Friday, May 18, 2007

Antara kebiasaan dan perubahan

Antara kebiasaan dan perubahan, teorinya membongkar segenap rahsia perlakuan manusia.Dari perlakuan harian kepada hal sokongan politik dan seluruh tindakan membuat keputusan.Disini saya tidak berniat mengaitkan kesemuanya itu dengan kebiasaan dan perubahan, tetapi marilah sama-sama kita berfikir, apakah yang telah berlaku kepada bangsa melayu sehingga mereka buta didalam memilih kerajaan yang baik,dan mengaitkannya dengan kebiasaan dan perubahan.

Sejak merdeka hinggalah sekarang, PERIKATAN atau sekarang Barisan Nasional terus menerus mendapat mandat daripada rakyat.Dalam mentaliti rakyat kebanyakkan telah tertanam sejak itu, kerajaan yang biasa ialah Barisan Nasional,manakala kerajaan yang tidak biasa ialah Barisan Altenatif.Manakala bagi orang melayu,parti yang biasa ialah UMNO dan parti yang tidak biasa ialah PAS.

Marilah kita renungkan secara bersama, apakah biasanya yang menyebabkan manusia bertindak diluar kebiasaan?Sudah tentu tampa sebab yang luar biasa, manusia akan terus dengan kebiasaan.Kebiasaan bagi orang melayu di kampung-kampung yang terus menerus menyokong umno dan BN ialah sogokan politik wang, kempem pro-parti mereka oleh media-media arus perdana, kesenangan mendapat habuan projek, tender dan seumpama dengannya.Kebiasaan berterusan dan diterima sebagai adat resam setiap kali menjelang pilihanraya.

Namun, sejak 20 tahun kebelakangan ini, kalimah "kebiasaan" semakin melonggar dalam mengikat orang melayu dari membuat keputusan yang seperti kebiasaan mereka dan terbukti dalam pilihanraya umum 1990 dan berikutnya 1999.Jika ditanya mengapa bagi persoalan ini, sudah tentu kita dapat mengagak jawapannya.Pergolakkan yang berlaku dalam UMNO diantara dua pemimpin tertinggi telah secara tidak lansung menyumbang kepada keretakkan "mentaliti biasa" di minda orang melayu khasnya dan rakyat malaysia amnya.

Kita mungkin bertanya, sampai bilakah pembangkang perlu mengharapkan pergolakkan seperti ini untuk mendapat sokongan rakyat?Kerana itu, pembangkang sewajibnya memikirkan sesuatu untuk memecahkan monopoli mentaliti kebiasaan dan melontar satu sebab diluar kebiasaan supaya rakyat dapat membuat perubahan dengan sebab yang luar biasa itu tadi.

Assignment pertama bagi pembangkang ialah memecahkan monopoli "mentaliti kebiasaan" itu tadi.Ini kerana tampa sebab yang luar biasa, manusia tidak akan bertindak diluar kebiasaan.Supaya orang melayu dan rakyat malaysia yang hanya melihat BN dan umno sahaja satu-satunya parti yang mampu memerintah negara berpaling dari kebiasaan itu dengan memilih parti yang benar-benar layak dan berkaliber untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara, pembangkang perlu menyediakan sebab yang luar biasa.

Bercakap dan berteori terlalu mudah.Praktikalnya bagaimana?Bagaimana untuk mengubah mentaliti rakyat berkenaan rasuah pilihanraya, penyalahgunaan jentera kerajaan, manipulasi media dan sebagainya itu?Rakyat sudah menganggap perkara sebegitu biasa dan tiada ada yang menjelikkan sedikitpun.

Cuba kita "relate"kan situasi ini dengan kehidupan ummat islam.Orang islam terperangkap dalam banyak situasi yang "biasa" dan mempersetankan persoalan hukum halal dan haram."Mengumpat" misalnya, sudah menjadi kebiasaan dan ia tidak lagi dipandang sebagai antara dosa-dosa besar. Sebagaimana para ulama' silam mempertaruhkan segalanya untuk mengubah minda ummat supaya tidak melihat perkara dosa itu sebagai kebiasaan, begitulah juga PAS harus memilih jalanan dakwah sebagai jalan utama kearah perubahan.Ya!Ia jalanan yang tidak futuristic, ianya jalanan lama, kelihatan agak tradisional jika tidak kena dengan gayanya.

Tetapi tidakkah islam itu fleksibel diatas paksinya yang fleksibel?Akhir-akhir ini terlalu banyak suara-suara yang mendesak supaya PAS merintis cara baru untuk memecut kearah kemenangan.Perjuangan ini bukan untuk kemenangan dunia semata-mata.Jangan tergesa-gesa kearah kemenangan, kelak kemenangan itu terisi dengan kekosongan.

PAS harus merintis jalan yang universal didalam bidang dakwah.Apabila kerajaan kelantan menubuhkan tempat latihan animasi kepada pemuda islam,bibitnya telah bermula.Apabila PAS bercakap soal dakwah,PAS harus berada dibarisan paling hadapan dalam dakwah.Apabila PAS bercakap soal sukan,PAS harus berada di barisan paling hadapan dalam aspek kesukanan islam.Apabila PAS bercakap soal hiburan, PAS harus terkedepan dalam soal hiburan islam.Apabila PAS bercakap soal bisnes,PAS harus terkedepan dalam bisnes.PAS harus memecut dalam aspek-aspek ini.Bibitnya sedang berputik dan mekar.Kerana itulah PAS memerlukan gandingan mantap ulama' dan professional dalam dakwah yang terkedepan dan futuristic.

Mengapa kita perlu terkedepan dalam aspek-aspek tadi?Adakah untuk populariti?Tidak!Ia untuk dakwah.Supaya rakyat malaysia faham apa itu islam.Apabila mereka faham islam,secara tidak lansung mentaliti kebiasaan akan musnah.

Ahli politik didalam PAS tidak harus menumpukan kepada pendedahan isu-isu tertentu semata-mata.Mereka perlu menyediakan altenatif kepada perubahan.PAS dan parti pembangkang sudah banyak kali terlepas peluang dari sebab yang luar biasa mungkin juga kerana gagal menyediakan altenatif itu tadi.Atau juga mungkin sebab yang luar biasa itu tadi tidak cukup luar biasa untuk membangkitkan perubahan bagi semua rakyat.Antara kebiasaan dan perubahan, islam dan ajarannya akan menjelaskan.

0 Comments:

Post a Comment