Saturday, July 28, 2007

UMNO dan Perlembagaan!

Sekiranya anda gagal mendapat 5A dalam UPSR, anda boleh setting minda anda dengan berkata "Aku dah dapat 5A".

Sekiranya anda gagal mendapat tempat di universiti, anda boleh setting minda anda kepada "aku sudah berjaya ke universiti".

Saya mungkin digelar sebagai seorang yang bodoh jika mempunyai cara berfikir seperti diatas.Tetapi saya dikejutkan apabila teori ini keluar dari mulut seorang mufti yang berkata "anggaplah sahajalah perlembagaan kita itu sebagai sebuah perlembagaan yang islamik dan jangan menganggap bahawa ia belum cukup islamik(saya mengubah cara beliau berkata mengikut apa yang sama faham dari kata-kata beliau).

Sekiranya perlembagaan malaysia itu sudah 100% islam, mungkin melayu islam takkan berpecah seperti hari ini.Mungkin kita boleh hidup dengan hanya menumpukan kepada perlaksanaan islam yang lebih praktikal dan seumpamanya.Antara faktor terbesar mengapa PAS dan UMNO bertelagah hari ini ialah kerana UMNO masih "sudi" memakai perlembagaan yang dirangka oleh Lord Reid tampa apa-apa usaha untuk mengislamkannya.

Apabila rakyat terus mengangkat pemimpin yang tiada dalam jiwanya cita-cita kearah mengislamkan perlembagaan, lalu terhempap bala rasuah kepada pemimpin tadi dan rakyat terus buta dalam menilai siapakah pemimpin yang amanah dan siapakah pemimpin yang khianat.

Lalu saya bertanya, untuk apa kita menganggap kita telah mendapat 5A jika kita hanya mendapat 3A?Adakah ianya satu cabang "think positive" atau hanya mengalaskan ketidakmahuan kita kepada perlembagaan yang islam?Perlembagaan yang didokong dan dijunjung dimana-mana itu mengi'tiraf bahawa Lord Reid adalah penentu hukum yang ingin berjalan dan ingin digubal dibumi malaysia.

Secara tidak langsung, kita telah meletakkan hakim-hakim dan penggubal undang-undang di parlimen yang faham bab akidah didalam dilema yang terlalu memeritkan.Apa jua ta'rifan undang-undang, apa jua undang-undang yang ingin digubal hendaklah selari dengan perlembagaan yang digubal oleh manusia.Dalam kes lina joy,hakim telah membuka sedikit ruang harapan kepada kita untuk memperkukuhkan mahkamah syariah.Hanya itulah yang mampu dilakukan setakat ini.

Mulut kita dibisukan dengan rukun negara iaitu "keluhuran perlembagaan".Tampa mematuhi rukun negara, umpama kita tidak mematuhi rukun solat, solat kita akan batal.Dalam kes rukun negara saya tidak pasti,apakah status kewarganegaraan kita selepas tidak mematuhi rukun negara yang lima itu.

Lihatlah betapa liciknya penjajah.Mengikat kaki, tangan, dan mulut rakyat dinegara jajahan supaya selepas mereka meninggalkan kitapun, ideologi mereka masih menjadi anutan kita hingga ke hari ini.Lalu bercelarulah seluruh sistem.Apabila islam cuba bangkit, masih terlalu ramai yang jahil dan terus mendokong dengan jujur perlembagaan yang dirangka penjajah.

Lalu saya ingin bertanya, apa ertinya kemerdekaan jika hingga ke hari ini kita masih terikat dengan ideologi penjajah?Saya tidak nafikan bahawa perlembagaan yang "suci" itu telah digubal beberapa kali.Tetapi ia masih belum memihak kepada islam sedangkan pemegang tunjang politik malaysia iaitu UMNO diketuai oleh orang islam.Lalu saya ingin bertanya,apa yang ingin UMNO perjuangkan jika tidak islam?

Saya sudah penat membaca gerak geri politik UMNO.Saya sudah penat mengharapkan keajaiban daripada UMNO untuk memperjuangkan islam.Apabila mufti tadi turut menggunapakai sebuah teori psikologi yang melambangkan kepasrahan beliau,hati saya berbisik, UMNO bukan lagi sebuah parti untuk memperjuang islam.UMNO hanyalah himpunan orang-orang yang tiada mencari, dan tiada membimbing jalan ke dunia akhirat yang lebih luas.Itupun saya masih ragu adakah UMNO masih releven dalam membimbing kita kepada kesempitan dunia.UMNO sudah tiada apa-apa..hanyalah himpunan orang-orang yang ramai yang tidak ketahuan...

0 Comments:

Post a Comment