Friday, February 16, 2007

Peraduan mengarang esei sempena Sambutan 20 Tahun Harakah


KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Orang ramai khususnya para pembaca setia Harakah dijemput menyertai peraduan mengarang esei sempena Sambutan 20 Tahun Harakah.

Pengurus Operasi Harakah, Zulkifli Sulong berkata, peraduan mengarang esei ini adalah salah satu acara yang dirangka bagi memeriahkan sambutan dua dekad Harakah yang bermula pada 28 Februari 2007.

Para peserta, jelasnya perlu menulis topik berkisar "Sumbangan Harakah Terhadap Perkembangan Politik Tanah Air".

Panjang esei, jelasnya tidak melebihi 2000 patah perkataan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2007.

Esei perlulah ditaip atau ditulis dengan tulisan yang terang dan mudah dibaca.

Esei dengan surat iringan maklumat penulis perlulah dihantar ke alamat: Peraduan Mengarang Esei 20 Tahun Harakah, Jabatan Pengarang Harakah, No. 28, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.

Menurut Zulkifli, para peserta yang berhasrat menghantar penyertaan melalui e-mel boleh berbuat demikian melalui: esei_20tahun@yahoo.com.


sumber:Harakahdaily

0 Comments:

Post a Comment