Saturday, September 22, 2007

UmnoBeEnd : Penjajah pasca Merdeka


Kamus dewan menafsirkan perkataan Penjajah sebagai bangsa atau negeri yang menjajah negeri lain. Tafsiran dari segi bahasa sudah pasti meletakkan Rasulullah itulah yang menjajah madinah. Namun hakikat sebenarnya ialah, tafsiran penjajah sebagaimana diatas gagal menyentuh dan menghurai pengertiannya yang sebenar.

Islam datang kepada manusia menghuraikan pengertian “merdeka” sebagaimana yang diungkap oleh Rub’i Bin Amir : Allahubtaa’sana Linukhrijaman syaa’ Min Ibaadatil Ibaad Ila Ibaadatillah Wamin Jauril Adyan Ila Adlil Islam Wamin Diiqiddunya, Ila sia’tiddunya wal aakhirah. (Allah yang mengutuskan kami untuk mengajak dari penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah, dari kezaliman ajaran-ajaran kepada keadilan islam, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat).

Dalam menghuraikan kata-kata tegas Rub’i Bin Amir kepada Panglima tertinggi tentera Parsi itu, terkandung di dalamnya pengertian dan tafsiran beberapa perkataan yang tidak sampai untuk ditafsirkan hanya menggunakan kamus dewan sahaja. Ditafsirkan bahawa kemerdekaan itu ialah keluar dari penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah dan tidak mempersekutukannya dengan yang lain dan kepada keluasan dunia dan akhirat dengan keadilan islam. Penjajah ialah golongan yang mengajak kepada penyembahan sesama makhluk, mempertahankan kezaliman dan menolak keadilan islam, dan mengajak kepada kesempitan dunia.

Lalu dimanakah kemerdekaan yang dilaung sebanyak 7 kali itu? Apabila peristiwa batu buruk sampai ke pengetahuan penulis, perkara pertama yang keluar dari mulut penulis ialah, kemana pergikah kemerdekaan itu? Adakah laungan MERDEKA itu hanyalah simbolik atau hanya slogan atau hanya kata-kata semangat yang turut tidak sampai kepada pengertian dari segi prinsipnya?

Malam 8 sept 2007, penulis berada di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Penulis sampai agak awal kira-kira pukul 9 malam. Penulis mendapati semua laluan ke tempat ceramah disekat oleh anggota FRU, Polis dan Polis Traffik. Oleh kerana tidak boleh masuk lalu penulis membuat keputusan untuk balik dengan hati yang penuh kecewa. Lansung penulis tidak menyangka bahawa berlaku intifada kedua Negara (sebelum ini di batu 6) di Batu Buruk dan yang paling dikesali ialah penggunaan peluru hidup oleh anggota polis tidak beruniform.

Kesimpulan dari Batu Buruk ialah, Polis telah mengangkat senjata kepada rakyat Malaysia yang sah. Polis juga telah melanggar undang-undang dan tidak layak diberikan hak untuk menegakkan undang-undang. Pagar yang kami harapkan untuk menjaga padi rupanya pagar itulah yang memakan padi-padi kami.

Ruang Masjid Rusila 14 sept

Penulis hadir ke malam penjelasan peristiwa Batu Buruk di masjid Rusila. Di malam yang hujan turun dengan lebatnya itu, penulis dapat membaca betapa marahnya rakyat kepada anggota polis. Di Batu 6, program 2 jam bersama Mat Sabu yang dibanjiri oleh orang muda pula membuktikan rakyat sudah mula “bersedia” menghadapi pejajah bumi Malaysia.

British sudah pulang, komunis sudah meletakkah senjata dan keluar dari hutan, tetapi polis sedang menggila memeras ketakutan rakyat sendiri. Sudah pasti dibelakang Polis ialah UmnoBeEnd. Polis hanyalah pencacai tetapi UmnoBeEnd lah penjajah rakyat Malaysia yang sebenar.

Sifat penjajah ialah merompak kekayaan negeri yang dijajah. Itulah yang UmnoBeEnd lakukan dibumi Malaysia. Peristiwa Batu Buruk seolah-olah “dicipta” untuk menutup isu penyelewengan Dana Awam dalam pembelian barangan tertentu untuk kegunaan kerajaan sepertimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini.Apabila meledak isu Batu Buruk yang diburukkan dengan pembakaran jalur gemilang, pemimpim pembangkang disibukkan dengan isu itu dan isu lebih besar berkaitan penyelewengan Dana Awam tenggelam begitu sahaja.

Sifat penjajah ialah menyemai ideologi penjajah. UmnoBeEnd menyemai islam hadhari dan Negara Bangsa seolah-olah mereka sahajalah yang berhak kepada Negara ini. Penulis yakin, ramai rakyat Malaysia yang merasa terpinggir dengan perayaan sambutan ke50 tahun Negara merdeka. Itu bukan perayaan kemerdekaan Negara tetapi perayaan kemerdekaan UmnoBeEnd sehingga mereka dapat menjajah bumi Malaysia hingga kini. Ternyata ideologi yang ingin disemai oleh penjajah ini bukan melalui islam hadhari atau penjenamaan Negara bangsa itu sendiri. Ideologinya ialah, UmnoBeEnd itu sendiri.

Yakinlah bahawa, inilah penjajah yang paling zalim pernah wujud dimuka bumi. Jika british zalim dengan memeras ugut tanah melayu, tetapi UmnoBeEnd zalim dengan memeras ugut golongan yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Mereka menjajah ibu, bapa, keluarga, jiran, insan yang bersolat satu saf dengan mereka dan insan yang mengucapkan kalimah yang sama dengan mereka. Maka fahamlah kita bahawa, masih adakah bentuk penjajah yang lebih zalim daripada ini?

Penulis yakin, ramai yang masih belum berpuas hati dengan cara Negara mendapat kemerdekaan. Kita merdeka dalam keadaan kita telanjang dan orang asing yang memakaikan kita pakaian. Sekiranya rakyat Malaysia inginkan kemerdekaan yang hakiki, sudah tiba masanya untuk kita menghalau penjajah UmnoBeEnd ini dari bumi Malaysia buat selama-lamanya dan tarikh itu kita akan sambut sebagai suatu tarikh kemerdekaan yang hakiki.

0 Comments:

Post a Comment