Tuesday, January 2, 2007

Batu Talam-Pengukur untuk semua


Pembangkang, kerajaan, SPR, media, Jabatan Kerajaan(tertentu),dan semua agensi dan pertubuhan yang terlibat secara lansung atau dibelakang tabir akan diukur peranan dan prestasi masing-masing dalam p/raya kecil Batu Talam nanti.Debaran semakin memuncak,dan persoalan-persoalan seperti apakah BN akan mampu mempertahankan dun batu talam,apakah pembangkang akan merampasnya,adakah SPR akan bertindak menjadi badan yang benar-benar bebas dan adil,adakah media sekali lagi akan digunakan secara rakus dan paranormal,adakah agensi kerajaan akan turut digunakan memenangkan BN, dan beribu persoalan lagi pasti menagih jawapan dan akan terjawab kurang 60 hari dari sekarang.

Saya melihat p/raya kecil ini sebagai kayu pengukur untuk semua pihak.Kerajaan BN pimpinan Patrick Badawi(P.Badawi) tidak ada satu rekod baik pun untuk dibanggakan.Imej Mr.Clean,imej cucu ulama',dan imej Pak Imam yang dipakainya semakin terhakis dan rakyat umumnya telah mengetahui pelbagai kelemahan pentadbiran beliau sekarang.Antaranya ialah skandal scomi,jambatan bengkok,indeks rasuah yang merudum,pegang bahu, dan sebagainya.Batu Talam akan mengukur dan pengundi di Batu Talam bakal menghakimi prestasi P.Badawi selama 3 tahun menjadi Perdana Menteri.Bagi pembangkang terutamanya Pas,Batu Talam akan mengukur sejauh mana prestasi Pas dalam menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar yang sedang berlaku didalam negara sekarang.Pas sewajarnya menyedari,membawa kebenaran sahaja belum mampu untuk mengapai kemenangan.Kebenaran itu perlu dihebahkan dan maklumat yang benar harus sampai kepada rakyat dalam suasana intelek, professional, dan berstrategi supaya kebenaran diterima sebagai kebenaran dan bukan lagi diterima sebagai propaganda politik.

Batu Talam pasti akan menyaksikan semua mata akan tertumpu bukan pada BN atau pembangkang sahaja,tetapi pada "pemain ketiga" iaitu SPR.Batu Talam pasti menguji sejauh mana SPR menepati tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menuntut tiga perkara supaya ditepati dalam masa yang terdekat iaitu:
1. Penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda;
2. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
3. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan.
Sekiranya SPR masih mengekalkan perangai dan kerenah lamanya,apakah tindakan pembangkang?Pastinya Sdr Anwar Ibrahim ada jawapannya yang tersendiri.Pastinya orang yang paling tidak boleh duduk diam dalam suasana sekarang ialah Pengerusi SPR sendiri,Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan setiausahanya,Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor.

Saya menjangkakan media sudah pastinya akan meneruskan upacara turun temurunnya iaitu ditunggang oleh kerajaan secara besar-besaran untuk menghentam pembangkang.Sudah tentu pula kerajaan kelantan akan menjadi mangsa tradisi mereka.Bagi pembangkang pula,terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan.Antaranya ialah isu kenaikan harga minyak,elektrik dan tol,isu kecaman Dr.M terhadap kepimpinan P.Badawi, isu pegang bahu(photostat banyak-banyak kemudian edar),isu scomi dan anak menantu PM,isu laga pipi dan jemputan artis bollywood,dan sebagainya.Terpulang kepada pembangkang samada meneruskan "style lama" atau mencari formula baru bagi memenangi hati pengundi di Batu Talam.Disinilah bakal mengukur sejauh mana persediaan pembangkang bagi menghadapi p/raya umum yang di jangka akan diadakan di hujung tahun ini.

Namun keputusan yang paling saya tungu-tungu ialah keputusan p/raya kecil batu talam itu sendiri.Ia akan mengukur sejauh mana persediaan rakyat malaysia untuk memiliki mentaliti rakyat negara maju disaat kita benar-benar kecewa dengan prestasi semasa kerajaan yang sedia ada.Keputusan p/raya kecil batu talam akan menjadi pengukur kepada jarak sebenar yang perlu pembangkang lalui untuk berjaya menumbangkan kerajaan angkuh BN dalam p/raya umum dan seterusnya membentuk kerajaan.Jika rakyat masih lagi dibelenggu dengan gaya fikiran yang tertutup,masih gagal disuapkan dengan kebenaran yang ada,sudah tentu jarak perjalanan bagi pembangkang kearah membentuk sebuah kerajaan di malaysia masih terlalu jauh untuk dicapai.

Kita tidak punyai banyak waktu untuk menunggu peluang dimasa yang lain.Disaat inilah ketika yang paling molek untuk rakyat di Batu Talam khasnya,dan rakyat malaysia amnya,berfikir kearah inisiatif mengubah kerajaan yang sedia ada kepada satu kerajaan yang benar-benar boleh diharapkan mampu membela rakyat.Bagi pihak pembangkang,mereka tidak ketandusan pemimpin yang beribawa dan berakhlak untuk memimpin negara kearah satu perubahan yang pastinya akan dinikmati oleh seluruh rakyat.

Wassalam..

0 Comments:

Post a Comment