bersama mereka.Beberapa ulama' dan ustaz juga bersedia bersama mereka.Kita sehingga hari ini tertanya-tanya apakah tindakan praktikal mereka kearah merealisasikan 10 prinsip itu?

Prinsipnya?

1. Keimanan dan Ketakwaan kepada ILAHI
Tunjukkan saya dimanakah kesungguhan UMNO yang menjadi teras kepada parti pemerintah untuk melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah?

2. Kerajaan adil dan beramanah
Adil?Dimana keadilan itu?Saya boleh nyatakan ribuan kes yang membuktikan prinsip keadilan telah diperkosa di negara ini.
Amanah?Siasat setiap laporan polis yang dibuat keatas semua pimpinan kerajaan dari Perdana Menteri sehinggalah kepada Ketua Polis Negara dengan bebas dan transparent.

3. Rakyat berjiwa merdeka
Bebaskan mahasiswa dari AUKU.Buka kebebasan untuk bersuara dan melontar pandangan.Bebaskan media.Pulihkan demokrasi negara.


4. Penguasaan ilmu pengetahuan
Kita masih terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan.Tiada usaha konsisten dalam memajukan RND.Kita sudah ketinggalan dalam pertanian, industri berat, sains dan teknologi maklumat.Usah perasan hebat.

5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Pembangunan yang tiada keseimbangan dan sistem ekonomi yang menekan golongan yang lemah.Kekayaan masih berlegar di kalangan orang-orang kaya.

6. Kehidupan berkualiti
Kehidupan semakin menderita.Bacalah surat khabar setiap hari.Ada sahaja berita menyayat hati dan terbaru tentang kebakaran di Johor.Hakikatnya kehidupan rakyat lansung tidak berkualiti.

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Kumpulan minoriti dianaktirikan.Hak wanita sebagai seorang islam tidak dilindungi.

8. Keutuhan budaya dan moral
Jangan suruh aku gelak boleh tak?

9. Pemeliharaan alam semula jadi
Pembangunan tampa mengambil kira kesan kepada alam sekitar masih bermaharajalela.Bukit-bukit digondolkan tampa ada satu kajian tentang kesannya kepada alam sekitar.Lihatlah di ibu negara sendiri,pemcemaran yang tidak boleh disifatkan lagi.

10. Kekuatan pertahanan
Hahahaha...

Konklusi?

Kita tidak bercakap soal siapakah yang boleh memberikan prinsip.Kita bercakap soal sejauh mana prinsip itu dijadikan sandaran ketika bertindak.Lantas kita bertanya, adakah UMNO menjadikan 10 prinsip tadi sebagai sandaran dan matlamat ketika membuat apa-apa perancangan yang melibatkan rakyat?

Meletakkan bunga di tugu negara, itu apa?
Membenarkan jom heboh, itu apa?
Membenarkan arak boleh dibeli dengan mudah, itu apa?
Menyentuh bahu bukan muhrim, itu apa?
Memberikan kontrak kepada Scomi, itu apa?
+
+
+
+
+
infiniti..

Seorang mufti mengiakan Hadhari ditambah kepada Islam sebagai suatu pendekatan.Persoalannya,jika islam hadhari itu nantinya akan berjaya melahirkan sebuah tamadun, sejarah akan mengenang tamadun itu ialah tamadun "Islam Hadhari".Sejarah akan mencatatkan 10 prinsip tadilah yang telah melahirkan tamadun Islam Hadhari.Sejarah akan lupa bahawa islam ini dibawa oleh Rasulullah.Sejarah akan mengagungkan pencetus "Islam Hadhari" dan akan melupakan Siapakah Rasulullah yang telah membawa islam yang sudah hadhari.

Kemana-mana pun kita pergi bawalah name-tag "islam" supaya orang akan mengenal bahawa anda ummat kepada Rasulullah saw.Bagaimana jika kita memakai name-tag "islam hadhari"?Fikirkan dengan mata hati yang terbuka.