Thursday, January 18, 2007

Isu Dr Asri,pertimbangan dan prinsip !

Isu mufti perlis masih hangat diperkatakan dan dibincangkan di dalam alam realiti dan alam cyber.Pelbagai pendapat dan respon samada respon membina atau sebaliknya mewarnai perbincangan dimana sahaja ia diperbincangkan.Sebagai insan,kita tiada apa-apa hak untuk mempertikaikan mengapa wujud ketidakseragaman ini.Ianya lumrah dan sesuatu yang natural.Namun disana,sebelum kita meletakkan diri kita di posisi bersetuju atau di posisi tidak bersetuju,semestinya kita bermula dengan pertimbangan.Unsur rasional,kepentingan,ketaksuban,terburu-buru dan melulu adalah antara unsur yang menjadi asbab kepada bentuk respon kita.Kerana itu ingin saya bertanya,apakah pertimbangan yang mempengaruhi respon kita terhadap kehadiran Dr Asri sebagai mufti perlis?Jika kepentingan politiklah yang menyebabkan kita tidak bersetuju dengan beliau,kita adalah insan yang hipokrit!!Ini kerana kita telah berikrar bahawa kepentingan islam itu adalah kita utamakan dari kepentingan politik!


Hadirnya Dr Asri didalam dunia dakwah,apabila dilihat dengan mata yang berlapang dada,pastinya ia akan di nilai sebagai satu sumbangan tenaga di dalam dunia dakwah.Namun oleh kerana suasana semasa ialah "Dr Asri berada dalam kerajaan",maka seluruh pendapatnya kelihatan "kotor dan najis" di beberapa mata manusia yang membuat pertimbangan yang hipokrit!Sedarlah bahawa tindakan kita yang sebegitu telah menyebabkan orang-orang yang ingin mendekati perjuangan kita terpaksa memikirkan kembali tindakan mereka.Ketahuilah bahawa tindakan kita itu telah mengotorkan kesucian agenda sebenar perjuangan parti kita dan dimata mereka terpapar bahawa kita hanya mengutamakan kepentingan politik dari kepentingan islam.Ketahuilah bahawa,kita telah diragui bukan kerana kepimpinan kita tetapi kerana beberapa orang yang terover semangat di dalam mewakili kepentingan parti.

Lalu apabila masing-masing meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan islam,tafsiran kita terhadap beberapa pandangan bernas Dr Asri telah terbabas jauh dari tafsiran yang tulen.Di saat kita mengatakan "lihatlah apa yang dikatakan dan jangan lihat siapa yang berkata-kata",kita telah menterbalikkan slogan ini dalam tindakan sebenar kita.Kita semakin hipokrit dan ianya menjadi kebencian bagi beberapa insan dan menyebabkan mereka menjauhi jemaah kita.Kita berkata,"berlapang dadalah"namun kita yang menjuarai dalam bersangka buruk terhadap insan dakwah yang lain.Ya,mungkin Dr Asri dalam kerajaan.Apa salahnya beliau dalam kerajaan.Tidakkah prinsip kita jelas bahawa,perjuangan ini adalah untuk meletakkan islamu ya'lu wala yu'la alaih.Di kedudukan mana sahaja insan dakwah berada,jika cita-cita mereka kearah itu,tidakkah itu satu sumbangan?

Perhatikanlah dengan dada yang terbuka,banyak benda yang disuarakan oleh Dr Asri merupakan apa yang telah disuarakan oleh kepimpinan kitasejak lama.Inilah saatnya kita bersrategi.Kita mempunyai satu suara dalam kerajaan yang bersuara dengan nada yang sama dengan nada kita.Mengapa tidak kita gunakan peluang ini untuk kebaikan islam?Mengapa cita-cita politik itu perlu diletak dihadapan?Saya sendiri sedar,tindakan Dr Asri seolah mengambarkan ahli agama masih bersama dengan kerajaan.Namun saya yakin bahawa,ahli agama yang benar-benar ikhlas,prinsipnya terhadap perjuangan islam tidak akan membuatkan kerusi yang didudukinya terlalu empuk baginya.Mungkin Dr Asri hanya akan mengulangi beberapa kegagalan yang lalu termasuk yang pernah di cuba oleh sdr Anwar Ibrahim,namun tidakkah ia satu sumbangan?Mengapa harus berbangga dengan mentaliti politik yang sempit?Jika sekarang kita memuji Sdr Anwar yang telah berjasa sedikit sebanyak kepada islam dan pentadbiran bersih dizamannya,tidak mustahil suatu hari kita akan memuji Dr Asri kerana telah menyumbang sedikit sebanyak kepada dakwah dan islam.

Namun disaat kita menggesa supaya kita berlapang dada dalam isu Dr Asri,ingin juga kita mengingatkan bahawa,semangat berlapang dada kita ada batasnya.Jika Dr Asri berdiam diri terhadap sistem warisan penjajah,bidaah terbesar iaitu islam hadhari,dan kemungkaran terbuka yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi dalam negara,maka kita tidak akan teragak-agak untuk menarik diri dari berlapang dada.Secara peribadi saya mengakui juga,Dr Asri ada beberapa kelemahan yang ketara.Namun janganlah kerana kelemahan beliau itu menyebabkan kita mempersetankan segala pandangan beliau.Disiplin ilmu mengajar kita bahawa,disaat kita mengkritik ulama' dan ahli agama,jangan lupa disebutkan juga sumbangan dan jasanya kepada islam.Jangan sekali-kali kebencian kita terhadap seseorang dan sesuatu golongan menyebabkan kita tidak berlaku adil kepada mereka.Kita mampu berstrategi,kita mampu bertindak dengan lebih bijak,ianya ialah pilihan,dan kita dipersimpangan untuk memilih!

0 Comments:

Post a Comment