Monday, August 13, 2007

"Nahas Terburuk Negara"


Pertamanya marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa muslim yang telah pergi meninggalkan kita dalam kemalangan di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan yang telah mengorbankan 20 orang awal pagi semalam(13hb8).Saya turut bersimpati yang teramat sangat dan terkesan dengan nahas sedahsyat itu sehingga memaksa saya menulis entry ini.

Insan yang telah pergi tetap pergi.Itulah ketentutan usiannya.

Apa yang amat mendukacitakan kita ialah, pemandu bas terbabit yang turut meninggal di tempat kejadian mempunyai 15 saman trafik dan 2 warang tangkap.Pemandu terbabit juga dikatakan pernah gagal ujian air kencing yang membuktikan dia telah mengambil dadah.Saya tidak berniat untuk mengaibkan pemandu tersebut tetapi kita mempunyai sebab yang kukuh untuk mengetahui cerita dibelakangnya.

Sesiapa juga tidak boleh menafikan hak saya untuk bertanya, adakah pemandu tersebut terkejar-kejar masa untuk memandu kerana mencari wang lebih kerana kesempitan hidup?Adakah syarikat terbabit terlibat dengan rasuah dengan pihak tertentu sehingga bas dan pemandu dibawahnya tidak diambil tindakan?Atau adakah pemandu itu sendiri yang merasuah?

Sekiranya persoalan-persoalan ini gagal dijawab oleh golongan professional yang melakukan siasatan,saya rasa masalah ini tidak akan selesai.Setahu saya,gaji pemandu bas tidaklah banyak.Sekiranya kesnya sama dengan kes kebakaran dijohor,mempunyai ramai anak yang sedang menuntut di IPT dan ibu bapa terpaksa menanggung perbelanjaan pembelajaran anak-anak mereka, lantas sibapa terpaksa bekerja lebih demi anak-anak dan nahas itu terjadi, siapa tahu?

Permintaan saya ialah supaya siasatan itu nanti mendedahkan latar belakang pemandu dan syarikat berkenaan.Ia bermula dari situ.Saya tidak mahu tahu bas itu dalam keadaan apa atau pemandu terbabit dibawah pengaruh apa.Saya ingin tahu ialah apa yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Jika bas terbabit gagal ujian PUSPAKOM,mengapa ia masih dibenarkan membawa penumpang?Adakah ia melibatkan rasuah?Jika pemandu terbabit dibawah pengaruh dadah,mengapa dia harus mengambil dadah?Adakah untuk memberi tenaga untuk bekerja lebih masa demi masa depan anak-anak?

Persoalan ini wajib dijawab.Saya ingin tegaskan bahawa,dosa rakyat yang mengangkat kerajaan yang salah sedang menghantui rakyat itu sendiri.Kualiti hidup rakyat yang menurun dengan kesempitan hidup yang dialami dengan kenaikan harga minyak dan harga barang dan isu rasuah yang tidak pernah selesai sedang menghukum setiap jiwa yang mendiami bumi malaysia.Ini hanya teori,dan sesiapapun tidak berhak menghalang saya dari berteori.

0 Comments:

Post a Comment