Wednesday, January 3, 2007

Pembunuhan saddam-Patutkah ummat berduka?

Image Hosted by ImageShack.us
Hukuman mati yang dikenakan ke atas Saddan Hussein pastinya diterima dengan biasa dikalangan ummat islam.Apalagi,saddam sudah sedia terkenal dengan kezalimannya terhadap golongan yang tidak bersetuju dengan cara pemerintahan beliau.Kezaliman saddam terhadap penganut syiah dan peristiwa pengeboman menggunakan senjata kimia terhadap penduduk kurdish pasti menjadi catatan sejarah yang sungguh menyayat hati.Hukuman mati di pagi aidiladha terhadap seorang pemimpin yang sanggup membunuh berpuluh atau mungkin beratus ribu rakyatnya sendiri pastinya akan dilihat sebagai hukuman yang setimpal.

Namun,bagi saya yang mula mengenali saddam dari baju t-shirt yang dipakai oleh kanak-kanak di era tahun 90-an menganggap pembunuhan saddam mempunyai mesej yang tersendiri dan menjadi simbol kemenangan politik dan kejayaan peribadi bush dalam misi membalas dendam terhadap saddam.Di era 90-an,saya masih ingat bagaimana saddam menjadi idola pejuang-pejuang islam di malaysia,mungkin juga di seluruh dunia diatas keberanian beliau melawan Amerika Syarikat.Apabila saddam dihukum dengan sebegitu rupa,orang yang paling gembira pastinya bush kerana menganggap dirinya berjaya membalas dendam terhadap kekalahan ayahnya pada perang teluk yang lalu.Ummat islam harus peka terhadap peristiwa yang menimpa saddam hussein sekarang ini.Tidakkah peristiwa ini seolah-olah berkata-kata yang berbunyi "Tidak ada siapa lagi yang berani melawan amerika dan israel.Jika ada,sudah pasti akan menerima nasib yang serupa dengan saddam".

Saya menganggap pembunuhan saddam satu tamparan psikologi terhadap seluruh dunia islam.Tidaklah terlalu keterlaluan jika saya katakan,dunia islam ini terlalu menagih kehadiran hero untuk dijadikan idola dan menaikkan semangat.Biarpun saddam terkenal dengan kezalimannya,namun beliau pernah diangkat sebagai hero dan idola di era perang teluk.Osama pula diangkat menjadi hero abad millenium apabila di gelar terrorist yang menentang amerika secara underground dan sehingga sekarang tidak ditemui jejaknya.Hisbullah menjadi hero baru meskipun kadang-kadang kita agak kurang selesa dengan mazhab mereka iaitu syiah.Dan mutakhir ini,president Iran,Ahmadinejad pula bakal dianggap hero baru dalam dunia islam kerana berkeras dalam pembangunan teknologi nuklear negaranya.

Tidakkah dengan kematian saddam yang sebegitu rupa membuatkan kita terfikir,apakah nasib Osama,Pimpinan Hisbullah,Ahmadinejad dan insan lain yang berani melawan amerika dan israel apabila mereka tertangkap?Inilah tamparan psikologi yang saya maksudkan.Disaat ummat islam dimekah sedang kyusyu' menunaikan ibadah haji,dan sebahagian yang lainnya sedang mengerjakan ibadah korban di negara masing-masing,saddam telah dikorbankan disubuh itu.

Dengan kematian saddam,kekacauan yang sedang memuncak di seluruh iraq sekarang sudah pasti dalam congakkan amerika dan israel.Apa yang mereka harapkan ialah ummat islam di iraq akan berpecah dan bermusuh antara satu sama lain.Ketika inilah peluang paling besar untuk mereka menguasai iraq dan kekayaan bumi dan lautanya,menubuhkan kerajaan boneka,menyemai fahaman barat, sekularisme dan sebagainya.Apabila rakyat berpecah,amerika akan hadir sebagai savior kepada ummat sebagaimana yang telah diamalkan oleh penjajah dimana-mana negara ummat islam termasuk Malaysia.Mereka datang dengan fahaman sekular dan melantik pemimpin dari kalangan orang islam yang boleh menjalankan dasar sekular dan dasar yang telah mereka rancang.

Saya melihat kematian saddam terlalu significant dengan ibadah korban yang telah diwarisi dari Ibrahim a.s dan Ismail a.s.Tidak ada kambing, kibas,dan unta sebagai ganti saddam.Tapi pengantinya ialah bara semangat untuk bangkit dan keluar dari kepompong dayus warisan OIC yang selama-lamanya pandai bermeeting untuk ummat ini bersuara dan bertindak dengan satu nada terhadap kezaliman yang sedang dihadapi disegenap dunia islam.Terima kasih saddam,kerana sanggup menjadi korban!

2 Comments:

  1. MAT JENIN said...
    aku ade baca kat paper..apasal mamat ni kene gantung cepat2...dia kene tuduh jenayah yg tidak terlibat dgn pakcik semak samun sahaja. sepatut nye ade banyak lagi kes2 dia kene bicara lagi..tapi tidak dibicarakan..kerana semua kes2 yg dia buat oleh mamat ni, pakcik semak samun dan negara nye terlibat secara langsung kecuali satu kes je. mereka akan kantoikan diri sendiri jika dibicarakan semua kes2 yg mamat ni buat. so kene tuduh,bicara, gantung cepat2 berdasarkan satu kes yg mamat ni buat sorang2 tu saje. dah mati bicara yg lain pon tak bermakna.begitulah cerita nye. selamat lah pakcik semak samun dan negaranya
    syahid_zul said...
    herm...macam 2 erk?
    patut la rasa lain mcam jer ngan proses perbicaraan tu.Rasanya kalau diikutkan banyak lagi kes lain yang melibatkan saddam nih.Pakcik semak samun?...hehe..

Post a Comment