Monday, April 30, 2007

Muhasab Ijok

Agak lama saya menyepikan diri dalam dunia tulisan politik.Diam bukan bermakna undur.Diam bukan bermakna takut.Diam-diam ubi berisi.


Pilihanraya kecil dun N11 Ijok baru sahaja berlalu.Sepertimana biasa, BN memenanginya.Pada mulanya, saya agak terkejut dengan keputusan itu.Kemudian saya tersenyum, dan teringat kepada pepatah "Selagi lembu makan rumput, kita tak perlu bimbang".

Mungkin senyuman itu cuba mengubat hati yang punah dan kecewa.Mungkin pepatah yang me"lembu"kan bangsa sendiri itu hanyalah ubat pahit untuk mengawal rasa geram kepada secebis harapan yang telah terkubur.Namun itulah hakikatnya.Kita sudah tewas!

Pada setiap ketewasan, wajib untuk pihak yang tewas bertafakur dan bermuhasabah.Dimana silapnya perjuangan ini?Adakah jalanan perjuangan kita masih tersisa dosa^dosa semalam?Adakah kita telah memegang prinsip perjuangan dengan jitu dan yakin?Adakah kita telah bertawakkal kepada Raja kepada segala kerajaan dengan setulus^tulusnya?Adakah masih kurang kerja, tekad, dan iltizam kita untuk kemenangan?

Kepada Sdr Anwar, elok rasanya jika sdr bermuhasabah dalam-dalam.Jika sdr adalah hasil didikan dan tarbiah islam yang tulen, saudara tentunya sedar dimana silap sdr.Kepada sdr Khalid Ibrahim, perjalanan sdr masih panjang walaupun usia semakin senja.Syabas kerana memilih jalan menegakkan kebenaran di akhir usia.Semoga Allah menemukan sdr dengan ketenangan yang sdr cari.

Jika ditanya kepada saya, apakah sebaris ayat yang boleh merumuskan keputusan p/raya kecil Ijok, maka saya akan berkata, "Selagi pemikiran rakyat malaysia tidak berubah, selagi itu tampuk pemerintahan BN takkan bergegar".Kesinambungan dari teori tersebut ialah, pembangkang akan gagal memerintah malaysia selagi mana negara ini tidak mencapai negara maju (maju pembangunan dan pemikiran).

Saturday, March 24, 2007

Tapis komen di setiap blog!

Setiap kali saya melayari laman web malaysia-today.net, setiap kali itulah juga saya mengetip bibir.Bukan kerana artikel yang disiarkan disitu,tetapi kerana segelintir komentatornya yang biadap, hipokrit, berfikiran dangkal dan bod*h.Saya tahu, pembaca malaysia-today bukan manusia calang-calang.Mereka dari kalangan orang dewasa yang celik IT, professional, dan lebih berpengalaman dalam hidup daripada saya.Namun entah mengapa perangai sesetengah mereka begitu jelek, dan tiada pertimbangan ilmiah lansung dalam memberi komen.

Jika jahil usah bercakap!Jika jahil diam itu adalah yang terbaik!Saya mengambil contoh komen seorang pembaca malaysia-today yang mengatakan hukum hudud dan qisas itu sebagai tidak praktikal.Hujjahnya terlalu dangkal, dan melambangkan sikap kesombongan yang tidak disokong oleh hujjah-hujjah ilmiah.Ada pula pembaca yang menghina islam, menghina ulama, menghina segalanya yang tidak sebulu dengan pendirian masing-masing.

Ini hanyalah beberapa contoh yang sempat saya kutip.Silakan layari laman web tersebut dan carilah berpuluh mungkin beratus contoh lain dan akhirnya kita bakal merumuskan segalanya dalam bentuk satu persoalan, wajarkah perkembangan ini dibiarkan berterusan?Apapun rumusan kita, Raja Petra sudah pasti ada jawapannya.Saya sebagai seorang insan yang berprinsip, sesekali tidak dapat memaafkan kata-kata yang menghina agama dan ulama' saya.Biarpun ia hanyalah tulisan di alam maya yang tidak diketahui identiti penulisnya, namun tindakan sebegitu cukup menghinakan.Tidak dapat dimaafkan!

Mungkin untuk itu juga, para pengendali blog seperti malaysia-today harus menapis komen-komen sebegitu.Kita menyedari semua manusia ada hak bersuara.Kita bukan menyekat mereka dari bersuara.Tetapi hujjah perasaan bukanlah penyelesaian.Apabila tidak bersetuju dengan sesuatu dan ketidaksetujuan itu diterjemahkan dalam penulisan yang berbaur perasaan marah,apa ertinya bersuara?Kita bukan ingin mendengar "perasaan marah".Kita inginkan hujjah.Jika tidak bersetuju, sila nyatakan secara jelas dan konkrit dan bukan main agak-agak.

Kebebasan bersuara pun biarlah dengan hujjah ilmiah, dengan professional, dengan sopan dan santun.Selagimana kebebasan itu ada, biarlah ia berlansung dalam suasana sebegitu.Namun apabila kebebasan itu sudah tiada, barulah boleh difikirkan tindakan fasa kedua.Adakah ini berlaku dialam maya?Adakah ini permainan maya insan yang celik IT di malaysia?Sungguh jelik dan menjelikkan!Hanya melontar "hujjah agak-agak" dan berpura-pura kononnya mereka itu dari golongan professional.Namun sikap dan kata-kata mereka menceritakan segalanya berkenaan mentaliti kolot, dan niat hati mereka yang busuk.

....................................

AMARAN:Tulisan ini juga ditulis dalam nada marah yang berbau luapan perasaan.Dapatkan pembaca menemui isi hujjah saya secara ilmiah?Wallahuaklam..

Friday, February 16, 2007

Peraduan mengarang esei sempena Sambutan 20 Tahun Harakah


KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Orang ramai khususnya para pembaca setia Harakah dijemput menyertai peraduan mengarang esei sempena Sambutan 20 Tahun Harakah.

Pengurus Operasi Harakah, Zulkifli Sulong berkata, peraduan mengarang esei ini adalah salah satu acara yang dirangka bagi memeriahkan sambutan dua dekad Harakah yang bermula pada 28 Februari 2007.

Para peserta, jelasnya perlu menulis topik berkisar "Sumbangan Harakah Terhadap Perkembangan Politik Tanah Air".

Panjang esei, jelasnya tidak melebihi 2000 patah perkataan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2007.

Esei perlulah ditaip atau ditulis dengan tulisan yang terang dan mudah dibaca.

Esei dengan surat iringan maklumat penulis perlulah dihantar ke alamat: Peraduan Mengarang Esei 20 Tahun Harakah, Jabatan Pengarang Harakah, No. 28, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.

Menurut Zulkifli, para peserta yang berhasrat menghantar penyertaan melalui e-mel boleh berbuat demikian melalui: esei_20tahun@yahoo.com.


sumber:Harakahdaily

Friday, February 2, 2007

Selepas demokrasi,tumpukan pula kepada kebebasan media !

Parti pembangkang yang menyertai tindakan pemboikotan batu talam terutamanya PAS seharusnya sedar, "sudah tiada jalan untuk memandang ke belakang".Jika sekiranya sistem demokrasi tidak dipulihkan, tindakan memboikot pilihanraya umum adalah satu-satu jalan yang kita ada.Kita tidak mempunyai banyak alasan untuk diberikan kepada rakyat jika kita masih mengi'tiraf sistem pilihanraya yang kotor.

Jika parti pembangkang tetap menyertai pilihanraya umum nanti walaupun sistem demokrasi tidak dipulihkan,bermakna pemboikotan batu talam hanyalah tindakan sia-sia dan dilihat sebagai tindakan "cuba jaya".Apa jua alasan yang mampu difikirkan bernas untuk mengiakan tindakan mengi'tiraf demokrasi yang kotor pasti dianggap sebagai tindakan yang tidak matang, tiada pendirian , dan seumpamanya.

Kerana itulah,perlu benar-benar kita sedari bahawa,sudah tiada masa untuk memandang ke belakang.Jika SPR masih berdegil untuk tidak memperbaiki sistem demokrasi di negara ini,pastikan jalan raya itu menjadi medan kita.Sememangnya ia bukan suatu cara yang mudah.Lihatlah di mana-mana negara sekalipun.Perjuangan menuntut demokrasi telus tidak pernah mudah!

Namun harus juga kita sedari bahawa,BN terlalu sukar untuk ditumbangkan biarpun kita berlawan di padang yang sama rata.Mereka memiliki dana yang besar, jentera yang lengkap, ahli yang ramai dan sebagainya.Bagi pihak pembankang,biarpun hujjah-hujjah kita adalah hujjah kebenaran,namun terlalu ramai rakyat yang tidak mengetahui.Berita yang keluar di dalam harakah dengan berita yang keluar di dalam utusan contohnya,mempunyai tafsiran yang berbeza dikalangan rakyat.

Harakah dilihat sebagai akhbar kepartian yang hanya menyiarkan berita kepartian atau dakyah kepartian.Manakala utusan pula mempunyai imej yang lebih mesra untuk diterima beritanya(walaupun menipu).Inilah mind set rakyat yang masih menebal hingga ke hari ini.Apa tindakan kita?Mengharapkan utusan dan berita harian yang di kuasai UMNO itu melaporkan dengan telus setiap berita?Jangan harap!

Inisiatif yang perlu difikirkan mulai sekarang ialah,menerbitkan akhbar yang benar-benar "independent" dari pengaruh kepartian,bersikap mesra rakyat,melaporkan berita yang telus dan adil untuk semua.Namun untuk mencapainya,ada terlalu banyak "assignment" yang perlu dilakukan.Kebebasan media!

Dalam suasana kebebasan media yang ditekan sekarang,mendapatkan permit untuk akhbar adalah terlalu sukar.Lihatlah bagaimana suara Keadilan masih tidak diberikan permit oleh kerajaan.Tiada apa yang perlu dipelikkan kerana tiada satu usaha yang bersungguh kearah kebebasan media.Kerana itulah ia perlu diperjuangkan.Jika tiada usaha kearah itu,kita bakal berada ditakuk lama buat beberapa ketika.Kemudian menunggu beberapa keajaiban datang membantu untuk memenangkan perjuangan kita.

Jika selama ini,apabila di perkatakan tentang kebebasan media,maka kita pasti berfikir,media yang sedia ada sekarang perlu dibebaskan.Itulah yang selalu kita fikir.Namun ianya terlalu mustahil ! Apakata kalau kita yang mewujudkan satu media yang bebas?Wujudkan satu altenatif kepada utusan atau berita harian atau tv3,yang tidak hanya tertumpu kepada berita kepartian tetapi lebih terbuka,mempunyai skop berita yang lebih luas dan telus dalam melaporkan setiap berita.

Ya!Ianya tidak semudah kata-kata dan tidak semudah hanya menulis.Tapi kita tiada banyak pilihan!Zaman untuk berstrategi telah tiba.Perjuangan tidak mungkin mudah.Jika kemenangan itu terlalu mudah untuk dicapai,kita akan melahirkan insan-insan yang tidak matang dalam mengisi kemenangan!

Tuesday, January 30, 2007

Susah benar Ng Chee Pang nak faham mengapa perlu di boikot.

P/raya kecil batu talam telah melabuhkan tirainya.Seperti di jangka,BN memenanginya dengan majori 5857 undi.Umum mengetahui bahawa BA dan 25 NGO dalam BERSIH telah memboikot p/raya kecil tersebut dan memeberikan sebab yang jelas mengenainya.Namun yang menariknya ialah,muncul seorang anak muda yang masih "bilis" dalam dunia politik tampil untuk "mengi'tiraf" sistem p/raya yang dikendalikan oleh SPR walaupun ia telah dibuktikan tidak telus oleh pimpinan BA dan BERSIH.

Apa yang anak muda itu cari?Paling tidak pun,dengan penyertaaan beliau di dalam p/raya kecil batu talam telah menaikkan namanya di seluruh negara.Dulu kita tidak kenal Ng Chee Pang,namun sekarang menjadi sebaliknya.Populariti?Di war-warkan pula bahawa calon bebas itu mendapat habuan daripada BN.Ianya gosip yang agak susah untuk dipercayai.Namun sesekali kita tertanya-tanya,kemana halatuju Ng Chee Pang dan ayah beliau selepas ini?

Penyertaan Ng Chee Pang ke dalam p/raya batu talam hanyalah melambatkan proses pengistiharan kemenangan BN.BN semestinya lebih suka ada penyertaan kerana dengan itulah sahaja BN mampu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka masih relevan di negara ini."Rakyat masih bersama kami!".Itulah satu mesej yang ingin BN sampaikan kepada rakyat dan ianya menjadi motivasi berharga bagi mereka untuk mendepani p/rayu umum sedikit masa lagi.

Namun,sebab yang membawa kepada penyertaan Ng Chee Pang ke dalam p/raya kecil batu talam masih menjadi misteri.Jika ingin melihat p/raya itu telus,adakah cara mengi'tirafnya adalah satu cara terbaik?Jika mahu mencuba nasib, nasib apakah yang ingin dicuba?Adakah ada faktor populariti(?) atau imbuhan(?) yang menjadi buruan?Sebelum hari pembuangan undi,barulah Ng Chee Pang faham mengapa perlu di boikot p/raya dan SPR.Itupun kalau beliau menyertainya betul-betul tampa faktor lain!

Dalam tempoh berkempen.BN secara paranormalnya telah menggunakan segala jentera seolah-olah lawan mereka adalah lawan yang sangat kuat.Balai raya, sekolah, dewan serba guna dan sebagainya digunakan hanya disebelah pihak.Manakala Ng Chee Pang hanya tengok dan tidak mampu berbuat apa-apa.Ops!seperti biasa juga SPR membisu tampa bahasa.

Susahnya nak faham...