Saturday, November 10, 2007
Apabila undang-undang dimiliki oleh pemerintah.. .
Saya sempat merakamkan, ada perjuangan, ada ketidakadilan, ada kesombongan, ada kecekalan, tiada demokrasi, tiada hak berhimpun, ada semangat, ada pengorbanan, ada sedikit belas kasihan, ada reformasi, ada keringat, ada keberanian, dan yang pasti ada undang-undang yang hanya dimiliki oleh pemerintah.
Hentikan berdebat tentang jumlah peserta himpunan hari ini kerana saya terlalu yakin untuk menyatakan, bukan sahaja 100,000 ribu malah mungkin 1000,000 orang bersama-sama mereka di Kuala Lumpur walaupun tidak dapat menghadirkan jasad-jasad mereka.Ya, saya salah seorang dari mereka yang gagal menghadirkan jasad kerana jarak beribu batu yang memisahkan, namun semangat saya tetap bersama mereka di Kuala Lumpur.
Pada hari ini juga bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, deretan artis diguna untuk memesongkan orang ramai dari menyertai himpunan bersejarah anjuran Bersih.Majlis sempena rumah terbuka aidilfitri peringkat wilayah persekutuan itu turut dihadiri oleh PM dan dilaporkan oleh bernama dihadiri oleh seramai 10,000 orang.
Sudah jelas, undang-undang, permit, kebebasan media dan bersuara hanya dimiliki oleh pemerintah.TIDAK ADA KEBEBASAN MEDIA, BERSUARA, TIDAK ADA UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI DAN TIDAK ADA HAK BERHIMPUN BAGI PEMBANGKANG DAN GOLONGAN ANTI KERAJAAN.Bahkan, jika anda menyokong pemerintah, belum tentu undang-undang melindungi anda.Cukuplah peristiwa Rimba Jaya dan Berembang sebagai bukti! Undang-undang hanya melindungi Ketua Polis, Ketua BPR, Menteri,PM, Ahli MT UMNO, B*BI,dan seangkatan dengan mereka.
NOTE:
Sekitar jam 2ptg waktu Malaysia, laman web harakahdaily terlalu sukar untuk di access.Keadaan yang sama turut menimpa Trengganukite dan Laman web rasmi Bersih.Namun alhamdulillah walaupun mengalami kesesakkan traffic yang teruk, harakahdaily masih dapat di access walaupun bukan sebagaimana "biasa".Syabas buat krew TVPas.com yang membuat liputan secara lansung dari Kuala Lumpur.Walaupun tidak begitu "clear" namun ianya cukup memuaskan perasaan dan semangat kami yang berkobar-kobar ingin mengetahui keadaan semasa di Kuala Lumpur.
Posted by syahid_zul at 4:54 AM 0 comments
Category : Aktiviti, Pendapat, Politik Malaysia
Thursday, November 8, 2007
BERSIH! BERSIH! BERSIH!
Berhenti!Maksud saya teruskan membaca dan berhenti dari berfikir apa yang ingin kita fikirkan sebentar tadi.
Ianya terlalu kejam untuk didiamkan, terlalu zalim untuk untuk sekadar melihat sahaja, terlalu berat sebelah, terlalu nyata dan jelas segunung keangkuhan, terlalu sombong untuk diajak berkawan dan terlalu kesuntukan masa untuk diajak berbincang.
Memetik ucapan Tuan Guru Hj Hadi Awang dalam perhimpunan pertama Bersih 10 Julai lalu, "Kita jangan bermimpi perubahan akan berlaku dengan percuma... Tidak akan ada cahaya yang menerangi tampa lilin yang sudi terbakar.." Ya, langkahan kaki kita bakal mencatat sejarah demi masa depan agama dan negara seterusnya langkahan setiap kaki-kaki kita pada 10 November itu nanti adalah derap-derap perjuangan kita yang selama ini tidak kita pedulikan.
Janganlah kita "mimpikan" perhimpunan itu akan mendapat kerjasama polis.Malah jika perhimpunan itu nanti mendapat permit, untuk apa kita susah-susah perjuangkan demokrasi?Bubarkan sahaja Bersih jika perhimunan itu mendapat permit!
Ini perjuangan menuntut hak yang dinafikan, dirampas, dinodai dan diperkosa.Biarpun gunung sebesar manapun dihadapan, usah berhenti dan teruskanlah melangkah.
Utusan melaporkan bahawa Ketua Polis Negara secara terbuka melarang rakyat daripada menyertainya.Ketua Polis sudah secara terbuka berani menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam sebuah negara demokrasi.Apa lagi yang kita tunggu?Apakah lagi "hak" yang masih kita ingin banggakan sebagai satu bangsa yang bertamadun dan merdeka?Adakah kita sanggup seluruh keturunan kita nantinya juga dinafikan hak dan anak cucu kita akan mengenang kita sebagai bacul dan tidak bermaruah?
Lihatlah kepada sejarah, Hj Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan seangkatan dengan mereka.Ya, mungkin perjuangan mereka terlalu susah dan mereka benar-benar berhadapan dengan gunung-gunung keangkuhan british.Tetapi hari ini kita mengenang mereka sebagai pejuang yang tulen dan sehingga kehari ini kita bangga kerana ditanah melayu yang dahulunya tidak ada apa-apa ini lahirnya pejuang yang tidak takut untuk melawan apabila hak mereka dinafikan.
Adakah kita sudah dirasuk oleh zaman yang sudah berubah?Membiarkan sahaja hak dinafikan dan 100 tahun akan datang, generasi pada ketika itu akan mencemuh dan kencing di perkuburan orang-orang yang bacul dan penakut?
Kita akan berjalan, kita akan turun, kita ingin nyatakan, Tanah ini bukan milik sesiapa!Kita ingin nyatakan bahawa, semangat kita tidak akan padam malah terus membara.Kita bukan mencari musuh, tetapi apabila bertemu musuh,kita diajar supaya menghadapnya dengan menandah doa ke langit.Supaya Allahlah yang akan menilai keikhlasan kita dalam perjuangan.
Posted by syahid_zul at 12:44 PM 0 comments
Category : Aktiviti, Politik Malaysia
Thursday, November 1, 2007
Nyanyikan dan bersiap untuk menjadi bodoh!
Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam
Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang
Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai
Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu
Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk — angguk
Surug geleng — geleng
Oh pujilah aku
Ampulah aku
Senang hidupmu
Ada tangan — tadah
Ada maruah — campak
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam
Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang
Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai
Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu
Tepuklah
Tepuklah
Tepuklah tanganmu
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Posted by syahid_zul at 12:17 PM 0 comments
Wednesday, October 31, 2007
Mendepani Melayu yang takut berubah
Melayu umpama pelepah daun pisang.Walaupun layu,masih setia pada pokok dan batang pisang sehinggakan di akhir-akhir kelayuan itupun masih lagi tidak mahu gugur.Namun melayu itu jangan disentap sekali-kali! Jika pelepah pisang disentap, ia akan tercabut dan kesetiaannya akan padam.
Begitulah gambaran orang-orang melayu yang masih setia dengan UMNO walaupun kecamukkan begitu sekali melanda negara.Umno begitu berjaya melahirkan insan-insan yang setia dengan partinya, sehinggakan tanah-tanah yang dirampas dibiarkan, rumah-rumah yang diroboh tidak dihiraukan dan agamanya sendiri yang kian dimalapkan tidak juga melunturkan semangat mereka bersama Umno.
Namun Umno terpaksa terima bahawa semua mimpi-mimpi indah itu pasti ada penamatnya.Disaat Umno mengetahui bahawa apa yang dimimpikan itu hanyalah sebuah mimpi, ketika itulah mereka akan menyesal.Rata-rata rakyat dikampung-kampung mengundi Umno bukan lagi 100% kerana kesetian mereka pada parti itu.Tetapi undi mereka hanyalah untuk membalas budi Umno yang sentiasa menghulurkan "duit ehsan" kepada mereka setiap kali menjelang pilihanraya.
Rakyat masih belum sempurna pengetahuan mereka tentang demokrasi dan piihanraya.Duit yang diberikan boleh diambil namun undi tetap rahsia.Bagi penduduk dikampung-kampung, hakikat ini terlalu samar untuk difahami.Oleh kerana kehidupan mereka yang miskin, mereka terlalu bergantung kepada ehsan umno dan jkkk untuk meminta itu dan ini.Ya!Itulah melayu yang saya kenali.Dizalimi dan dihina sebegitu rupa oleh Umno.
Namun bagi saya fenomena ini tidak lama.Generasi "takut-takut" sudah semakin dimakan zaman.Kini muncul anak-anak muda yang terpelajar dan tahu tentang apa itu demokrasi dan pilihanraya.Umur Umno dan Kerajaan BN tidak lagi panjang.Paling panjang pun sehingga tahun 2020.
Posted by syahid_zul at 4:13 AM 0 comments
















