Apabila kita berkata "Malaysia adalah sebuah negara islam", dengan harapan bahawa non muslim akan menerima Malaysia yang sedia ada kini adalah sebuah negara islam, lalu dimanakah nilai perjuangan kearah sebuah negara islam yang tulen?Saya tidak tahu apakah jenis teori psikologi yang sedang digunakan disini tetapi apa yang dapat dirumuskan ialah;
1)PAS inginkan sebuah negara islam yang tulen
2)UMNO sudah berpuas hati dengan Malaysia yang ada sekarang sebagai sebuah negara islam
3)Non Muslim tidak suka negara ini dipanggil negara islam
Apakah pelik apabila non muslim tidak suka negara ini digelar sebagai sebuah negara islam?Tidak pelik kerana selepas 50 tahun merdeka,UMNO sebagai tunjang pemerintahan tidak pernah meletakkan agenda memahamkan non muslim tentang islam sebagai agenda utama mereka.Tidak pelik juga kerana meletakkan mencari "persefahaman" diatas dasar berkongsi kuasa yang diamalkan BN telah membuktikan islam dan melayu semakin terpencil dari agenda utama parti-parti yang berkongsi.
Apabila UMNO ingin menegaskan bahawa malaysia yang ada sekarang adalah sebuah negara islam, lalu MCA "membangkangnya" dengan mengatakan bahawa malaysia adalah negara sekular,dan PAS tampil dengan mengatakan bahawa Malaysia yang ada sekarang bukannya sebuah negara islam yang tulen,saya yakin pihak yang paling menderita ialah UMNO.UMNO tersepit diantara menjawab hujjah-hujjah PAS dan MCA yang masing-masing senada tapi tidak serupa.
Itu dari segi teori.Praktikalnya tidak begitu kerana sejak dahulu lagi UMNO tidak berminat sedikitpun bertemu dengan PAS untuk berhujjah secara ilmiah untuk mencari kebenaran.Hujjah PAS sering tenggelam dalam momokan media arus perdana yang tidak berprinsip dan tiada professionalisma kewartawanan lansung.
Namun bagaimana pula dengan hujjah MCA?Kita tahu sayap pemuda UMNO cukup berpengalaman dalam slogan-slogan bersama keris telanjang mereka seperti "basahkah keris dengan darah cina", "hidup melayu", dan sebagainya.Akankah sejarah bodoh sayap pemuda UMNO itu akan berulang lagi?
Teori boleh dicipta.Tetapi apabila anda berteori dalam suasana politik malaysia, teori dan praktikal saling menyalahi.Mengapa?Kerana teori biasanya disandarkan kepada hujjah kebenaran.Namun apa akan jadi jika anda mempertahankan "hujjah kebenaran" dikalangan pengkhianat dan penipu?Adakah hujjah anda akan dipandang atau anda hanya akan diketawakan?
Bagi UMNO dan pendokongnya, mereka telah memilih salah satu diantara 2 dosa.[1]Jika mereka menerima malaysia yang ada ini sebagai islam, ertinya mereka menyalahi konsep negara islam yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.[2]Jika mereka enggan berjuang sehingga tertegaknya sebuah negara islam tulen kerana risiko kehilangan kuasa dan sebagainya, mereka turut memikul dosa yang terlalu besar.Bagi UMNO dan pendokongnya, tiada jalan lain kecuali bertaubat,tidak cukup dengan itu mereka harus melaksanakan amanah seluruh ummat islam malaysia dengan memperbetulkan persepsi negara islam yang sebenar yang telah disalah tanggap oleh sebahagian besar orang islam dan non muslim yang mendiami malaysia.
Tidakkah kita dapat membandingkan dengan hanya sekali imbas perbezaan sebuah negara islam tulen dengan negara ummat islam atau pun juga negara sekuler?Rasulullah menjadikan Madinah negara islam tulen pertama dan bandinganlah dengan Mekah sebelum peristiwa Fathul Makkah.Jika seorang sahabat rasulullah dipukul separuh mati kerana bersembahyang di tempat awam semasa di mekah, madinah telah menjamin kebebasan beribadah sepertimana juga yang diperolehi di bumi Habsyah.
Apa pula perbezaan Habsyah dan Madinah?Di madinah, rasulullah boleh melaksanakan apa sahaja arahan Al-quran tampa apa-apa sekatan tetapi tidak dibumi Habsyah.Adakah kita diMalaysia ini boleh melakukan apa sahaja arahan Al-Quran tampa sekatan dan tampa ancaman?Anda boleh berserban jika anda singh tetapi anda dilarang berserban jika anda islam.Itu belum disentuh bab hudud, qisas, takzir, pengharaman (riba, arak, judi), dan sebagainya.Malaysia tidak ubah seperti Habsyah, dan Rasulullah tidak memilih Habsyah sebagai destinasi hijrah kerana ia tiada potensi untuk dijadikan negara islam yang tulen.
Sayangnya hujjah sebegini tidak difahami oleh UMNO dan pendokongnya.Mereka hanya bermain sandiwara apabila berkata ingin kepada islam.Sebenarnya mereka hanya mempertahankan perkongsian kuasa dan mereka tidak menyandarkan segalanya kepada kuasa Allah swt.
Tuesday, July 31, 2007
UMNO dan Negara Islamnya
Posted by syahid_zul at 2:01 AM 0 comments
Category : Pendapat
Saturday, July 28, 2007
UMNO dan Perlembagaan!
Sekiranya anda gagal mendapat 5A dalam UPSR, anda boleh setting minda anda dengan berkata "Aku dah dapat 5A".
Sekiranya anda gagal mendapat tempat di universiti, anda boleh setting minda anda kepada "aku sudah berjaya ke universiti".
Saya mungkin digelar sebagai seorang yang bodoh jika mempunyai cara berfikir seperti diatas.Tetapi saya dikejutkan apabila teori ini keluar dari mulut seorang mufti yang berkata "anggaplah sahajalah perlembagaan kita itu sebagai sebuah perlembagaan yang islamik dan jangan menganggap bahawa ia belum cukup islamik(saya mengubah cara beliau berkata mengikut apa yang sama faham dari kata-kata beliau).
Sekiranya perlembagaan malaysia itu sudah 100% islam, mungkin melayu islam takkan berpecah seperti hari ini.Mungkin kita boleh hidup dengan hanya menumpukan kepada perlaksanaan islam yang lebih praktikal dan seumpamanya.Antara faktor terbesar mengapa PAS dan UMNO bertelagah hari ini ialah kerana UMNO masih "sudi" memakai perlembagaan yang dirangka oleh Lord Reid tampa apa-apa usaha untuk mengislamkannya.
Apabila rakyat terus mengangkat pemimpin yang tiada dalam jiwanya cita-cita kearah mengislamkan perlembagaan, lalu terhempap bala rasuah kepada pemimpin tadi dan rakyat terus buta dalam menilai siapakah pemimpin yang amanah dan siapakah pemimpin yang khianat.
Lalu saya bertanya, untuk apa kita menganggap kita telah mendapat 5A jika kita hanya mendapat 3A?Adakah ianya satu cabang "think positive" atau hanya mengalaskan ketidakmahuan kita kepada perlembagaan yang islam?Perlembagaan yang didokong dan dijunjung dimana-mana itu mengi'tiraf bahawa Lord Reid adalah penentu hukum yang ingin berjalan dan ingin digubal dibumi malaysia.
Secara tidak langsung, kita telah meletakkan hakim-hakim dan penggubal undang-undang di parlimen yang faham bab akidah didalam dilema yang terlalu memeritkan.Apa jua ta'rifan undang-undang, apa jua undang-undang yang ingin digubal hendaklah selari dengan perlembagaan yang digubal oleh manusia.Dalam kes lina joy,hakim telah membuka sedikit ruang harapan kepada kita untuk memperkukuhkan mahkamah syariah.Hanya itulah yang mampu dilakukan setakat ini.
Mulut kita dibisukan dengan rukun negara iaitu "keluhuran perlembagaan".Tampa mematuhi rukun negara, umpama kita tidak mematuhi rukun solat, solat kita akan batal.Dalam kes rukun negara saya tidak pasti,apakah status kewarganegaraan kita selepas tidak mematuhi rukun negara yang lima itu.
Lihatlah betapa liciknya penjajah.Mengikat kaki, tangan, dan mulut rakyat dinegara jajahan supaya selepas mereka meninggalkan kitapun, ideologi mereka masih menjadi anutan kita hingga ke hari ini.Lalu bercelarulah seluruh sistem.Apabila islam cuba bangkit, masih terlalu ramai yang jahil dan terus mendokong dengan jujur perlembagaan yang dirangka penjajah.
Lalu saya ingin bertanya, apa ertinya kemerdekaan jika hingga ke hari ini kita masih terikat dengan ideologi penjajah?Saya tidak nafikan bahawa perlembagaan yang "suci" itu telah digubal beberapa kali.Tetapi ia masih belum memihak kepada islam sedangkan pemegang tunjang politik malaysia iaitu UMNO diketuai oleh orang islam.Lalu saya ingin bertanya,apa yang ingin UMNO perjuangkan jika tidak islam?
Saya sudah penat membaca gerak geri politik UMNO.Saya sudah penat mengharapkan keajaiban daripada UMNO untuk memperjuangkan islam.Apabila mufti tadi turut menggunapakai sebuah teori psikologi yang melambangkan kepasrahan beliau,hati saya berbisik, UMNO bukan lagi sebuah parti untuk memperjuang islam.UMNO hanyalah himpunan orang-orang yang tiada mencari, dan tiada membimbing jalan ke dunia akhirat yang lebih luas.Itupun saya masih ragu adakah UMNO masih releven dalam membimbing kita kepada kesempitan dunia.UMNO sudah tiada apa-apa..hanyalah himpunan orang-orang yang ramai yang tidak ketahuan...
Posted by syahid_zul at 7:39 AM 0 comments
Category : Politik Malaysia