Thursday, May 3, 2007

Mengapa TV3?



Jika kita boikot rtm, akankah ada perubahan?Kalaupun tidak ada manusia lagi yang menonton rtm,rtm akan terus hidup kerana ia media milik kerajaan.Pastinya duit rakyat akan digunakan untuk menghidupkan rtm.Tetapi tv3 berbeza.Tv3 bergantung kepada syarikat media prima sebagai sumber modal untuk beroperasi.Syarikat seperti tv3 memerlukan sokongan terus daripada penonton, dengan itu banyaklah syarikat lain yang menggunakan khidmat tv3 sebagai tapak iklan.

Kita mungkin tidak menggunakan tv3 untuk mempromosikan sesuatu.Tetapi dengan menonton tv3, secara tidak langsung ia akan menggalakkan syarikat lain untuk mengiklankan syarikat atau produk mereka di tv3.Dengannya pendapatan tv3 akan bertambah dan mulalah tv3 naik tocang!

Pada permulaan, kita memerlukan fokus untuk kempen ini.Fokus kita ialah tv3.Bukan tv7, tv8 atau tv9 walaupun dibawah syarikat induk yang sama.Fokus inilah yang akan menentukan kejayaan kita.Niat kita bukan untuk meranapkan bisnes mereka.Niat kita ialah supaya mereka sedar, tampa penonton siapalah tv3.Bukannya tampa tv3 siapalah penonton!

Kita mengharapkan perubahan.Kita mengharapkan kebebasan dan kualiti media itu dikembalikan.Kita mengharapkan mereka professional dalam kerjaya mereka dan tidak hanya mengikut telunjuk orang yang menunjuk!

Sebarkan logo diatas ke setiap blog, web portal, dan dimana sahaja anda berada...

2 Comments:

  1. Unknown said...
    salam,
    kelihatan takder orang bagi komen kat blog ni, syer bagilah satu.
    Pasal TV3 ni, syer nak tanyer penulisla, anda sure ker MEDIA PRIMA tu, takder kaitan dengan MRCB, sure ker MRCB tu takder kaitan dengan Khazanah Nasional, sure ker Khazanah Nasional tu tak der kaitan dengan Kementerian Kewangan, sure ker Kementerian Kewangan tu, takder kaitan dengan kerajaan?

    itu sajer
    syahid_zul said...
    terima kasih kerana memberi respon..herm..

    saya agak kurang pasti apa yang saudari faham berkenaan perkataan "kaitan".

    secara jujur, saya xpasti "kaitan" tv3 dengan badan2 yang saudari gariskan dan telahan saya adalah berpandukan kepada frasa "tv3 adalah stesen tv swasta"..

    fokus saya ialah "swasta"...saya gagal mengaitkan perkataan "swasta" dan "kerajaan"..

    kalau kita melihat masa depan kempen ini ialah "gagal" maka kita akan gagal...paling penting ialah fokus!

    imagine yang suatu hari kebebasan media itu akan mampu dicapai..

    wassalam

Post a Comment