Wednesday, May 9, 2007

Mengapa memilih menjadi lalat?


Terlalu banyak pro dan kontra dengan kempen boikot tv3.Masing-masing ada hujjah dan alasan tersendiri.Umumnya,saya tidak melihat fenomena pro dan kontra ini sebagai bibit kegagalan kepada kempen ini.Malah ianya satu kejayaan langkah pertama.

Mengapa pula demikian?Langkah pertama ialah, menarik perhatian orang terhadap kempen ini.Pernahkah kita bertanya, mengapa seseorang itu respon kepada sesuatu perkara?Jawapannya ialah, kerana dia concern kepada sesuatu perkara itu.Samada respon seseorang itu pro atau kontra,tidak menjadi masalah.Manusia saling berbeza diantara satu sama lain.Harus di ingat,sekiranya kita menumpukan kepada titik perbezaan ini,kempen ini akan gagal sama sekali.

Kemudian marilah kita mengkaji sedikit berkenaan beberapa tindakan boikot yang pernah mengemparkan dunia.Kempen boikot barangan denmark misalnya,menjadi mimpi yang paling tragis dalam sejarah beberapa syarikat denmark yang memasarkan barangan mereka ke negara-negara ummat islam khususnya di timur tengah.Antaranya ialah Arla Foodsamba yang mengalami kerugian sebanyak U$ 450 juta di timur tengah.

Malaysia?Rakyat malaysia setakat ini belum lagi membuktikan kekuatan mereka.Masih tiada apa-apa rekod yang boleh dijadikan bukti bahawa "jangan bermain api dengan rakyat malaysia". TV3 sedang bermain api dengan pembangkang dan ummat islam.Kerja mereka menaburkan fitnah, tidak professional dalam menyampaikan berita, mempersetankan nasihat mufti dengan penerusan program "jom heboh", dan berbagai lagi.

Namun disana masih terdapat mereka-mereka yang apabila ditindas sebegini rupa, mereka pasrah, berserah dan tidak mahu berjuang.Namun kita mengharap kepada mereka-mereka yang spesis sebegini, janganlah menghalang orang lain yang bercita-cita bangkit melawan apabila ditindas.Kata para bijaksana,
sekiranya kamu tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, usahlah menjadi lalat yang membusukkan ikan!


Kita mengharapkan juga agar ada perwakilan yang membangkitkan isu "kempen boikot tv3" ini di muktamar PAS nanti...

0 Comments:

Post a Comment