Saturday, November 10, 2007

Apabila undang-undang dimiliki oleh pemerintah.. .



Ini bukan permulaan, namun ini bukan penghabisan.Tahniah kepada Bersih diatas kejayaan Himpunan 100,000 ribu rakyat di Kuala Lumpur sebentar tadi(10Nov2007).Diatas bumi Kuala Lumpur yang bermandikan hujan yang "membersihkan" itu, terbukti sudah segenap misteri yang masih membuatkan kita tertanya-tanya(dahhulunya).

Saya sempat merakamkan, ada perjuangan, ada ketidakadilan, ada kesombongan, ada kecekalan, tiada demokrasi, tiada hak berhimpun, ada semangat, ada pengorbanan, ada sedikit belas kasihan, ada reformasi, ada keringat, ada keberanian, dan yang pasti ada undang-undang yang hanya dimiliki oleh pemerintah.



Hentikan berdebat tentang jumlah peserta himpunan hari ini kerana saya terlalu yakin untuk menyatakan, bukan sahaja 100,000 ribu malah mungkin 1000,000 orang bersama-sama mereka di Kuala Lumpur walaupun tidak dapat menghadirkan jasad-jasad mereka.Ya, saya salah seorang dari mereka yang gagal menghadirkan jasad kerana jarak beribu batu yang memisahkan, namun semangat saya tetap bersama mereka di Kuala Lumpur.

Pada hari ini juga bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, deretan artis diguna untuk memesongkan orang ramai dari menyertai himpunan bersejarah anjuran Bersih.Majlis sempena rumah terbuka aidilfitri peringkat wilayah persekutuan itu turut dihadiri oleh PM dan dilaporkan oleh bernama dihadiri oleh seramai 10,000 orang.

Sudah jelas, undang-undang, permit, kebebasan media dan bersuara hanya dimiliki oleh pemerintah.TIDAK ADA KEBEBASAN MEDIA, BERSUARA, TIDAK ADA UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI DAN TIDAK ADA HAK BERHIMPUN BAGI PEMBANGKANG DAN GOLONGAN ANTI KERAJAAN.Bahkan, jika anda menyokong pemerintah, belum tentu undang-undang melindungi anda.Cukuplah peristiwa Rimba Jaya dan Berembang sebagai bukti! Undang-undang hanya melindungi Ketua Polis, Ketua BPR, Menteri,PM, Ahli MT UMNO, B*BI,dan seangkatan dengan mereka.

NOTE:
Sekitar jam 2ptg waktu Malaysia, laman web harakahdaily terlalu sukar untuk di access.Keadaan yang sama turut menimpa Trengganukite dan Laman web rasmi Bersih.Namun alhamdulillah walaupun mengalami kesesakkan traffic yang teruk, harakahdaily masih dapat di access walaupun bukan sebagaimana "biasa".Syabas buat krew TVPas.com yang membuat liputan secara lansung dari Kuala Lumpur.Walaupun tidak begitu "clear" namun ianya cukup memuaskan perasaan dan semangat kami yang berkobar-kobar ingin mengetahui keadaan semasa di Kuala Lumpur.

0 Comments:

Post a Comment