Setiap kali saya melayari laman web malaysia-today.net, setiap kali itulah juga saya mengetip bibir.Bukan kerana artikel yang disiarkan disitu,tetapi kerana segelintir komentatornya yang biadap, hipokrit, berfikiran dangkal dan bod*h.Saya tahu, pembaca malaysia-today bukan manusia calang-calang.Mereka dari kalangan orang dewasa yang celik IT, professional, dan lebih berpengalaman dalam hidup daripada saya.Namun entah mengapa perangai sesetengah mereka begitu jelek, dan tiada pertimbangan ilmiah lansung dalam memberi komen.
Jika jahil usah bercakap!Jika jahil diam itu adalah yang terbaik!Saya mengambil contoh komen seorang pembaca malaysia-today yang mengatakan hukum hudud dan qisas itu sebagai tidak praktikal.Hujjahnya terlalu dangkal, dan melambangkan sikap kesombongan yang tidak disokong oleh hujjah-hujjah ilmiah.Ada pula pembaca yang menghina islam, menghina ulama, menghina segalanya yang tidak sebulu dengan pendirian masing-masing.
Ini hanyalah beberapa contoh yang sempat saya kutip.Silakan layari laman web tersebut dan carilah berpuluh mungkin beratus contoh lain dan akhirnya kita bakal merumuskan segalanya dalam bentuk satu persoalan, wajarkah perkembangan ini dibiarkan berterusan?Apapun rumusan kita, Raja Petra sudah pasti ada jawapannya.Saya sebagai seorang insan yang berprinsip, sesekali tidak dapat memaafkan kata-kata yang menghina agama dan ulama' saya.Biarpun ia hanyalah tulisan di alam maya yang tidak diketahui identiti penulisnya, namun tindakan sebegitu cukup menghinakan.Tidak dapat dimaafkan!
Mungkin untuk itu juga, para pengendali blog seperti malaysia-today harus menapis komen-komen sebegitu.Kita menyedari semua manusia ada hak bersuara.Kita bukan menyekat mereka dari bersuara.Tetapi hujjah perasaan bukanlah penyelesaian.Apabila tidak bersetuju dengan sesuatu dan ketidaksetujuan itu diterjemahkan dalam penulisan yang berbaur perasaan marah,apa ertinya bersuara?Kita bukan ingin mendengar "perasaan marah".Kita inginkan hujjah.Jika tidak bersetuju, sila nyatakan secara jelas dan konkrit dan bukan main agak-agak.
Kebebasan bersuara pun biarlah dengan hujjah ilmiah, dengan professional, dengan sopan dan santun.Selagimana kebebasan itu ada, biarlah ia berlansung dalam suasana sebegitu.Namun apabila kebebasan itu sudah tiada, barulah boleh difikirkan tindakan fasa kedua.Adakah ini berlaku dialam maya?Adakah ini permainan maya insan yang celik IT di malaysia?Sungguh jelik dan menjelikkan!Hanya melontar "hujjah agak-agak" dan berpura-pura kononnya mereka itu dari golongan professional.Namun sikap dan kata-kata mereka menceritakan segalanya berkenaan mentaliti kolot, dan niat hati mereka yang busuk.
....................................
AMARAN:Tulisan ini juga ditulis dalam nada marah yang berbau luapan perasaan.Dapatkan pembaca menemui isi hujjah saya secara ilmiah?Wallahuaklam..
Saturday, March 24, 2007
Tapis komen di setiap blog!
Posted by syahid_zul at 1:08 AM 0 comments
Category : Pendapat, Politik Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)