Tuesday, January 30, 2007

Susah benar Ng Chee Pang nak faham mengapa perlu di boikot.

P/raya kecil batu talam telah melabuhkan tirainya.Seperti di jangka,BN memenanginya dengan majori 5857 undi.Umum mengetahui bahawa BA dan 25 NGO dalam BERSIH telah memboikot p/raya kecil tersebut dan memeberikan sebab yang jelas mengenainya.Namun yang menariknya ialah,muncul seorang anak muda yang masih "bilis" dalam dunia politik tampil untuk "mengi'tiraf" sistem p/raya yang dikendalikan oleh SPR walaupun ia telah dibuktikan tidak telus oleh pimpinan BA dan BERSIH.

Apa yang anak muda itu cari?Paling tidak pun,dengan penyertaaan beliau di dalam p/raya kecil batu talam telah menaikkan namanya di seluruh negara.Dulu kita tidak kenal Ng Chee Pang,namun sekarang menjadi sebaliknya.Populariti?Di war-warkan pula bahawa calon bebas itu mendapat habuan daripada BN.Ianya gosip yang agak susah untuk dipercayai.Namun sesekali kita tertanya-tanya,kemana halatuju Ng Chee Pang dan ayah beliau selepas ini?

Penyertaan Ng Chee Pang ke dalam p/raya batu talam hanyalah melambatkan proses pengistiharan kemenangan BN.BN semestinya lebih suka ada penyertaan kerana dengan itulah sahaja BN mampu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka masih relevan di negara ini."Rakyat masih bersama kami!".Itulah satu mesej yang ingin BN sampaikan kepada rakyat dan ianya menjadi motivasi berharga bagi mereka untuk mendepani p/rayu umum sedikit masa lagi.

Namun,sebab yang membawa kepada penyertaan Ng Chee Pang ke dalam p/raya kecil batu talam masih menjadi misteri.Jika ingin melihat p/raya itu telus,adakah cara mengi'tirafnya adalah satu cara terbaik?Jika mahu mencuba nasib, nasib apakah yang ingin dicuba?Adakah ada faktor populariti(?) atau imbuhan(?) yang menjadi buruan?Sebelum hari pembuangan undi,barulah Ng Chee Pang faham mengapa perlu di boikot p/raya dan SPR.Itupun kalau beliau menyertainya betul-betul tampa faktor lain!

Dalam tempoh berkempen.BN secara paranormalnya telah menggunakan segala jentera seolah-olah lawan mereka adalah lawan yang sangat kuat.Balai raya, sekolah, dewan serba guna dan sebagainya digunakan hanya disebelah pihak.Manakala Ng Chee Pang hanya tengok dan tidak mampu berbuat apa-apa.Ops!seperti biasa juga SPR membisu tampa bahasa.

Susahnya nak faham...

Saturday, January 27, 2007

Betulkan?

Pencacai Umno Batu Talam tipu Najib bulat-bulat

Ahmad Lutfi Othman

Sat | Jan 27, 07 | 10:08:50 AM

SELEPAS berkunjung ke Batu Talam semalam, banyak juga isu-isu berkaitan pilihan raya kecil itu yang perlu disinggung, tetapi saya kira dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa PAS mewajibkan ahli-ahlinya 'menyokong calon Bebas agar dia tidak hilang wang pertaruhan' perlu dijelaskan dahulu.

Surat edaran yang dikatakan ditandatangani Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa itu penuh dengan kejanggalan, sekaligus menunjukkan penipuan itu dilakukan secara amatur dan cukup memalukan, apatah lagi akhbar-akhbar utama dan siaran berita tv, menunjukkan gambar Najib sendiri yang membuat pendedahan eksklusif itu! "Kalau nak tipu pun biarlah orang percaya."

Najib, dan juga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, boleh menuduh PAS apa saja, sama ada "penipu" mahupun "bacul". Tetapi apabila ia disandarkan kepada satu bukti palsu, maka siapa sebenarnya yang menipu, dan siapa pula yang ditipu?

Pencacai Umno-BN boleh mengedarkan apa jua risalah kepada pengundi, termasuk untuk memburuk-burukkan PAS, tapi usahlah menipu. Macam juga media yang dikawal mutlak pemerintah, kritik dan hentamlah PAS, tapi janganlah memutarbelitkan cerita.

Sekilas pandang surat Husam kepada Yang Dipertua PAS Raub, banyak lucunya. Petang semalam saya sempat mengunjungi Ustaz Abdullah Suhaimi Saat di Felda Tersang 3. Beliau membuat laporan polis minta disiasat siapa yang bertanggungjawab menerbitkan dan mengedarkan surat palsu berkenaan.

Pertama, dalam PAS, tiada istilah "bahagian" sepertimana Umno, yang ada "kawasan". Sedangkan "surat Husam" itu ditujukan kepada "Yang Dipertua PAS Bahagian Raub". Kedua, kepala surat selalunya hanya memaparkan bendera parti bukan lambang bulan purnama bersama, dan tiada pula dalam surat itu tertera "Pejabat Agung PAS" di bawah "Parti Islam SeMalaysia (PAS)", manakala No Pendaftaran merujuk Selangor, sedangkan yang sebenarnya "Penang".

Kesalahan membezakan antara "bahagian" dan "kawasan" itu saja sudah cukup untuk memutuskan surat ini dibuat oleh pencacai Umno yang jahil terhadap "seterunya" sendiri. Dan mentang-mentanglah PAS itu parti Islam, maka penerbit surat palsu ini langsung tidak meletakkan tarikh masihi seperti yang lazim diamalkan kerana yang tertera hanya 2 Muharam 1428!

Cuba teliti perenggan pertama: "Sesungguhnya jihad kita untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia kali ini secara tersirat dan halus. Walaupun kita secara terang-terangan berkata boikot, tetapi kita mesti turun menunaikan undi secara senyap. Persepakatan ini telah dicapai pada Pelancaran Suruhanjaya Untuk Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) pada 20 Januari 2007 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak."

Apa yang peliknya? Apakah ia gaya bahasa yang selalu dipakai Husam, atau lebih tepat lagi apakah Husam pernah mengeluarkan surat atas nama Naib Presiden PAS? Dan apa kena-mengena Husam dengan hal-hal berkaitan pilihan raya?

Apakah surat ini mahu ditujukan kepada YDP PAS Raub atau pengundi Batu Talam ataupun ahli-ahli PAS yang menjadi pengundi Batu Talam kerana ia ditujukan kepada YDP PAS Raub tetapi mukadimahnya, "Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT".

Lebih melucukan apabila nombor "Rujukan Kami: PAS/BERSIH.11/3.09(20/7)". Macam mana pula "Bersih" boleh muncul dalam rujukan itu sedangkan ia bukannya badan di bawah PAS? Lagi pun Bersih merupakan singkatan kepada "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" yang dianggotai 25 NGO dan lima parti politik. Bersih bukannya "Suruhanjaya Untuk Pilihanraya Adil dan Bersih" seperti dalam surat itu.

Tunggu, ada lagi penipuan dalam perenggan pertama ini. Yang dilancarkan pada 20 Januari 2007 bukanlah "suruhanjaya" yang tidak wujud itu tetapi program Jelajah Perdana, bermula di Taman Melewar dan diikuti di peringkat negeri.

Untuk perenggan kedua dan ketiga saya tidak mahu mengulas panjang, cukup sekadar respons ringkas dan rasanya pembaca, khususnya ahli-ahli PAS yang biasa dengan budaya dan kebiasaan parti: "Mengundi itu adalah sesuatu yang wajib dalam Islam. Ianya adalah sebahagian daripada ibadah dan rukun kita sebagai seorang yang beriman. Seluruh jentera PAS Raub adalah diwajibkan membantu pakatan Barisan Alternatif di Batu Talam. Pemimpin utama PAS akan turun padang mengadakan ceramah dan program bersama dengan pengundi di Batu Talam.

"Untuk mendirikan sebuah kerajaan yang bersih dan adil, pucuk pimpinan parti menyeru pengundi turun beramai-ramai pada 28hb ini bagi menafikan kemenangan calon BN di Batu Talam. Wajib kita membantu calon Bebas agar dia tidak hilang wang pertaruhan."

Memang amat janggal sekali ayat dan kalimah yang dipilih. Penegasan "mengundi itu wajib" pun mengelirukan apatah lagi "ia sebahagian daripada ... rukun kita sebagai seorang yang beriman", cukup pelik. Dan apa maksud "membantu pakatan BA di Batu Talam", siapa pakatan itu?

Tak pernah pula saya dengar tujuan perjuangan PAS "untuk mendirikan sebuah kerajaan yang bersih dan adil", dan kalaupun ada, apa perlunya hendak ditegaskan semasa pilihan raya kecil ini, kerana ia lebih sesuai semasa berdepan pilihan raya umum, barulah logik untuk "mendirikan kerajaan".

Bukankah "bersih dan adil" itu dirujuk kepada perjalanan sistem pilihan raya yang dituntut parti-parti pembangkang? Apa halnya sampai istilah "wajib" diulang-ulang (mungkin penulis surat ini membayangkan disebabkan PAS parti Islam maka istilah yang dipakai pun mestilah islamik, termasuk hanya tarikh kalender hijrah yang digunakan!), dan atas pertimbangan apa pula Husam begitu prihatin dengan nasib calon Bebas itu?

Mungkin ada yang hairan mengapa saya nampaknya begitu serius dengan surat palsu itu?

Sebenarnya saya pun tidaklah serius sangat dengan surat ini, apatah lagi, pengedarannya pun mencarik adat. Menurut Ustaz Suhaimi, surat untuk ahli-ahli parti tidak akan dibiarkan bertimbun di luar markas PAS dan disebarkan di penjuru-penjuru jalan seperti yang berlaku kepada surat palsu itu. Ia akan dihantar ke rumah ahli-ahli atau semasa program parti.

Saya terdorong untuk mengulas hal ini kerana akhbar dan tv membesar-besarkannya, apa lagi ia "didedahkan" Najib sehingga timbul istilah "PAS penipu" dari mulutnya. Seperti saya kata di awal tulisan, tuduhlah apa saja kepada PAS tapi biarlah berasaskan fakta yang jelas.

Buatlah apa saja rumusan terhadap keputusan PAS boikot pilihan raya kecil itu tapi janganlah mengada-adakan cerita yang tidak ada.

Jentera kempen Umno di Batu Talam memang banyak menabur fitnah termasuk merosakkan (dan mencuri) kain rentang boikot, tetapi apabila mereka rela memperbodohkan Najib (yang semakin kelemasan dengan isu-isu Altantuya), dan TPM pula langsung tidak menyemak surat palsu itu sebelum mengumumkannya kepada media, maka apa sudah jadi?

Najib menuduh PAS menipu, walhal Najib yang ditipu bulat-bulat oleh juak-juaknya sehingga sanggup ke depan mengusung bahan fitnah sedangkan yang ditentang BN bukannya PAS, tapi calon Bebas yang poster kempennya langsung tidak ada di Batu Talam.

Seperti kata seorang teman yang mengiringi saya sepanjang kunjungan sehari itu, "memang gila pilihan raya kali ini dan Umno terpaksa berhabisan bukan saja untuk menang tetapi untuk pastikan orang keluar mengundi." Hal ini akan saya ulas kemudian, mungkin lebih baik selepas keputusan kita perolehi.

Apa pun, lazimnya pemimpin Umno tak ambil peduli soal maruah. Jadi, pastinya Najib langsung tidak tertekan walaupun menyedari beliau diperbodohkan pengikutnya sendiri. Dan jangan harap Najib akan mohon maaf kerana melemparkan tuduhan berasaskan surat palsu itu.

Lagi pun rakyat Malaysia boleh saja menerima peristiwa ini sebagai satu kelaziman. Soal Perdana Menteri atau TPM berbohong menjadi lumrah, 'bagai minum air sejuk', sedangkan soal bohong kepada pemimpin berprinsip khususnya di Barat umpama 'menelan bara api'. Kerap kali pemimpin yang berbohong kepada rakyat terpaksa melepaskan jawatan selepas pembohongan mereka terdedah.

Kalau tidak silap saya, Dato' Seri Rais Yatim semasa memimpin Team B dan seterusnya Semangat 46 dulu pernah mengubah rangkap pantun Melayu, "Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong, lama-lama jadi menteri!"

Friday, January 26, 2007

Dimana ketulusan dan transparency?

Cabinet says toll agreements to remain secret
S.Tamarai Chelvi and Pauline Puah

KUALA LUMPUR (Jan 25, 2007): The Cabinet is not prepared to make public the toll agreements inked between the government and highway concessionaires, says Works Minister Datuk Seri S.Samy Vellu.

"I have also suggested that the Cabinet take appropriate action against the person (or persons) who had stolen and exhibited an agreement. The agreement is solely between the government and the company and it is a secret document," said Samy, adding that he brought up the matter at the Cabinet meeting on Wednesday.

"It is classified secret ... a restricted document of the government. It has been stolen by some people and we have suggested we are going to ask the Attorney-General's office to take appropriate action against those who stole the document and exhibited it without the authority, and they have to pay for it," Samy said.

Asked whether this was the Cabinet's decision, Samy said: "This is what has been suggested to the Cabinet."

Samy spoke in a press conference today after chairing a MIC central working committee meeting in the MIC headquarters on Jalan Rahmat.

In a press conference early this month, the Coalition Against Toll Hike (Protes) revealed a copy of the agreement between the government and Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) to reporters.

Protes also demanded the government to reveal how the government had reached its agreements with other highway concessionaire companies.

In an immediate response, Parti Keadilan Rakyat information chief Tian Chua, who is also a Protes member, the Cabinet's decision confirmed what the coalition had said earlier that the content of the contract was unfavourable to the public.

"The government needs to explain how and why this contract had been signed. Instead of being transparent, they (the government) have decided to declare this an Official Secrets Act document.

"It's greatly unfair to the public as they are the ones who pay taxes and tolls," he told theSun.

He said Protes had decided to take the risk before divulging the document in order to tell the public the truth.

"The government is subsidising a big sum of money to the concessionaire companies and these monies come from the public. They've the right to know how the contract was drafted and why the government so willingly accepting terms that clearly disadvantaged tax payers," he added.

Yang mana satu kebenaran?

Image Hosted by ImageShack.us
Dua kenyataan berbeza berkenaan surat bercop PAS yang menghasut pengundi supaya memboikot p/raya kecil batu talam(jangan keluar mengundi).Dua url diatas adalah 2 kenyataan yang kontra diantara satu sama lain.Pendedahan oleh Dato' Najib dan Penafian oleh Utz. Nasaruddin Mat Isa.Kepada siapakah perlu kita percaya?Apakah pertimbangan anda dalam menentukan pihak yang benar dalam isu ini?

Jom menganalisis !

Najib membuat pendedahan tersebut semasa majlis mesra bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Cheroh,Raub.Bermakna Najib sedang berkempen bagi memenangkan calon BN di batu talam.Satu tindakan dan kenyataan politik yang nampaknya biasa.

Utz Nasharuddin pula menafikan perkara tersebut selepas menerima kunjungan pimpinan kerajaan Palestin (Hamas) di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.Harakah melaporkan sebagai:

Turut mewakili PAS dalam pertemuan itu ialah, Setiausaha Agungnya, Dato' Kamarudin Jaffar; ahli Majlis Syura Ulama, Ustaz Hassan Shukri; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat; Timbalannya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; AJK DMPP, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Senator Mumtaz Mat Nawi.

Sementara Hamas diwakili, Menteri Kerja Raya Palestin, Ir Abdul Rahman Zaidan; Menteri hal Ehwal Wanita, Dr Maryam Salleh; ahli Parlimen Hamas, Muhammad Tuttah, Muna Mansur, Daud Abu Sair, Abdul Rahman Musleh dan Khalid Zuwaib.

Percayakah kalau saya katakan,hanya orang yang buta dan hanya orang yang membutakan mata sendiri yang tidak nampak mana yang benar dan mana yang batil.

Mengapa Najib harus memfitnah?Umum mengetahui,Najib sedang berada dalam situasi yang menekan.Tuduhan sdr Anwar di diamkan hingga sekarang berkenaan pembelian kapal selam,pembelian kapal terbang,dan kes atantuya.(untuk tengok ceramah anwar disini).Jikapun Anwar fitnah,sekurang-kurang orang yang bermoral dan bermaruah seperti Najib wajar mengambil tindakan undang-undang diatas tuduhan Anwar.Mengapa diam?Takut untuk membawa kes itu ke mahkamah supaya beberapa rahsia besar tak terdedah?

Ini wajah sebenar politik malaysia.Mereka meludah kepada kita dengan fitnah yang mengatakan kitalah yang menggunakan agama demi politik,tampa mereka mengakui,politik di pihak kita telah bersih dari fitnah,rasuah,nepotisme,salah guna kuasa etc.Semua dibersihkan bila islam itu ada bersama dan apabila matlamat agama itu berada dihadapan mengatasi matlamat RM9,2020,hadhari dan bestari dan berbagai lagi ungkapan geli mereka.

Mahukah anda berfikir kebenaran ini?Atau mungkin anda berpaling dari kebenaran dan menafikan?Sekali lagi peluang untuk memilih itu ditangan anda...

Sunday, January 21, 2007

Sesuatu yang menganggu fikiran tentang calon bebas di Batu Talam..

Calon bebas rayu pembangkang

Oleh: ALI MAHMOOD

RAUB 21 Jan. – Calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Ng Chee Pang, 22, merayu parti pembangkang turun padang membantu beliau berkempen dalam pilihan raya kecil itu.

Chee Pang berkata, beliau kini sudah tidak berupaya untuk berdepan dengan kempen agresif parti komponen Barisan Nasional (BN) di Cheroh yang mempunyai ramai pengundi Cina dan India.

Katanya, walaupun belum mengangkat ‘bendera putih’ tetapi melihat kempen yang dijalankan oleh parti komponen BN, beliau merasakan peluangnya terlalu tipis dan berharap pemimpin pembangkang turun padang membantunya menangkis serangan BN.

‘‘Walaupun pembangkang memboikot pilihan raya kecil ini tetapi saya berharap mereka dapat membantu saya berkempen kerana mereka mengetahui banyak isu dan kelemahan BN bagi mempengaruhi pengundi di sini,’’ katanya ketika ditemui di Cheroh, dekat sini hari ini.

Chee Pang mendakwa, BN menggunakan segala kekuatan yang ada termasuk menyalahgunakan harta awam seperti sekolah dan dewan orang ramai untuk berkempen.

Utusan

Ingin saya bertanya,jika anda ditempat Chee Pang,akankah anda buat kenyataan sebegini?Dia tahu bahawa jika pembangkang membantunya bermakna pembangkang menyalahi tindakan boikot.Dia tahu yang pembangkang tak mungkin sekali-kali akan membantunya di Batu Talam.Dan yang paling pelik ialah,dia tahu bahawa dia akan kalah sejak di hari penamaan calon lagi(sama hilang wang pertaruhan atau tidak adalah 2 kemungkinan).Jadi,untuk apa dia beria-ia ingin pembangkang menolongnya?Untuk memenangkan dia?Atau untuk apa?Tidakkah ini pelik?Saya tak mahu buat banyak spekulasi pelik.Tapi,tindakan sebegini menjelaskan agenda sebenar mengapa dia "mencuba nasib" dalam game yang sudah pun ditentukan pemenangnya.


Trick sebegini biasa berlaku dalam komik death note,sebuah komik penyiasatan...Hehe..

Friday, January 19, 2007

Perutusan Maal Hijrah 1428 Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Fri | Jan 19, 07 | 09:37:35 AM

Assalamualaikum wrt. wbt.
Bersempena dengan kedatangan tahun Hijrah 1428 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh masyarakat serta umat Islam di Malaysia.

Bersempena dengan sambutan ini, adalah amat penting bagi umat Islam menyedari betapa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh Islam dan umatnya di seluruh dunia sekarang ini.

Khususnya, label, serangan dan ancaman Barat serta Zionisme terhadap Islam dan umatnya, sedang berlaku dengan penuh tragis.

Lihatlah sahaja cabaran yang terpaksa dihadapi saudara-saudara kita di bumi Palestin, Iraq, Afghanistan dan yang terbaru di Somalia.

Islam dan umatnya diletakkan di kandang orang salah oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan pelbagai label seperti 'pengganas atau terroris', seolah-olah Islam menjadi ancaman kepada keamanan dunia.

Marilah kita semua menyedari bahawa sekarang, Barat dan Zionis sedang mengistiharkan perang terhadap Islam dan umatnya.

Marilah juga kita mengambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku di negara kita.

Bahawa cabaran untuk umat Islam begitu besar, bukan sekadar krisis penyalahgunaan kuasa, rasuah serta tekanan terhadap Islam.

Umat Islam juga semakin tercabar dengan ancaman gejala murtad di kalangan penganutnya sendiri.

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar kembali mengukuhkan saf ummah untuk menghadapi ancaman ini serta meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT.

Yakinilah sesungguhnya perjuangan Islam dengan mengambil iktibar dari tarikh hijrah Nabi Muhammad s.a.w.

Hijrah yang membawa erti yang begitu besar kepada kita umat Islam keseluruhannya.

Setiap cabaran serta ujian sepanjang hijrah sebenarnya adalah untuk mengukuhkan keyakinan mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sekian.

'SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1428'

YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber:Harakahdaily

Thursday, January 18, 2007

Isu Dr Asri,pertimbangan dan prinsip !

Isu mufti perlis masih hangat diperkatakan dan dibincangkan di dalam alam realiti dan alam cyber.Pelbagai pendapat dan respon samada respon membina atau sebaliknya mewarnai perbincangan dimana sahaja ia diperbincangkan.Sebagai insan,kita tiada apa-apa hak untuk mempertikaikan mengapa wujud ketidakseragaman ini.Ianya lumrah dan sesuatu yang natural.Namun disana,sebelum kita meletakkan diri kita di posisi bersetuju atau di posisi tidak bersetuju,semestinya kita bermula dengan pertimbangan.Unsur rasional,kepentingan,ketaksuban,terburu-buru dan melulu adalah antara unsur yang menjadi asbab kepada bentuk respon kita.Kerana itu ingin saya bertanya,apakah pertimbangan yang mempengaruhi respon kita terhadap kehadiran Dr Asri sebagai mufti perlis?Jika kepentingan politiklah yang menyebabkan kita tidak bersetuju dengan beliau,kita adalah insan yang hipokrit!!Ini kerana kita telah berikrar bahawa kepentingan islam itu adalah kita utamakan dari kepentingan politik!


Hadirnya Dr Asri didalam dunia dakwah,apabila dilihat dengan mata yang berlapang dada,pastinya ia akan di nilai sebagai satu sumbangan tenaga di dalam dunia dakwah.Namun oleh kerana suasana semasa ialah "Dr Asri berada dalam kerajaan",maka seluruh pendapatnya kelihatan "kotor dan najis" di beberapa mata manusia yang membuat pertimbangan yang hipokrit!Sedarlah bahawa tindakan kita yang sebegitu telah menyebabkan orang-orang yang ingin mendekati perjuangan kita terpaksa memikirkan kembali tindakan mereka.Ketahuilah bahawa tindakan kita itu telah mengotorkan kesucian agenda sebenar perjuangan parti kita dan dimata mereka terpapar bahawa kita hanya mengutamakan kepentingan politik dari kepentingan islam.Ketahuilah bahawa,kita telah diragui bukan kerana kepimpinan kita tetapi kerana beberapa orang yang terover semangat di dalam mewakili kepentingan parti.

Lalu apabila masing-masing meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan islam,tafsiran kita terhadap beberapa pandangan bernas Dr Asri telah terbabas jauh dari tafsiran yang tulen.Di saat kita mengatakan "lihatlah apa yang dikatakan dan jangan lihat siapa yang berkata-kata",kita telah menterbalikkan slogan ini dalam tindakan sebenar kita.Kita semakin hipokrit dan ianya menjadi kebencian bagi beberapa insan dan menyebabkan mereka menjauhi jemaah kita.Kita berkata,"berlapang dadalah"namun kita yang menjuarai dalam bersangka buruk terhadap insan dakwah yang lain.Ya,mungkin Dr Asri dalam kerajaan.Apa salahnya beliau dalam kerajaan.Tidakkah prinsip kita jelas bahawa,perjuangan ini adalah untuk meletakkan islamu ya'lu wala yu'la alaih.Di kedudukan mana sahaja insan dakwah berada,jika cita-cita mereka kearah itu,tidakkah itu satu sumbangan?

Perhatikanlah dengan dada yang terbuka,banyak benda yang disuarakan oleh Dr Asri merupakan apa yang telah disuarakan oleh kepimpinan kitasejak lama.Inilah saatnya kita bersrategi.Kita mempunyai satu suara dalam kerajaan yang bersuara dengan nada yang sama dengan nada kita.Mengapa tidak kita gunakan peluang ini untuk kebaikan islam?Mengapa cita-cita politik itu perlu diletak dihadapan?Saya sendiri sedar,tindakan Dr Asri seolah mengambarkan ahli agama masih bersama dengan kerajaan.Namun saya yakin bahawa,ahli agama yang benar-benar ikhlas,prinsipnya terhadap perjuangan islam tidak akan membuatkan kerusi yang didudukinya terlalu empuk baginya.Mungkin Dr Asri hanya akan mengulangi beberapa kegagalan yang lalu termasuk yang pernah di cuba oleh sdr Anwar Ibrahim,namun tidakkah ia satu sumbangan?Mengapa harus berbangga dengan mentaliti politik yang sempit?Jika sekarang kita memuji Sdr Anwar yang telah berjasa sedikit sebanyak kepada islam dan pentadbiran bersih dizamannya,tidak mustahil suatu hari kita akan memuji Dr Asri kerana telah menyumbang sedikit sebanyak kepada dakwah dan islam.

Namun disaat kita menggesa supaya kita berlapang dada dalam isu Dr Asri,ingin juga kita mengingatkan bahawa,semangat berlapang dada kita ada batasnya.Jika Dr Asri berdiam diri terhadap sistem warisan penjajah,bidaah terbesar iaitu islam hadhari,dan kemungkaran terbuka yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi dalam negara,maka kita tidak akan teragak-agak untuk menarik diri dari berlapang dada.Secara peribadi saya mengakui juga,Dr Asri ada beberapa kelemahan yang ketara.Namun janganlah kerana kelemahan beliau itu menyebabkan kita mempersetankan segala pandangan beliau.Disiplin ilmu mengajar kita bahawa,disaat kita mengkritik ulama' dan ahli agama,jangan lupa disebutkan juga sumbangan dan jasanya kepada islam.Jangan sekali-kali kebencian kita terhadap seseorang dan sesuatu golongan menyebabkan kita tidak berlaku adil kepada mereka.Kita mampu berstrategi,kita mampu bertindak dengan lebih bijak,ianya ialah pilihan,dan kita dipersimpangan untuk memilih!

Wednesday, January 17, 2007

Dead voters' in Malaysia ?

Critics says voter discrepancy is only one problem of many that need to be addressed [AP]

About half a million of Malaysia's 10 million registered voters are actually dead, the country's leading election official has said.
"When you talk about the dead on the rolls, I admit there are a lot," Abdul Rashid, Malaysia's Election Commission chairman, said on Friday.
"That's why we are going from village to village to verify the dead."
















The announcement comes a day after the opposition Islamic party PAS and Parti Keadilan said they would boycott a January 28 by-election in the state of Pahang because of dubious electoral rolls.
They said the dead on the rolls have led to "phantom voting", a charge that Abdul Rashid denied.



















He blamed the voter register discrepancy on poor data collection, archaic election laws and bureaucratic red-tape.
In one case, a woman voter who died in 1975 at the age of 77 was still listed on the 2006 rolls.
Nasharudin Mat Isa, the PAS deputy president, said electoral reform had been slow and inadequate under Abdul Rashid, although he called the election official's acknowledgement a "step in the right" direction.
But Nasharudin said voter discrepancy is only one problem of many that need to be addressed to democratise the electoral landscape of Malaysia, a country of 26 million people.
For example, he said, the government controls most of the mass media and has used it to marginalise opposition parties.


Sumber:Al-jazeera English

Monday, January 15, 2007

BN memulakan gerak mencemari boikot?

PAS pastinya sudah mengagak bahawa BN tidak akan bergembira dengan kemenangan percuma mereka di Batu Talam.Kerana itu PAS telah meramalkan BN akan menaja calon bebas untuk melawan calon BN dalam pilihanraya kecil Batu Talam.Pastinya ia akan menjadi peluru sesat BN untuk menuduh PAS dan Keadilan sebagai tidak serius dalam boikot yang telah diistiharkan pada 10hb yang lalu.


3bukti.Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi di hari penamaan calon.Tindakan mereka sudah dalam pengiraan.Tinggal lagi bagaimana untuk berhadapan dengan fitnah yang bakal dilempar....

Sunday, January 14, 2007

Boikot:Langkahan terlewat ?

Selepas pilihanraya umum 2003,mulut-mulut kita pasti terkumat kamit mengutuk dan membilang penyelewengan demi penyelewengan oleh SPR.Bukan sahaja SPR,malah agensi seperti Jabatan Pendaftaran turut dikatakan terlibat dalam memenangkan BN di seluruh negara khasnya di negeri Terengganu sehingga menumbangkan kerajaan terengganu yang dibawah Pas waktu itu.Disaat kita membilang penyelewengan SPR itulah juga,datangnya pilihanraya kecil Kuala Berang.Tampa segan silu,kita menyertai Pilihanraya kecil tersebut.Kemudian datang lagi Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang menyaksikan kedua-dua p/raya ini,kita tewas.Disaat kita tewas,kita masih membilang asbab kekalahan adalah kerana penyelewengan SPR.


Tidakkah ini satu langkahan yang terlewat.Namun untuk apa dikesali kelewatan ini.Syabas kepada pembangkang yang memutuskan untuk memboikot Batu Talam.Buktikan kepada kami,kalau hendak boikot,boikot betul-betul.Jangan sekali-sekali teragak-agak.Kita sudah terlewat 2 langkah.Sekiranya pemboikotan ini dilakukan sebaik sahaja selesai p/raya umum 2003,kesannya pasti akan lebih baik.Namun mungkin ada beberapa perkara yang menjadi pertimbangan yang menyebabkan keputusan seperti ini terpaksa dilewatkan.Kali ini kita mesti mara dengan keputusan ini.Apa jadi pun,keputusan telah diambil.Semoga akan lahir satu sistem p/raya yang bersih, adil, dan seimbang suatu hari nanti.Insyaallah...

Tuesday, January 9, 2007

Fi Qulubihim Marad !

Entah bila dan tampa disedari,dunia ini telah dibanjiri oleh manusia-manusia yang hipokrit.Apa yang mengecewakan ialah,insan yang hipokrit itulah pula yang melaungkan slogan-slogan anti hipokrit.Mungkin inilah petandanya, dunia telah berada dihujung usia.Melahirkan insan-insan yang pelik dengan segala macam penyakit dan perangai yang meletakkan insan normal didalam ketidakselesaan.

Sejak akhir-akhir ini,saya di sibukkan dengan persoalan yang gagal saya temui jawapannya sejak dahulu.Apabila kawan-kawan saya berkata kepada saya "Pas hanya menggunakan agama untuk politik!"Jika dulu,apa yang saya berani balas hanyalah "kita bukan hanya gunakan agama untuk politik saja,malah kita gunakan agama untuk semua aspek kehidupan..bukan begitu?".Pastinya kawan saya hanya akan tersenyum sinis.Melangkah pergi meninggalkan saya dalam keadaan saya faham bahawa,jawapan saya itu gagal diterimanya.Untuk menjadikan jawapan yang benar itu diterima insan lain,anjakan dan pembaharuan diperlukan.Sesungguhnya rasulullah yang kita cintai itu merupakan insan yang berstrategi.Tidak membataskan satu persoalan hanya kepada satu jawapan.Dan disini,hakikat "strategi" mungkin boleh kita rumuskan sebagai "variasi..."

Jika dahulu,seseorang akan di anggap jujur dan berintegriti selagi mana dia tidak bertindak sebaliknya.Namun masa itu telah berlalu.Kini,seseorang itu perlu membuktikan dia jujur dan berintegriti sebelum dia di anggap demikian.Demikianlah yang berlaku di dalam masyrakat islam di akhir zaman ini.Individu dan organisasi yang jujur perlu membuktikan kejujuran dan keikhlasan mereka sebelum mereka boleh di'iktiraf jujur dan ikhlas.Nasib yang sama menimpa PAS,atau mungkin lebih tepat lagi boleh saya katakan,nasib yang lebih teruk telah menimpa PAS.Mungkin kerana sifat gerakan islam yang tulen itu biasanya akan dimusuhi, dibenci dan tidak disukai.

PAS telah tampil dengan imej islam,mendidik ahli dengan tarbiah berterusan melalui PASTI, sekolah rendah dan menengah agama persendirian,usrah kuliah dan sebagainya.Pemimpin yang tidak pernah disabitkan dengan rasuah,penyelewengan, dan salah guna kuasa.Organisasi parti yang disusun mengikut lunas islam yang meletakkan al-quran dan as-sunnah itu ditempat yang paling tinggi,dan dua sumber itulah yang memagari semua urusan dan keputusan parti.PAS telah membuktikan kejujuran dan keikhlasannya apabila enggan berkompromi dengan DAP dalam masalah negara islam,walaupun bekerjasama dengan DAP adalah satu keuntungan politik yang besar.Namun perjuangan Islam yang tulen tidak akan di gadai dengan begitu murah hanya kerana mencari jalan pintas ke tampuk kuasa.Itulah PAS yang telah membuktikan kejujuran dan keikhlasan,namun masih ada insan yang enggan mengi'tiraf kejujuran dan keikhlasan PAS.

Fi Qulubihim Marad(Dalam hati mereka ada penyakit).Mungkin itulah antara sebab yang boleh difikirkan untuk kita menyusun strategi dalam usaha menghadap hujjah rapuh mereka.Perlu di ingat secara berterusan bahawa,ini bukanlah perlawanan untuk menunjukkan siapa kuat dan siapa yang lemah.Ini adalah perjuangan untuk mengubah pemikiran manusia kearah membesarkan hanya kepada Allah,membenarkan pengakuan aqidah mereka iaitu tiada ketaatan, tiada pengibadahan, tiada kecintaan, tiada sumber rezeki dan tiada sumber hukum yang lebih Agung melainkan apa yang datang dari Allah.Inilah perjuangan yang berdiri diatas hujjah, kebenaran dan usaha yang berterusan.Ianya menuntut setiap individu yang ingin berjuang dijalan ini bertindak umpama pokok buah-buahan,kanak-kanak membaling batu padanya,namun pokok itu membalas dengan mengugurkan buah yang boleh di nikmati rasanya oleh kanak-kanak tersebut.Adakah adil begitu?Ianya terlalu adil untuk begitu!Kerana jaminan Allah terhadap insan dakwah yang berjuang dengan ikhlas terlalu besar untuk di ungkap dengan nikmat dunia semata-mata.

Baru-baru ini,ada suara ganjil entah dari mana berkata"muda-mudi kita menjauhi masjid kerana masjid telah dijadikan medan untuk berkata tentang politik".Saya agak terkejut mendengar suara tersebut.Lantas saya bertanya "sejak bila muda-mudi menjauhi masjid kerana politik?"Bukankah muda-mudi menjauhi masjid kerana AF, mentor,One in a million, dan berbagai lagi konsert yang apa kejadahnya itu di anjurkan secara paranormal?Bahkan kerana usaha PAS menjadikan masjid sebagai medan tarbiahlah yang telah mengimarahkan masjid.Namun selamanya langit takkan selalu cerah.Medan tarbiyah PAS ini telah dihidu keberkesanannya, lalu pihak kerajaan telah menghantar ajen rahsia yang terdiri dari jais, jawi,rumi dan segala macam agensi untuk memantau aktiviti masjid.Mangsanya ialah imam-imam dan ustaz-ustaz "tampa tauliah".Insan-insan ini telah dibuang dari organisasi masjid lalu hiduplah masjid bersama siak-siak yang hanya bertindak membuka dan mengunci masjid.Namun di antara ramai-ramai ustaz yang menjadi mangsa pantauan tersebut,tersembul seorang Dr yang sekarang ini sudah pun menjadi mufti.Beliau pun pernah diganggu semasa kuliahnya di salah sebuah masjid di selangor.


Dalam banyak-banyak persoalan semasa,ada satu soalan menarik untuk di fikirkan."Anda masuk PAS ikut pintu mana?Pintu tarbiah atau pintu politik?"Jika saya ditanya soalan ini,saya akan menjawab,saya masuk PAS ikut pintu islam!Mengapa?Kerana kita menyokong PAS disebabkan parti ini memperjuang islam dan memegang prinsip islam.Apabila kita didalam PAS,seolah-olah kita telah memasuki satu "dunia baru" yang menuntut kita "berubah" kepada kehendak islam.Masuklah melalui pintu apa pun.Perasaannya pasti sama.Itulah sifat sebuah gerakan islam.Buktinya,orang yang menyertai PAS melalui pintu tarbiah dan pintu politik akan hanya menghasilkan insan yang bercita-cita untuk islam.Tanyalah sesiapa sahaja di dalam PAS.Walau macamana fanatik pun dia dengan PAS,cita-cita islam pasti menjadi prioriti mereka.Namun manusia yang di dalam hatinya berpenyakit telah membezakan manusia dalam PAS hanya melalui serban dan kopiah.Pertimbangan politik mereka terlalu cetek.Cepat untuk berkata,PAS tidak berpendirian, taksub, jumud dan sebagainya.Itulah manusia yang berpenyakit dihatinya, dan buat manusia sebegini, kita perdengarkan kepada mereka amaran Allah:

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya;dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.
Al-baqarah:10
Mereka berkata,kita lebih mendahulukan parti dari islam,sedangkan hanya merekalah yang berfikiran sedemikian.Mereka terperangkap dalam prasangka mereka sendiri.Dari penyakit yang kecil,Allah menambahnya menjadikan mereka busuk hati, hipokrit, dan benci terhadap perjuangan islam.Semoga kita dikalangan orang-orang yang benar....

Ampunilah mereka,sesungguhnya mereka tidak mengetahui.....

Wednesday, January 3, 2007

Pembunuhan saddam-Patutkah ummat berduka?

Image Hosted by ImageShack.us
Hukuman mati yang dikenakan ke atas Saddan Hussein pastinya diterima dengan biasa dikalangan ummat islam.Apalagi,saddam sudah sedia terkenal dengan kezalimannya terhadap golongan yang tidak bersetuju dengan cara pemerintahan beliau.Kezaliman saddam terhadap penganut syiah dan peristiwa pengeboman menggunakan senjata kimia terhadap penduduk kurdish pasti menjadi catatan sejarah yang sungguh menyayat hati.Hukuman mati di pagi aidiladha terhadap seorang pemimpin yang sanggup membunuh berpuluh atau mungkin beratus ribu rakyatnya sendiri pastinya akan dilihat sebagai hukuman yang setimpal.

Namun,bagi saya yang mula mengenali saddam dari baju t-shirt yang dipakai oleh kanak-kanak di era tahun 90-an menganggap pembunuhan saddam mempunyai mesej yang tersendiri dan menjadi simbol kemenangan politik dan kejayaan peribadi bush dalam misi membalas dendam terhadap saddam.Di era 90-an,saya masih ingat bagaimana saddam menjadi idola pejuang-pejuang islam di malaysia,mungkin juga di seluruh dunia diatas keberanian beliau melawan Amerika Syarikat.Apabila saddam dihukum dengan sebegitu rupa,orang yang paling gembira pastinya bush kerana menganggap dirinya berjaya membalas dendam terhadap kekalahan ayahnya pada perang teluk yang lalu.Ummat islam harus peka terhadap peristiwa yang menimpa saddam hussein sekarang ini.Tidakkah peristiwa ini seolah-olah berkata-kata yang berbunyi "Tidak ada siapa lagi yang berani melawan amerika dan israel.Jika ada,sudah pasti akan menerima nasib yang serupa dengan saddam".

Saya menganggap pembunuhan saddam satu tamparan psikologi terhadap seluruh dunia islam.Tidaklah terlalu keterlaluan jika saya katakan,dunia islam ini terlalu menagih kehadiran hero untuk dijadikan idola dan menaikkan semangat.Biarpun saddam terkenal dengan kezalimannya,namun beliau pernah diangkat sebagai hero dan idola di era perang teluk.Osama pula diangkat menjadi hero abad millenium apabila di gelar terrorist yang menentang amerika secara underground dan sehingga sekarang tidak ditemui jejaknya.Hisbullah menjadi hero baru meskipun kadang-kadang kita agak kurang selesa dengan mazhab mereka iaitu syiah.Dan mutakhir ini,president Iran,Ahmadinejad pula bakal dianggap hero baru dalam dunia islam kerana berkeras dalam pembangunan teknologi nuklear negaranya.

Tidakkah dengan kematian saddam yang sebegitu rupa membuatkan kita terfikir,apakah nasib Osama,Pimpinan Hisbullah,Ahmadinejad dan insan lain yang berani melawan amerika dan israel apabila mereka tertangkap?Inilah tamparan psikologi yang saya maksudkan.Disaat ummat islam dimekah sedang kyusyu' menunaikan ibadah haji,dan sebahagian yang lainnya sedang mengerjakan ibadah korban di negara masing-masing,saddam telah dikorbankan disubuh itu.

Dengan kematian saddam,kekacauan yang sedang memuncak di seluruh iraq sekarang sudah pasti dalam congakkan amerika dan israel.Apa yang mereka harapkan ialah ummat islam di iraq akan berpecah dan bermusuh antara satu sama lain.Ketika inilah peluang paling besar untuk mereka menguasai iraq dan kekayaan bumi dan lautanya,menubuhkan kerajaan boneka,menyemai fahaman barat, sekularisme dan sebagainya.Apabila rakyat berpecah,amerika akan hadir sebagai savior kepada ummat sebagaimana yang telah diamalkan oleh penjajah dimana-mana negara ummat islam termasuk Malaysia.Mereka datang dengan fahaman sekular dan melantik pemimpin dari kalangan orang islam yang boleh menjalankan dasar sekular dan dasar yang telah mereka rancang.

Saya melihat kematian saddam terlalu significant dengan ibadah korban yang telah diwarisi dari Ibrahim a.s dan Ismail a.s.Tidak ada kambing, kibas,dan unta sebagai ganti saddam.Tapi pengantinya ialah bara semangat untuk bangkit dan keluar dari kepompong dayus warisan OIC yang selama-lamanya pandai bermeeting untuk ummat ini bersuara dan bertindak dengan satu nada terhadap kezaliman yang sedang dihadapi disegenap dunia islam.Terima kasih saddam,kerana sanggup menjadi korban!

Tuesday, January 2, 2007

Batu Talam-Pengukur untuk semua


Pembangkang, kerajaan, SPR, media, Jabatan Kerajaan(tertentu),dan semua agensi dan pertubuhan yang terlibat secara lansung atau dibelakang tabir akan diukur peranan dan prestasi masing-masing dalam p/raya kecil Batu Talam nanti.Debaran semakin memuncak,dan persoalan-persoalan seperti apakah BN akan mampu mempertahankan dun batu talam,apakah pembangkang akan merampasnya,adakah SPR akan bertindak menjadi badan yang benar-benar bebas dan adil,adakah media sekali lagi akan digunakan secara rakus dan paranormal,adakah agensi kerajaan akan turut digunakan memenangkan BN, dan beribu persoalan lagi pasti menagih jawapan dan akan terjawab kurang 60 hari dari sekarang.

Saya melihat p/raya kecil ini sebagai kayu pengukur untuk semua pihak.Kerajaan BN pimpinan Patrick Badawi(P.Badawi) tidak ada satu rekod baik pun untuk dibanggakan.Imej Mr.Clean,imej cucu ulama',dan imej Pak Imam yang dipakainya semakin terhakis dan rakyat umumnya telah mengetahui pelbagai kelemahan pentadbiran beliau sekarang.Antaranya ialah skandal scomi,jambatan bengkok,indeks rasuah yang merudum,pegang bahu, dan sebagainya.Batu Talam akan mengukur dan pengundi di Batu Talam bakal menghakimi prestasi P.Badawi selama 3 tahun menjadi Perdana Menteri.Bagi pembangkang terutamanya Pas,Batu Talam akan mengukur sejauh mana prestasi Pas dalam menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar yang sedang berlaku didalam negara sekarang.Pas sewajarnya menyedari,membawa kebenaran sahaja belum mampu untuk mengapai kemenangan.Kebenaran itu perlu dihebahkan dan maklumat yang benar harus sampai kepada rakyat dalam suasana intelek, professional, dan berstrategi supaya kebenaran diterima sebagai kebenaran dan bukan lagi diterima sebagai propaganda politik.

Batu Talam pasti akan menyaksikan semua mata akan tertumpu bukan pada BN atau pembangkang sahaja,tetapi pada "pemain ketiga" iaitu SPR.Batu Talam pasti menguji sejauh mana SPR menepati tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menuntut tiga perkara supaya ditepati dalam masa yang terdekat iaitu:
1. Penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda;
2. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
3. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan.
Sekiranya SPR masih mengekalkan perangai dan kerenah lamanya,apakah tindakan pembangkang?Pastinya Sdr Anwar Ibrahim ada jawapannya yang tersendiri.Pastinya orang yang paling tidak boleh duduk diam dalam suasana sekarang ialah Pengerusi SPR sendiri,Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan setiausahanya,Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor.

Saya menjangkakan media sudah pastinya akan meneruskan upacara turun temurunnya iaitu ditunggang oleh kerajaan secara besar-besaran untuk menghentam pembangkang.Sudah tentu pula kerajaan kelantan akan menjadi mangsa tradisi mereka.Bagi pembangkang pula,terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan.Antaranya ialah isu kenaikan harga minyak,elektrik dan tol,isu kecaman Dr.M terhadap kepimpinan P.Badawi, isu pegang bahu(photostat banyak-banyak kemudian edar),isu scomi dan anak menantu PM,isu laga pipi dan jemputan artis bollywood,dan sebagainya.Terpulang kepada pembangkang samada meneruskan "style lama" atau mencari formula baru bagi memenangi hati pengundi di Batu Talam.Disinilah bakal mengukur sejauh mana persediaan pembangkang bagi menghadapi p/raya umum yang di jangka akan diadakan di hujung tahun ini.

Namun keputusan yang paling saya tungu-tungu ialah keputusan p/raya kecil batu talam itu sendiri.Ia akan mengukur sejauh mana persediaan rakyat malaysia untuk memiliki mentaliti rakyat negara maju disaat kita benar-benar kecewa dengan prestasi semasa kerajaan yang sedia ada.Keputusan p/raya kecil batu talam akan menjadi pengukur kepada jarak sebenar yang perlu pembangkang lalui untuk berjaya menumbangkan kerajaan angkuh BN dalam p/raya umum dan seterusnya membentuk kerajaan.Jika rakyat masih lagi dibelenggu dengan gaya fikiran yang tertutup,masih gagal disuapkan dengan kebenaran yang ada,sudah tentu jarak perjalanan bagi pembangkang kearah membentuk sebuah kerajaan di malaysia masih terlalu jauh untuk dicapai.

Kita tidak punyai banyak waktu untuk menunggu peluang dimasa yang lain.Disaat inilah ketika yang paling molek untuk rakyat di Batu Talam khasnya,dan rakyat malaysia amnya,berfikir kearah inisiatif mengubah kerajaan yang sedia ada kepada satu kerajaan yang benar-benar boleh diharapkan mampu membela rakyat.Bagi pihak pembangkang,mereka tidak ketandusan pemimpin yang beribawa dan berakhlak untuk memimpin negara kearah satu perubahan yang pastinya akan dinikmati oleh seluruh rakyat.

Wassalam..