Tuesday, January 9, 2007

Fi Qulubihim Marad !

Entah bila dan tampa disedari,dunia ini telah dibanjiri oleh manusia-manusia yang hipokrit.Apa yang mengecewakan ialah,insan yang hipokrit itulah pula yang melaungkan slogan-slogan anti hipokrit.Mungkin inilah petandanya, dunia telah berada dihujung usia.Melahirkan insan-insan yang pelik dengan segala macam penyakit dan perangai yang meletakkan insan normal didalam ketidakselesaan.

Sejak akhir-akhir ini,saya di sibukkan dengan persoalan yang gagal saya temui jawapannya sejak dahulu.Apabila kawan-kawan saya berkata kepada saya "Pas hanya menggunakan agama untuk politik!"Jika dulu,apa yang saya berani balas hanyalah "kita bukan hanya gunakan agama untuk politik saja,malah kita gunakan agama untuk semua aspek kehidupan..bukan begitu?".Pastinya kawan saya hanya akan tersenyum sinis.Melangkah pergi meninggalkan saya dalam keadaan saya faham bahawa,jawapan saya itu gagal diterimanya.Untuk menjadikan jawapan yang benar itu diterima insan lain,anjakan dan pembaharuan diperlukan.Sesungguhnya rasulullah yang kita cintai itu merupakan insan yang berstrategi.Tidak membataskan satu persoalan hanya kepada satu jawapan.Dan disini,hakikat "strategi" mungkin boleh kita rumuskan sebagai "variasi..."

Jika dahulu,seseorang akan di anggap jujur dan berintegriti selagi mana dia tidak bertindak sebaliknya.Namun masa itu telah berlalu.Kini,seseorang itu perlu membuktikan dia jujur dan berintegriti sebelum dia di anggap demikian.Demikianlah yang berlaku di dalam masyrakat islam di akhir zaman ini.Individu dan organisasi yang jujur perlu membuktikan kejujuran dan keikhlasan mereka sebelum mereka boleh di'iktiraf jujur dan ikhlas.Nasib yang sama menimpa PAS,atau mungkin lebih tepat lagi boleh saya katakan,nasib yang lebih teruk telah menimpa PAS.Mungkin kerana sifat gerakan islam yang tulen itu biasanya akan dimusuhi, dibenci dan tidak disukai.

PAS telah tampil dengan imej islam,mendidik ahli dengan tarbiah berterusan melalui PASTI, sekolah rendah dan menengah agama persendirian,usrah kuliah dan sebagainya.Pemimpin yang tidak pernah disabitkan dengan rasuah,penyelewengan, dan salah guna kuasa.Organisasi parti yang disusun mengikut lunas islam yang meletakkan al-quran dan as-sunnah itu ditempat yang paling tinggi,dan dua sumber itulah yang memagari semua urusan dan keputusan parti.PAS telah membuktikan kejujuran dan keikhlasannya apabila enggan berkompromi dengan DAP dalam masalah negara islam,walaupun bekerjasama dengan DAP adalah satu keuntungan politik yang besar.Namun perjuangan Islam yang tulen tidak akan di gadai dengan begitu murah hanya kerana mencari jalan pintas ke tampuk kuasa.Itulah PAS yang telah membuktikan kejujuran dan keikhlasan,namun masih ada insan yang enggan mengi'tiraf kejujuran dan keikhlasan PAS.

Fi Qulubihim Marad(Dalam hati mereka ada penyakit).Mungkin itulah antara sebab yang boleh difikirkan untuk kita menyusun strategi dalam usaha menghadap hujjah rapuh mereka.Perlu di ingat secara berterusan bahawa,ini bukanlah perlawanan untuk menunjukkan siapa kuat dan siapa yang lemah.Ini adalah perjuangan untuk mengubah pemikiran manusia kearah membesarkan hanya kepada Allah,membenarkan pengakuan aqidah mereka iaitu tiada ketaatan, tiada pengibadahan, tiada kecintaan, tiada sumber rezeki dan tiada sumber hukum yang lebih Agung melainkan apa yang datang dari Allah.Inilah perjuangan yang berdiri diatas hujjah, kebenaran dan usaha yang berterusan.Ianya menuntut setiap individu yang ingin berjuang dijalan ini bertindak umpama pokok buah-buahan,kanak-kanak membaling batu padanya,namun pokok itu membalas dengan mengugurkan buah yang boleh di nikmati rasanya oleh kanak-kanak tersebut.Adakah adil begitu?Ianya terlalu adil untuk begitu!Kerana jaminan Allah terhadap insan dakwah yang berjuang dengan ikhlas terlalu besar untuk di ungkap dengan nikmat dunia semata-mata.

Baru-baru ini,ada suara ganjil entah dari mana berkata"muda-mudi kita menjauhi masjid kerana masjid telah dijadikan medan untuk berkata tentang politik".Saya agak terkejut mendengar suara tersebut.Lantas saya bertanya "sejak bila muda-mudi menjauhi masjid kerana politik?"Bukankah muda-mudi menjauhi masjid kerana AF, mentor,One in a million, dan berbagai lagi konsert yang apa kejadahnya itu di anjurkan secara paranormal?Bahkan kerana usaha PAS menjadikan masjid sebagai medan tarbiahlah yang telah mengimarahkan masjid.Namun selamanya langit takkan selalu cerah.Medan tarbiyah PAS ini telah dihidu keberkesanannya, lalu pihak kerajaan telah menghantar ajen rahsia yang terdiri dari jais, jawi,rumi dan segala macam agensi untuk memantau aktiviti masjid.Mangsanya ialah imam-imam dan ustaz-ustaz "tampa tauliah".Insan-insan ini telah dibuang dari organisasi masjid lalu hiduplah masjid bersama siak-siak yang hanya bertindak membuka dan mengunci masjid.Namun di antara ramai-ramai ustaz yang menjadi mangsa pantauan tersebut,tersembul seorang Dr yang sekarang ini sudah pun menjadi mufti.Beliau pun pernah diganggu semasa kuliahnya di salah sebuah masjid di selangor.


Dalam banyak-banyak persoalan semasa,ada satu soalan menarik untuk di fikirkan."Anda masuk PAS ikut pintu mana?Pintu tarbiah atau pintu politik?"Jika saya ditanya soalan ini,saya akan menjawab,saya masuk PAS ikut pintu islam!Mengapa?Kerana kita menyokong PAS disebabkan parti ini memperjuang islam dan memegang prinsip islam.Apabila kita didalam PAS,seolah-olah kita telah memasuki satu "dunia baru" yang menuntut kita "berubah" kepada kehendak islam.Masuklah melalui pintu apa pun.Perasaannya pasti sama.Itulah sifat sebuah gerakan islam.Buktinya,orang yang menyertai PAS melalui pintu tarbiah dan pintu politik akan hanya menghasilkan insan yang bercita-cita untuk islam.Tanyalah sesiapa sahaja di dalam PAS.Walau macamana fanatik pun dia dengan PAS,cita-cita islam pasti menjadi prioriti mereka.Namun manusia yang di dalam hatinya berpenyakit telah membezakan manusia dalam PAS hanya melalui serban dan kopiah.Pertimbangan politik mereka terlalu cetek.Cepat untuk berkata,PAS tidak berpendirian, taksub, jumud dan sebagainya.Itulah manusia yang berpenyakit dihatinya, dan buat manusia sebegini, kita perdengarkan kepada mereka amaran Allah:

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya;dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.
Al-baqarah:10
Mereka berkata,kita lebih mendahulukan parti dari islam,sedangkan hanya merekalah yang berfikiran sedemikian.Mereka terperangkap dalam prasangka mereka sendiri.Dari penyakit yang kecil,Allah menambahnya menjadikan mereka busuk hati, hipokrit, dan benci terhadap perjuangan islam.Semoga kita dikalangan orang-orang yang benar....

Ampunilah mereka,sesungguhnya mereka tidak mengetahui.....

2 Comments:

  1. me said...
    Yang pastinya, keislaman seseorang tak patut diukur berpandukan parti.
    syahid_zul said...
    Yeps!Malah tiada siapa yang diberi hak oleh allah untuk mengukur keislaman hambanya..
    Manusia itu diukur pada taqwanya kpd Allah..
    Namun harus juga diingat,taqwalah yang membentuk tindakan,dan manusia biasanya akan membaca tindakan,lalu dihubungkan dengan tahap ketaqwaanya.
    Masuklah parti apapun,namun hendaklah kamu mengikut 2 panduan agung iaitu al-quran dan as-sunnah,PASTI kita xkan sesat!

Post a Comment